Selamat tahun baru aku ucapkan. Apabila sudah masuk ke tahun baru ini umur aku juga meningkat jadi 33 tahun. Itu kalau ikut tahun masehi. Kalau tahun hijrah umur aku dah masuk 34 tahun. Ah, umur hanya sekadar nombor. Yang penting adalah pengisian umur hidup kita. Adakah kita penuhi dengan perkara-perkara amal kebaikan atau sebaliknya.
Hari Jumaat, 2 Januari 2009, selepas habis kerja aku balik ke rumah. Pukul 9.00 malam aku pergi jumpa abang sepupu aku yang sudah berbelas tahun tak jumpa. Umurnya kini sudah 43 tahun. Kami janji nak berjumpa di Platinum Walk Danau Kota, dekat dengan pejabat dia bekerja. Bila jumpa di sebuah restoran, rupa dia masih seperti dulu. Dia kini sudah berjaya dalam bidang perniagaannya. Datang jumpa aku pun naik kereta BMW 5 series. Dia kata beli kereta itu dengan secara tunai. Dia tak nak berhutang dengan institusi kewangan. Dia kerja dengan U-Mobile. Kira macam orang penting syarikat U-mobile. Dia juga ada kilang membuat bahan kimia di Johor Bahru. Katanya dia nak buat satu perjanjian seperti memorandum of understanding, pasal kerja dia. Kebetulan pula bila dia kenal dengan boss aku. Aku kata, kalau dah kenal dengan boss aku, lebih baik datang terus ke pejabat aku, boleh cerita dengan lebih lanjut.
Kemudian aku pergi ke pasar lewat malam (Up-town) Danau Kota yang terletak berdekatan dengan Platinum Walk itu. Inilah pertama kali aku pergi ke up-town Danau Kota. Aku lihat banyak gerai yang menjual pakaian. Gerai-gerai lain ada jual menjual pelbagai jenis barangan. LED headlamp pun ada dijual dengan harga RM10. Aku ingat nak beli satu untuk aku bawa bersama bila aku nak sertai ekspedisi mendaki gunung. Susah kalau trekking sambil memegang lampu suluh. Ada pula pertandingan karaoke dan juga battle of the bands. Aku pun menonton acara pertandingan itu tapi aku tidak tunggu sehingga akhir acara. Aku terus balik ke rumah kerana sudah terlalu letih.
No comments:
Post a Comment