Ekspedisi mendaki Gunung Chamah. (16-24 November 2000)
17 Nov 2000
Alhamdulillah kami seramai 23 org selamat sampai ke Pos Kemar dengan bantuan Bot (RM30 satu kepala). Di halaman office FELCRA (port baru) Kami masak-masak. Berkenal-kenalan, makan.. minum.. solat .
hari sabtu 18 Nov 2000 .
mula trekking. Perjalanan smooth aje tapi ada jugak sangkut-sangkut di jalan tanah merah itu, maklumlah kan, kami naik trektor FELCRA. hmm manja lah sikit. Jalan Becak. Kami naik trektor sampai ke penghujung ladang getah itu. Perjalanan selepas itu banyak trek yang perlukan pendakian. Semakin lama semakin tinggi.
Sayangnya aku tak naik Gunung Bior tu.. ciss.. hmmm aku tak perasan sangat.. aku tak berhenti pun kat Gunung Bior tu.. aku tak tahu ada G Bior kat situ. tapi tak apa. Nak dijadikan cerita hujan pun turun selebat2nye.. maka trek tu menjadi amat licin. ada participant yang terjatuh kakinya termasuk lubang. Agak lama jugak masa trekking diambil. sampai di camp site Sungai Candat, runners tiba di situ pada jam 6.20 p.m, sweepers tiba pada jam 7.30 p.m. Hujan lebat beb. pasang khemah pun tengah hujan. gelap-gelap….
19 Nov 2000
jam 9.30 pagi kami mulakan trekking…. menuju ke kem Rekom. perjalanan memang sukar, melalui lereng-lereng bukit, lalu bawah pokok-pokok yang rendang dan ada juga pokok-pokok yang tinggi, kami terpaksa tunduk, sakit tengkuk,,, membawa beg besar dan berat . memang sudah menjadi tradisi kami membawa banyak ration makanan, macam makan di rumah. Trekking hari ni kata trekker abg Limo jauh. memakan masa 8 - 10 jam. Kalau sampai tu maka sampai lah kita.. kalau tak sampai… tak sampailah…. bila rasa perlu , kami akan berhenti berehat 10 - 15 minit kekadang tu kami jalan 2 jam non stop tanpa rest.. laaa hujan lagi… ish…. kami berhenti lunch & solat di Sungai Peris jam 2.00 p.m.
lepas tu jam 3.00 p.m baru kami start trekking lagi. jam 4.30 p.m barulah kami tiba di Kem Rekom. wah kali ni memang best kami buat khemah di atas bangsal buluh. kira banglo lah jugak. tak basah.
20 Nov 2000
9.30 a.m kami mula bergerak. Lambat betul.. mahu taknye. semalam pulun makan tak ingat punye..masing2 dah macam ulor sawe . supper semalam makan kuih karipap. Sampai kat anak Rekom kami lunch and solat dalam waktu zohor dan sambung jalan pada 2.30 p.m kami tiba di anak Chamah. Orang kata puncak Chamah boleh di lihat daripada anak chamah ni, tapi aku tak nampak pun puncak chamah. nak nampak macamana, kalau dah hujan sokmo dan kabus tebal . then kami ambil air di Punca Abu.. kena turun bawah 5 minit.. peh nak naik semula tu rasa nak muntah pun ada.
4.30 p.m kumpulan pertama sampai di puncak tipu .Sebelum tu hujan turun selebat2nye dan masih turun lagi tanpa henti dan kami terketor-ketor macam orang kena Parkinson. Aku teringat masa pegi Yong Belar awal tahun 2000.Sementara tu ada sorang srikandi namanya Achik jalan belakang trekker di depan runners. laju betul budak tu.. first timer tu naik gunung… bersemangat betul dia. aku ni dah lah bawak air 6.5 liter dari punca Abu pancit seyyy.. ..so lambat sikitlah sampai. Kami minum air kosong..makan biskut ..nestum … side ration kat sini dan solat.
Perjalanan disambung semula pada 5.30 p.m. Alhamdulillah.. memang dah rezeki kami.. sambil trekking tu kami tak dapat nak layan sun set yg tak nampak dari celah dedaun pokok. SubhanAllah… cantiknye.. kalau dapat tengok sunset .kalau tak percaya tanyalah bebudak Chamah! Keseronokkan tu tak berpanjangan bila hari gelap. Kami tidak mengalami kesukaran nak berjalan sebab kami sampai awal di puncak Chamah tu . Trekker kat depan sampai pada jam 5.20 p.m
Alhamdulillah..kami semua selamat sampai kat puncak dalam pukul 6-6.30 petang ….yeaa dah sampai!
21 Nov 2000
Kami tak berpeluang nak nengok sun rise kerana hujan semalaman kabus tebal. kami puas bergambar ramai-ramai di puncak chamah. macam biasalah kan ada yang menambak puncak chamah ni pagi-pagi lagi.. eheheheh.
10.00 a.m kami mengorak langkah turun. Acat, Cyber, Adam, Somat, Achik, John Karno dan lain-lain ditugaskan jalan dulu. Insya-Allah pada masa depan.. depa ni boleh jadi guide ke Chamah? Group depan jalan memang laju. Tak terkejor aku dibuatnye. Namun setelah mengerah segala skill yang ada aku akhirnye jumpa juga diorang di Anak Rekom ..tengah rilek2. Elok aje depa habis makan dan solat dan lepak terus saja ajak jalan ."Nantilah, penat tak abis lagi ni", aku sendiri yang cakap. Kami nak terus proceed ke kem Sungai Rekom dan buat decision nak tunggu yang lain-lain di kem sungai rekom tu sebab nak ambil ration yang kami tinggalkan di situ. Dah waktu Zohor dah ni.
Bila semua sampai.. kami rest, lepas tu sambung jalan balik…Group depan sampai kat simpang Gua dalam 4.30 petang. seorang srikandi injured namanya Chah (Anisah Ahmad) alah kaki melecet sikit saja. sebab tu lah jalan lambat-lambat. Kami lepak2 dan bermesyuarat. Ikut plan asal nak terus keluar sampai kem Sungai Peris . sweepers Kicok, Bird dan lain-lain kata tak boleh teruskan perjalanan sebab hari dah lewat. Bincang punye bincang.. kabinet bersetuju nak tidur kat Kem Sungai Rekom.
2.30 p.m kami mula turun sambil diiringi hujan yang lebat. Kat sinilah blood and tears menjadi taruhan. Treknye banyak turun naik sikit sikit saja curam, licin, semak, you name it.. aduhhhh.. aku kena kejar Daud Director Chamah yang jalan kat depat tu . nak beritahu dia bahawa kita nak tidur di Sungai Rekom. Mujur aku dapat jumpa Daud masa dia sedang cabut akar Tongkat Ali. Kami semua bagaimanapun selamat sampai ke kem Rekom pada jam 6.30 p.m , setelah 8 jam berjalan..
22 Nov 2000
Good morning! Semuanye ceria belaka sebab hari ni dah nak keluar ke Kem Simpang
12.00 p.m tengahari kami mula jalan sambil diiringi hujan gerimis .Perjalanan kali ni tak kurang jugak hebatnya bila mana banyak onak dan duri ditempuhi dan melalu tepi gaung dan jurang yang amat dalam seterusnya sehinggalah kami sampai balik ke Kem sungai Peris (lunch di sini masa hari pertama) kami lunch di sini. Misteri menyelubungi benak hati setiap di antara kami.. Macam mana boleh sampai awal di kem ini? terasa dekat pulak. pada hal masa hari tu pehh punyalah jauh perlajanan nak ke sini. Sampailah saat aku taip cerita jujur lagi ikhlas ini.. jawapan itu masih tak kunjung tiba.. .
Kami semuanya selamat sampai di kem simpang dalam jam 6.30 p.m. Alhamdulillah semua selamat. Thanks guys..
23 Nov 2000
Kami semua teruskan perjalanan menuju ke Pos Kemar. Aku trekking sorang-sorang. Nasib baik tak sesat. Ikut gerak hati saja. I just walk on my pace. Kalau lambat sangat atau laju sangat nanti pewai. Bebanan yang dibawa sudah semakin ringan. Malamnya kami tidur di pejabat Felcra Pos Kemar.
24 Nov 2000
Sebelum pulang, orang kampung keluarkan kraftangan yang diusahakan oleh mereka untuk kami beli. Aku beli 2 gelang yang diperbuat daripada rotan dan resam. Gelang tu masih ada aku simpan sampai ke hari ini. Dalam perjalanan pulang kami sempat membeli di tasik Temenggor bila jumpa orang asli jual ikan, kami belilah. Balik di pengkalan Trojan kami makan Ikan Kaloi 6 kilograms = RM20. best… ikan kaloi masak asam pedas….. sedap. enak dan lazat…
secara keseluruhannya expedisi chamah ni memang best lah. walaupun setiap hari hujan, semuanya selamat.. tak ada yang cedera, tak ada yang mati.. opsss… syukur alhamdulillah…..
Itu aje……… lah ye.. malas nak sambung lagi… biarlah ia menjadi satu tanda tanya… nak tahu cerita selanjutnya… sila hubungi participants yag ke Chamah tu sendiri.. heheheh… suspens sikit….
participant; Bro-27 org, Sis-4 org
Yang mengikuti ekspedisi kali ni ialah. :
Abu Daud, Kicok, Jusoh, Bert, Jidin, Nakabu, Halim Kedah, Kepet, Andri, Karno, Shaq, Acat, Adam, Addin, Kashaf, Alim Sunway, Durq, Cyber, Fahmi, Zaim, Somat, Siut, Prop, Arul, Din, Abg Im, Nan, Chah, Kak Ana, Yau dan Achik.
Kashaf…….
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment