Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dalam blog aku ini. jadi untuk kemaskini blog, aku nak cerita sikit tentang catatan aku semasa menyertai ekspedisi mendaki gunung.
EKSPEDISI GUNUNG KORBU - GUNUNG GAYONG, TAHUN 2000. GUNUNG KORBU (2182 m / 7159 ft)
8-2-2000 Hari Selasa
2.00 Petang- Aku keluar dari bilik aku di E.28 Mahallat Assiddiq UIAM Gombak, menuju ke tempat meletak kenderaan di Kulliyyah of Laws. Setibanya aku di situ, aku dapati tidak ramai kawan-kawan berada di situ. Sebentar kemudian beberapa rakan sepergunungan yang akan bersama-sama mendaki datang bersama menggalas rucksack/haversack yang besar-besar belaka.
2.30 petang - Bas yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami bergotong royong memasukkan rations makanan, kelengkapan equipments perkhemahan dan beg-beg galas masing-masing ke dalam badan bas.
3.00 petang- kami masih lagi di parking lot itu. Aku tidak tahu kenapa aku masih lagi di situ. Mungkin menunggu rakan-rakan yang belum tiba. memang betul punya late packers. Ada juga kawan-kawan yang mengucapkan selamat jalan.
4.00 petang - Bas mula bergerak meninggalkan kampus UIAM Gombak. Fikiranku asyik memikirkan tentang bagaimana keadaan pendakian Gunung Korbu nanti.
6.00 petang - Bas kami berhenti rehat di tempat rehat R & R di Tapah, Perak.
6.30 petang - Kami kembali meneruskan perjalanan.
8.00 petang - Kami tiba di INTAKE Ulu Kinta di kaki gunung Korbu. Gelap gelita - sudah malam. setelah kami mengeluarkan barang-barang kami dari dalam bas itu, kami menuju ke sebuah pondok di sini untuk kami bermalam.
Pada masa itu kami susah untuk mendapatkan air bagi keperluan kami memasak dan minum. Air sungai di Taman Hutan Rekreasi itu sangat keruh dan kotor dan berlumpur selut. Maka kami terpaksa mengambil air di tempat lain seperti di atas tandas awam di tepi sungai itu.
Aku ditugaskan untuk memasak nasi. Syukur alhamdulillah aku berjaya memasak nasi. kawan-kawan lain memasak lauk. Setelah siap memasak, kami pun makan nasi bersama-sama. Selepas makan, kami borak-borak. chit-chatting
ekspedisi kali kini kita kena guna khidmat trekker/guider. menurut aku diberitahu trekker Korbu ini jenis profit making punya trekker. Mereka kata permit mendaki sampai puncak Korbu sahaja tak sampai gunung gayong. Mereka nak stay di puncak korbu 2 malam. mana boleh macam tu. Puncak gayong bukannya jauh dari puncak Korbu.
09-02-2000. Rabu. (Hari pertama.)
6.00 pagi - Aku terbangun dari tidur. Seperti biasa, kami masak untuk breakfast dan juga pack lunch. Kami mengemas membersihkan kawasan pondok tu dan mula packing barang-rations makananyang dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan sama rata.
9.00 pagi. - kami sudah berkumpul di depan warung makan di INTAKE itu. Kami menunggu trekker yang akan menjadi juru pandu kami menuju ke puncak gunung. Yang aku ingat trekker itu kata "Walaupun kamu anak pendekar, ada black belt ka, jangan sekali-kali cuba mencabar alam"
10.00 pagi - kami memulakan perjalanan kami. Destinasi kami hari ini ialah Camp One/ Kem Seroja. Perjalanan ini melalui denai lorong laluan ke perkampungan masyarajat Orang Asli. Aku nampak kesan tayar motorsikal melalui lorong itu. Mungkin lorong itu merupakan laluan utama penduduk kampung membawa hasil pertanian dan/atau hasil hutan untuk dijual di pekan berhampiran bagi menyara hidup diri sendiri dan keluarga.
Guide / trekker yang 3 orang itu sungguh membosankan. Mana tidaknya, setiap 35 minit perjalanan, kami berhenti rehat selama 5 ke 10 minit. Sepatutnya bagi setiap sejam perjelanan barulah rehat 5 minit. Tapi tak mengapa ada seoranfg trekker yang setia merakamkan aksi-aksi panas kami dengan kamera videonya.
12.40 tengah hari. Kami berhenti rehat di pondok / wakaf dalam kebun orang asli. Ada di kalangan kami yang makan, minum dan relax sambil menghisap dan mengeluarkan kembali asap dari mulut danhidung. Ada juga yang keluarkan side ration seperti coklat, gula-gula dan biskut.
2.00 petang. kami menyambung semula perjalanan setelah lebih sejam berehat. Kali ini laluan kami banyak yang memerlukan kami mendaki. Kami lalu tepi jeram sungai yang jernih airnya dan berbatu licin dab berlumut. Kalau silap langkah dan silap perkiraan, boleh terjatuh. Aku mesti berhati- hati di laluan berbahaya itu.
4.50 petang. Runner (team Telekom All Stars iaitu Mel, Gibok, Kichok, Kashaf, Mijat, Ganu, Kazeem) telah selamat sampai di Kem 1 Kem Seroja. Runners terus memasang fly sheet. Khemah pun didirikan seumpama sebuah banglo mewah. Selepas Khemah didirikan hujan pun turun. Mujurlah team runners cepat-cepat memasang khemah.
6.00 petang. semua peserta ekspedisi termasuk guide dan sweeper sudah pun berada di tapak perkhemahan Seroja. Di sini ada 2 buah tandas. Air sungai di sini sungguh jernih seperti kristal.Memang seronok dapat mandi di sini.
7.00 malam. hari sudah mula gelap. Lampu lantern pun sudah dipasang dan dinyalakan. Maka nampaklah muka kawan-kawan yang kepenatan tapi masih mampu tersenyum dan bergurau senda. Air dan Nasi sudah dimasak oleh runner-runner. Cuma lauk pauk sahaja yang belum dimasak.
Yang bakal gradus complete G7 untuk ekspedisi Gorbu - Gayong kali ini ialah Tapa, Kuyek, Bert, Lizert, Yoe, Yau, dan Jusoh.
10-02-2000. Hari Khamis. Kari ke-2.
6.30 pagi - Aku tersedar dari tidur 6.30 pagi - Aku tersedar dari tidur lalu aku pergi ke arah sungai dan lakukan apa yang patut. Selepas itu aku mengalunkan azan subuh untuk menyeru kawan-kawan lain agar "hidup semula". Ada kawan-kawan yang bangun dan ada juga yang terus berada di dalam kepompong sleeping bag. Apabila hari semakin cerah semakin siang, Pengarah exkpedisi iaitu Mansur Usaimi bertindak mengejutkan kawan-kawan yang masih lena dengan membuka ikatan tali fly sheet.
9.00 pagi- Aku sudah siap memakai pakaian trekking yang tidak kering lagi lembab. Aha tak apa lah . nanti bila sudah dipakai akan kering juga di badan. Setelah selesai menyusun barang-barang ke dalam beg masing-masing, kami melakukan stretching meregangkan otot-otot agar tidak kan kejang otot cramp nanti. Destinasi kami hari ini ialah puncak Gunung Korbu.
Laluan kami pada hari kedua ini banyak yang kena mendaki, mendaki tanah yang semakin lama semakin tinggi semakin sejuk dan berhawa dingin, pokok-pokok juga berubah jenis dan specis berbeza di setiap paras ketinggian.
2.00 petang - Kami berhenti untuk berehat sambil menjamu selera makan packed lunch di sebuah tempat yang dikenali sebagai "The Last Water Point" punca air terakhir. Di tempat ini kami dikehendaki mengambil air sebanyak 5 liter setiap seorang untuk kegunaan semasa di puncak gunung. Di puncak gunung tidak ada punca air.
3.00 petang - Kami meneruskan kembali pendakian kami dalam menuju ke puncak. Memang terasa sungguh berat beban yang dipikul. Namun aku kuatkan semangat tabahkan hati dalam menempuhi pelbagai ujian dan dugaan di dalam pendakian ini. Kekuatan fizikalku sudah hampir tidak berdaya. Cuma tinggal kekuatan mental dipertingkatkan ke tahap maksimum.
Aku keletihan kepenatan pabila tiba di Gunung Raya. Lalu aku berhenti sebentar di tepi trek. Makan coklat dan minum air sikit. Barulah dapat tenaga sikit. Dari sini aku ternampak sebuah lebuh raya yang sedang dalam pembinaan. Dalam hati aku berkata "mungkin itulah lebuhraya Simpang Pulai-Kampung Raja-Gua Musang". Tiba-tiba Ganu memotong aku dengan lajunya.
5.00 petang - Akhirnya aku sampai juga di puncak Gunung Korbu. Agak terlewat juga aku sampai di puncak ini. Sesampainya aku di situ, air teh O panas sudah tersedia. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang buat air teh O tu. syok,...!!!!
6.30 petang - Langit masih lagi cerah di Puncak Gunung Korbu ini. Bila aku melihat ke arah barat matahari semakin tenggelam disebalik awan gemawan yang sungguh indah. Betapa hebatnya Tuhan yang menciptakan alam ini yang penuh dengan keajaiban. Aku merasa terharu kegembiraan. Hilang sudah rasa letih dan penat bila sudah berada di puncak.
Di puncak gunung Korbu ini matahari lebih lambat terbenam jika dibandingkan di tanah rendah. Apabila masuk waktu maghrib, Nakabu melaungkan azan maghrib. Semua orang orang terdiam, senyap dan sunyi seketika. Suasana terasa hening di puncak ditambah pula dengan suhu yang semakin jatuh ke paras 12° darjah celcius.
8.00 malam - Kami makan beramai-ramai. Selepas makan kami mengelap piring dan mangkuk dengan kertas tisu kerana air tidak cukup. cukup untuk makan dan minum sahaja.
11-02-2000 - Hari Jumaat - Hari ke-3
6.00 pagi - bangun seawal pagi semata-mata nak melihat keindahan sinaran matahari terbit / sunrise dan nak mengambil gambar. Keadaan cuaca cukup baik pada pagi itu. Pemandangan sunrise memang cantik.
- Breakfast dan bersarapan pagi
- Salin pakaian trekking
8.30 pagi - Aku memulakan perjalanan menuju ke puncak Gunung Gayong yang nampak seperti hampir sahaja. Rupa-rupanya jauh juga jarak di antara puncak Gunung Korbu dengan puncak Gunung Gayong. Melalui atas permatang dan rabung tanah tinggi ini, terasa gayat juga apabila memandang ke arah kiri dan kanan. Tak dapat ku bayangkan bagaimana kalau terjatuh ke bawah gunung ni, mungkin tergolek sejauh beratus-ratus meter ke bawah. Cantik sungguh pemandangan alam sekeliling dari atas tanah tinggi itu. Terasa bagaikan sedang terbang di udara, macam burung.
9.30 pagi - Aku sampai di puncak Gunung Gayong. Di sini kawan-kawan yang sudah berjaya menjejaki 7 puncak gunung di semenanjung Malaysia yang tingginya lebih daripada 7,000 kaki dari aras laut meraikan kejayaan mereka. Mereka sudah bergelar "achievers". Mereka memakai baju kurung dan baju melayu. Bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.
10.30 pagi - Kami mula melangkah pergi meninggalkan puncak Gunung Gayong untuk kembali semula ke puncak Gunung Korbu. Hati puas setelah sampai ke puncak Gunung Gayong.
11.30 pagi - Kami sampai di puncak gunung Korbu. Kami bersiap sedia mengemas membersihkan tapak perkhemahan di puncak Gunung Korbu. Cuaca panas terik. Kami buat clearence, packing barang ke dalam beg.
12.40 tengah hari - Kami melua bergerak turun dari puncak Gunung Korbu. Beg yang digalas terasa semakin ringan.
2.00 petang - Aku sampai di Last Water Point. Di sini kami terjumpa sebuah Kumpulan Pendaki yang terdiri daripada Dr. Zaid, Kuyek, Molly, Pakoi, Along, En. Rahim dan lain-lain. Mereka dalam perjalanan menuju ke puncak Gunung Korbu.
3.00 petang - Kami mula bergerak turun menuju ke Kem Seroja. Trek laluan kami asyik menurun sahaja. Letih jugak kaki ni menekan brek.
5.00 petang - aku sampai di Kem Seroja setelah 2 jam berlumba lari dengan trekker. Kalah teruk trekker tu kena tinggal. Ha.. ha.. ha... padan muka dia.
12-02-2000 - Hari Sabtu - Hari ke-4.
6.00 pagi - aku tersedar daripada tidur apabila terdengar suara Jusoh melaungkan azan subuh. Perghh memang betul lah Jusoh ni Presiden mithali... presiden contoh... Oleh kerana suara Jusoh merdu sangat, maka aku terlena semula.. snoze z z z z z z z
Pagi itu kami bersarapan breakfast roti kosong cicah air teh O panas
11.00 pagi - aku mula meninggalkan Kem Saroja bersama runners lain iaitu Team All Stars. Laluan hari ini tidak terlalu curam. Kecerunan lebih kurang 30 darjah. Oleh kerana runers terlalu laju, runners punyai banyak masa untuk mandi manda bermain air di jeram sungai yang jernih airnya. seronok tak terhingga tak terkata.
2.00 petang - Kami sampai di Pondok Wakaf di kawasan kebun orang kampung. Kami berhenti berehat sebentar sambil makan makanan pack lunch dan side ration.
4.00 petang - Aku sampai di INTAKE dan aku terus berjalan sehingga ke warung orang asli. Tiba-tiba aku ternampak Pakcik Rosman bersama 2 orang pengikutnya @ makmumnya datang dengan menaiki Kereta Mazda Familia. Mereka tanya aku "mana orang lain" Aku jawab "mereka masih di belakang sana". Aku masuk semula ke dalam hutan bersama Pakcik Rosman dan konco-konconya.
Kami berjalan kaki sehingga ke Jambatan yang merentangi sungai yang keruh airnya. Menurut apa yang aku diberitahu sungai itu keruh kerana di hulu sungai ada projek pembinaan lebuh raya timur - barat.
beberapa minit kemudian rakan-rakan lain pun sampai.
5.30 petang : Aku sampai di INTAKE. Perut terasa lapar. Mujurlah ada mee segera, cepat dimasak sedap dimakan, cepat rasa lapar semula. Dari sini aku boleh nampak puncak Gunung Korbu. Dari jauh rupa bentuknya nampak seperti Gunung Kinabalu
8.00 malam : Kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda Pajero menuju ke Rumah Persatuan Rekreasi Perak di Ipoh.
Pakcik Rosman pergi membeli ayam untuk dimasak dan makan beramai-ramai
Kira boleh tahan juga besarnya rumah itu, muat untuk rombongan kami numpang bermalam. Ada TV lagi. Sambil makan beramai-ramai boleh menonton TV setelah 4 hari tak tengok TV. Kami menonton rakaman video perjalanan ekspedisi Gunung Korbu-Gayong kami.
Selepas makan kami buat post-mortem . Setiap perserta ekspedisi diberikan peluang untuk menyuarakan suara hati, pandangan, pendapat, komen, teguran dan lain-lain secara langsung live tanpa ada sekatan, tanpa ada diskriminasi, tanpa ada pilih kasih, tanpa prejudis, tanpa being moderated.
13-02-2000 - Ahad
6.00 pagi - Aku terbangun dari tidur
Hari ini kami sibuk dengan membasuh pakaian treking, basuh haversack, basuh rucksack, sleeping bag, rubber mat, carry mat, ground sheet, flysheet, kasut dan lain-lain. Cuaca panas terik, memang senang kering lah jemuran itu semua.
ADa juga yang lepak kat depan TV tengok kartun. Maklumlahkan hari Ahad ada rancangan yang best-best kat TV.
3.00 petang – Maka baliklah kami semua menuju ke Kuala Lumpur.
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment