Hidup ini seumpama mendaki sebuah gunung. Untuk sampai ke puncak kejayaan kita perlu membawa bekalan ration makanan, bekalan itu umpama ilmu pengetahuan sebagai panduan hidup, menjana tenaga untuk sampai ke destinasi. Dalam pendakian tentu kita pernah jatuh dan bangun kembali kerana cita-cita kita begitu kuat untuk sampai ke puncak. Kita perlu ada kekuatan fizikal, dan keyakinan mental.
Aku bersyukur di hantar ke sini, suka mengembara, menjelajahi hutan rimba belantara, mendaki gunung, perlukan bekalan, perlukan sokongan, perlukan kekuatan, dan akhirnya aku sampai juga ke puncak gunung, dengan seribu rasa kegembiraan, Dan kegembiraan itu telah melenyapkan rasa kepenatan dan keletihan dalam perjalanan dan pendakian menuju ke puncak.
Untuk sampai ke puncak gunung memang perlukan kekuatan. bukan hanya kekuatan fizikal semata-mata, bahkan juga kekuatan mental. Kebahagiaan pasti kan terasa pabila kita berjaya sampai ke puncak. Namun kita takkan boleh lama di puncak itu.
dan setelah aku sampai di puncak gunung ini, Bila dah sampai ke puncak, kita pasti akan turun semula dan pulang ke asal kita apabila sudah sampai masanya. untuk aku kembali semula turun ke bawah, ke kaki gunung, kerana tempat ku bukanlah di puncak gunung ini, akan tetapi tempat ku adalah di SANA. Daripada Allah kita datang dan hanya kepada Dialah kita akan kembali.
No comments:
Post a Comment