Tuesday, January 13, 2009

Qada', Qadar & Taqdir.

Qada', Qadar & Taqdir.

Nabi pernah menyebut " Tidak boleh ditolak qada dan qadar melainkan dengan doa"

Menurut firman Allah dalam Al-Quran, segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, sudah ada taqdirnya. Maka taqdir adalah sebuah rumusan yang Allah tetapkan dan berlaku pada tiap-tiap sesuatu. Taqdir boleh dikatakan merupakan sistem Allah yang Dia terapkan pada apapun di dunia ini. Taqdirnya air laut adalah apabila dia disinari matahari sampai lama maka akan mengeluap menjadi awan. Taqdirnya api kalau disiram air yang cukup maka akan padam.

Dengan demikian, alam semesta kecuali manusia itu tidak diberi kesempatan untuk memilih taqdir-taqdirnya. Sedangkan manusia diberi kebebasan untuk memilih taqdir yang diinginkannya. Taqdirnya manusia yang rajin dan sabar maka akan untung dan berjaya, taqdirnya manusia yang malas maka akan rugi dan sengsara hidupnya. Terpulanglah kepada manusia untuk memilihnya, manusia yang rajin atau manusia yang pemalas.

Bumi diberikan taqdirnya untuk urusan hanya satu untuk mengelilingi matahari, dia tidak boleh mengitari planet atau bintang-bintang yang lain, akan kacau bilau nanti. Sedangkan manusia boleh memilih taqdir untuk kehidupannya, hanya Allah menganjurkan kepada manusia untuk memilih taqdir yang terbaik buat dirinya, bukan sekadar taqdir yang baik, tapi yang terbaik.

Qadha itu adalah rumusan-rumusan Allah secara global, seperti misalnya bahawa tiap makhluk yang bernyawa pasti mati. Qadar/taqdir adalah rumusan-rumusan Allah yang terperinci atau perinciannya, seperti misalnya ayam akan mati bila tiba masanya dan di mana. Sedangkan qadar/taqdir pada manusia adalah bergantung kepada pilihan manusia itu sendiri.

Jadi kesimpulannya adalah qadha dan qadar adalah sistem Allah yang berlaku di dunia ini pada siapapun dan apapun. Hanya kita sebagai manusia dipersilakan dan diberi pilihan untuk memilih taqdir, jika mahu beriman, silakan, jika mahu jadi kufur juga boleh, masing-masing ada taqdirnya. Allah menghendaki kita memilih taqdir yang terbaik buat kita. Sedangkan alam jagat raya ini tidak boleh memilih taqdirnya.


Mengenai nasib yang menimpa manusia, Allah tidak menentukan tapi manusialah yang menentukan sendiri nasibnya. Ibaratnya Allah sudah beritahu tahu kepada manusia apabila dia berbuat A maka hasilnya X, tapi kalau berbuat B maka hasilnya Y. Jadi apabila manusia milih A maka dia akan bernasib X. Jadi bukan Allah yang menentukan nasib manusia tapi manusianyalah yang memilih untuk itu.

Doa dapat mengubah taqdir. Allah berfirman Dia mampu menghapus apa yang sudah ditetapkan, dengan Doa itulah taqdir kita akan berubah. Tapi sistem global Allah tetap tidak akan berubah.

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik." (Tirmizi)

No comments: