Monday, January 12, 2009

Log Ekspedisi Pendakian Gunung Yong Yap 2168 m, (7113 ft.). Year 2000

Log Ekspedisi Pendakian Gunung Yong Yap 2168 m, 7113 feet.


Jumaat, 25.8.2000

11.30 malam - Kami kumpulan pendaki ARC UIAM bertolak dengan Bas dari kampus UIAM Gombak.
Sabtu, 26.8.2000 –(Hari Pertama)

7.00 pagi: kami sampai di daerah Sungai Siput Perak. Selepas itu kami bersarapan pagi. Selepas bersarapan pagi, kami berjalan kaki sehingga sampai di Kampung Asab, Jalong Utara. Pada masa itu kami tidak dapat naik kenderaan jeep pacuan empat roda atau 4WD, oleh itu terpaksalah kami berjalan kaki di bawah panas terik mentari mendaki bukit menuju ke Kampung Usin. Boleh dikatakan jauh juga kami berjalan kaki.

1.00 tengahari: Kami sampai di Kampung Usin.

4.30 petang: kami pun bertolak menuju ke Kem Segeh setelah mendapat seorang trekker/guide orang asli yang bernama Nasir. Perjalanan ke Kem Segeh tidak membebankan dan juga tidaklah teruk sangat. Banyak trek yang mendatar. Kalau menaik pun sikit-sikit sahaja.

6.30 petang: Kami sampai di Kem Segeh, kami terus berkhemah bermalam di situ. Air sungai di Kem Segeh ini sungguh jernih, menyegarkan dan nyaman.

Ahad. 27/8/2000 (Hari Ke-2)

9.30 pagi: kami mulakan perjalanan trekking menuju ke Kem Chabak. Perjalanan hari ini memang agak sukar, melalui lereng-lereng bukit, lalu bawah pokok buluh yang rendang, kami terpaksa tunduk, lenguh tengkuk, membawa atau menggalas beg rucksack besar-besar dan berat. Memang sudah menjadi tradisi kami ARC IIUM membawa banyak ration makanan, macam makan di rumah. Trekking memakan masa selama tujuh (7) jam. Setiap sejam kami trekking, kami akan berhenti berehat selama lebih kurang 10 - 15 minit. Pacat memang banyak.

4.30 petang: Kami tiba di Kem Chabak. Kami berkhemah di kem Chabak ini. Dekat dengan air sungai. Sampai sahaja di tapak perkhemahan Kem Chabak ini, kami terus mendirikan khemah, pasang fly sheet, bentang ground sheet.



Isnin, 28/8/2000, (Hari Ke-3)

9.30 pagi: kami mulakan perjalanan untuk menuju ke Kem Sungai Mu. Perjalanan banyak mendaki bukit-bukit yang agak tinggi mencanak.

12.00 tengahari: kami sampai lah di Anak Keloi. Kami berehat di situ selama satu jam lebih. Di Anak Keloi ini kami makan tengahari.

1.15 pm: kami bergerak lagi.

2.00 ptg: kami pun sampai ke puncak Gunung Keloi. Cuma 45 minit perjalanan berjalan kaki sahaja dari anak keloi. Di Puncak Keloi itu kami telah nampak Puncak Gunung Yong Yap. Kami berehat-rehat di Puncak keloi selama 30 minit. kemudian kami terus turun dan turun dan turun lagi sampai muak.

4.30 petang: saya sampai ke kem sungai Mu.


Selasa. 29/8/2000. (Hari Ke-4)

12.00 tengahari: kami memulakan perjalanan mendaki ke Puncak Gunung Yong Yap. Agak lewat juga. eh memang lewat pun. Hari ini saya pancit dan pewai, kerana kaki saya sakit. Saya kena sweep oleh sweeper Kicok, Tapa, Kuyek dan Jawa. Terima kasih kepada Kuyek yang telah mengurut pergelangan kaki saya yang sakit mungkin tersalah urat. Setelah diurut, barulah lega rasanya sakit kaki saya itu. Terima kasih kepada Eddy Noriswan Ismail (Kuyek)

7.00 malam: Saya sampai di Puncak Gunung Yong Yap itu. Sejuk betul di atas gunung Yong Yap itu bukan main-main. Dari Puncak Gunung Yong Yap kita boleh nampak puncak Gunung Korbu, Puncak Gunung Gayong, Puncak Gunung Yong Belar, Gunung Irau, Gunung Berinchang dan gunung Tok Nenek. Tidak semena-mena air mata saya menitis. tak tahu pasal apa. mungkin kerana terlalu terharu kegembiraan setelah berjaya sampai di puncak.

Cuaca malam di puncak Yong Yap begitu baik. Di puncak itu ada coverage line celcom. Maka saya bolehlah menelefon sesiapa sahaja yang saya suka.


Rabu. 30/8/2000 (Hari Ke-5)

11.00 pagi: kami mulakan trekking menuruni gunung Yong Yap menuju ke kem Chabak.

6.00 Petang: saya sampai ke kem Chabak setelah tujuh (7) jam perjalanan. Di situ lah saya terdengar bunyi kampung orang bunian sayup-sayup kedengaran.


Khamis 31/8/2000. (Hari Ke-6)

8.30 pagi: Kami mulakan trekking menuju ke kampung Usin. hari ini hari memperingati peristiwa kemerdekaan negara. ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu kali yang ke-43..

2.45 petang: sampai di kampung Usin. Kami bermalam di surau kampung Usin itu.


Jumaat 1/9/2000. (Hari Ke-7)

hari ini kami nak pulang ke Kuala Lumpur... kami turun ke Kampung Jalong dengan menaiki kenderaan jeep HILUX toyota. bas kami sudah menunggu di bawah sana.

11.30 pagi: kami pun bertolak ke Kuala Lumpur.

5.30 petang: kami sampai dengan selamatnya di Kampus UIAM Gombak.

sekian..
JayDie Carsharf

No comments: