Monday, August 17, 2009

Gunung Bunga Buah 1-2 Ogos 2009

Gunung Bunga Buah 1-2 Ogos 2009

For the second time I join an expedition together with Latepackers on 1-2 August 2009 yang lepas. Kali ini Gunung Bunga Buah yang terletak di Genting Highland menjadi sasaran. Seramai 15 orang peserta menyertai ekspedisi kali ini. 12 lelaki dan 3 perempuan. 8 orang dari ARC UIA Kuantan, seorang dari ARC UIA Gombak, 4 orang dari Latepackers dan 2 orang dari Filipina. Actually I never really jogging as training for stamina to climb mount Bunga Buah. Nevertheless I still have the spirit of climbing.

1 Ogos 2009
Aku sampai di IIUM Gombak campus pada jam 12.15 tengahari. Kena menunggu kawan-kawan dari UIAM Kuantan sampai. Jam 12.45 mereka pun sampai.

At IIUM Gombak, waiting for members from IIUM Kuantan.


12.50: Kami terus menuju ke Hentian R&R Genting Sempah untuk makan tengahari. Jepah, Asker, Tokya dan Usop naik keretaku.

R&R Genting Sempah.


1.30 pm: Kami sampai di Hentian R&R Genting Sempah. Lakukan apa yang perlu.
2.15 pm: kami mulakan perjalanan ke Gohtong Jaya, Genting Highland. Jalan raya berliku-liku. Ini pertama kali aku memandu di jalan ini. Aku pandu keretaku dengan penuh berhati-hati.

Jam 3.00 petang kami sampai di Gohtong Jaya. Tokya bahagikan ration dan air mentah untuk dibawa ke puncak.

Gohtong Jaya.


4.00 pm: Kami mula mendaki dari kebun sayur. Tinggi mencanak juga trail itu. Nasib baik kali ini aku tidak muntah seperti trip tahun 2007 dulu.

4.30 petang kami sampai di jalan berturap tar. Jalan agak selesa kerana banyak mendatar. Naik pun cuma sikit-sikit saja. Aku ikut belakang trekker sehinggalah aku tertinggal ke belakang. Aku nampak pelbagai jenis bunga yang cantik di sepanjang perjalanan.

5.30 petang aku sampai di pintu rimba. Trekker dan group runner juga ada. Aku berehat di sini sebentar, sempat bergambar. Kawan-kawan ada yang kena bite by pacat. Tapi aku tidak kena pacat pun walaupun seekor.

5.45 pm: kami teruskan pendakian sehingga aku ditinggalkan berjalan sendirian di dalam hutan. Hari semakin lama semakin gelap. Nasib baik aku bawa lampu headlight. Aku layan trail itu ikut following my own pace aku sendiri. Perasaan cuak itu memang ada dalam diri. Namun aku cekalkan hati dan mindaku untuk teruskan langkah demi langkah menuju ke puncak.

Jam 7.40 malam Jay dan Usop sampai di belakangku. Usop tidak bawa lampu. Lantas aku berikan lampu headlight aku yang satu lagi kepada dia.

Jam 8.30 malam kami tiba di Gohtong view puncak batu. Jay jalan dulu, tinggalkan aku dan Usop. Aku sudah letih sangat. Nasib baik aku bawa side ration iaitu chocolate. Makan boleh meningkatkan suhu badan kita tau. Lepas makan dapatlah kami recharge tenaga untuk terus mendaki. Kedinginan waktu malam di hutan gunung membuatkan kami tidak betah berhenti rehat lama-lama.

10.00 malam: Aku dan Yusoff sampai di tapak perkhemahan puncak Gunung Bunga Buah. Kami merupakan kumpulan ketiga yang tiba di puncak. Sampai saja di campsite puncak aku terus cari tempat tidur. Suhu sunggguh sejuk hingga aku menggigil. Nasib baik aku tak mengalami hypothermia. Jadikan habit sampai saja di campsite, terus tukar baju yang bersih dan kering, pakai sweater yang bersesuaian (pakai bubble bundle lah kalau nak best), snow cap is very important untuk tutup telinga (kalau engkorang perasan tak telinga kita lebih sejuk dari badan), stokin, glove jangan lupa pakai, dan invest lah sikit untuk sleeping bag yang bagus dan bukan sleeping bag cap ayam. Lepas tu terus aku tidur lena. Ada juga 2 orang itu yang tidur di luar.

2 Ogos 2009
2.00 a.m: aku tersedar dari tidur. Tak dapat makan nasi kerana nasinya tidak masak dengan sempurna. Jadi nasi crunchy. Cuma makan daging masak kari saja. Cukuplah tu. Kumpulan terakhir iaitu Victor, John dan sweeper TokYa tiba pada pukul 3 pagi. They modified the rice become porridge. How creative they are!

3.30 a.m: pagi aku tertidur lagi. Namun demikian tidur yang agak terganggu apabila terdengar dengkuran diri sendiri dan rakan-rakan seketiduran. Snoring loudly like music on the mountain's peak.

6.30 a.m: Aku bangun tidur. woke up. Kabus sungguh tebal di puncak. Ada juga kawan-kawan yang sibuk nak tengok sunrise, but failed.

Seperti ekspedisi sebelum ini aku tak jadi tukang masak kerana sudah ada tukang yang masak yang lebih berkelayakan. Walaupun orang itu masak cincai-cincai saja, sedap jugak kerana kelaparan. Asal boleh saja. hahaha...

It's makan time!


Aku kelaparan. I was starving that time. Geledah di dapur jumpa pasta. Makan pasta alla carbonara bersama daging masak kari. Pergghh layan. Lepas tu Jay goreng cucur ikan bilis. Jepah pula masak beehoon goreng. Kenyang juga. Burrrppp.

Setelah semuanya selesai… barang dah kemas, fly dan kemah sudah diturunkan, baju sudah tukar dan bag sudah packed, kami semua sekali lagi menuju ke puncak untuk bergambar kenangan. Yelah mana lah tahu entah bila lagi nak datang ke sini. Kalau datang pun mungkin dengan teman yang lain pula.

Ada banyak juga kumpulan pendaki lain yang buat day trip to the top of mount Bunga Buah including a group of local chinese uncle and tourists from Japan. Power betul diorang tu.



12.00 pm: Kami mula turun dari puncak gunung. Aku lebih banyak berhenti berehat, sembang-sembang dan tidur. Jepah, Lutfi dan Usop sudah berjalan dahulu. Langkah kakiku aku agak terbatas kerana lutut dan betis mengalami sedikit kesakitan menyebabkan perjalanan turun menjadi agak lama. Jari kaki pula melecet. Sedang aku syok layan trail tu aku terdengar bunyi di dalam semak. Lalu aku berhenti. Rupa-rupanya Usop sedang buang air, dia suruh aku jalan dulu. Aku berjalan seorang diri lagi di dalam hutan.

Di Gohtong View. Stop and rest here for a while before continue climbing down.


3.30 pm: Aku sampai di pintu rimba. Lega rasanya apabila cuaca agak baik. Langkah demi langkah aku teruskan jua, jatuh tersungkur bangun semula.

4.00 pm: Aku berhenti lagi di jalan berturap tar itu. Makan snack power bar perisa pisang pemberian Ammar. Air minum semakin berkurang. Aku teruskan lagi perjalanan sambil menahan keperitan jari kaki yang melecet.

5.00 pm: Aku tiba di tempat permulaan iaitu di jalan berturap lama, jumpa Jepah dan Lutfi sedang lepak di situ. Sempat tidur lagi sementara menunggu orang di belakang.

5.30 pm: Kami terus turun menuju ke starting point kami di kebun sayur itu.
5.45 pm: kami sampai di bawah, nampak group yang pertama tadi sudah siap untuk bergerak pulang.
6.30 pm: Kami bergerak pulang ke UIAM Gombak.
7.30 pm: kami sampai di UIAM Gombak. Hantar Yusoff untuk ambil kereta di kampus UIA, dan turun kan Jepah di sini untuk balik bersama kawan-kawan yang lain pulang ke IIUM Kuantan. Aku tolong hantar Asker ke Mahallat Uthman.
7.30 pm: Aku sampai di rumah.

Terima kasih kepada Asker yang menjadi trekker pada ekspedisi kali ini.

Putting these hiking experience into real life perspective,
· the tracks (uphill, downhill, sometimes flat mendatar) are representing the challenges in life. You will sometimes feel happy, sometimes sad or disappointed or frustrated but you keep on moving.
· The peak is your objective that you want to achieve. Once you arrived at the peak, your hardwork are paid off & you know it worth all the effort.
· In achieving your objectives, you need your family & friends to motivate & support you. Without them, life are meaningless and dull!

p/s: What’s next? ... climbers never rest.

Tuesday, June 30, 2009

JanjiNYA Pasti.

JanjiNYA Pasti.

Selamat hari Selasa kepada semua kawan-kawanku. Baru-baru ni aku terdengar kata-kata santapan buat minda untuk berfikir kat radio mana entah tak perasan pulak.

Kata Dato' Dr. Fadhilah Kamsah : “Apa yang kita lafaz itu doa, Apa yang kita fikir itu doa, Apa yang kita yakin itu doa.

So, lafazkan yang baik-baik saja. Fikirkan yang baik-baik saja, Yakinkan yang baik-baik saja. Doakan yang baik-baik saja. Okay”.

Kata-kata seorang ibu terhadap anaknya juga doa. Sebab itulah kalau anda seorang ibu, lafazkanlah yang baik-baik pada anak tu. Kalau anak nakal, jangan maki hamun anak itu. cakap saja : “hey, bertuah punya anak”, nescaya anak itu akan mendapat tuah dan keberkatan dalam hidupnya kelak.

Berdoalah kita kepada Allah selalu, sesungguhnya Allah pernah berjanji dengan firmannya yang mafhumnya: “Tuhan kamu telah berkata kepada kamu; Berdoalah kepada ku, nescaya aku akan makbulkan doa kamu” (Surah Al-ghafir, ayat 60)

Allah sendiri telah berfirman:
"Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.."
"(Surah al-Baqarah. Ayat 186)


Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah?

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasulullah (s.a.w) pun bersabda tentang masalah doa, "
Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

Percayalah akan janji Allah kerana sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjinya. Tapi kita manusia ini yang suka mungkir janji.

Aku ni tak pandai menyembang panjang-panjang. Siapa kawan dengan aku tentu bosan pasal aku ni seorang yang pendiam. Aku tak pandai nak mulakan perbualan kalau tidak orang yang mulakan dulu.

Aku tak pandai nak marah-marah orang. Kalau aku marah pun aku diam saja. Selagi aku boleh sabar, aku sabar. Diam itu emas.

Friday, June 26, 2009

مرواه ديري اداله هرڬ ديري

مرواه ديري اداله هرڬ ديري
مرواه ديري اداله هرڬ ديري كيت. مرواه ديري ايتله ايدينتيتي ديري اتاو جاتي ديري. اد مرواه اداله هرڬ ديري. هرڬ ديري ايتله كڤرچايأن اورڠ ڤد ديري كيت.تيدق اد مرواه، هرڬ ديري ڤونه. ڤونه هرڬ ديري، هيلڠله ويبوا. موسنه هرڬ ديري هيلڠ كيقينن مأنسي. د انتارا هرڬ ديري يڠ مستي دجاڬ: ڤمالو، مرنداه ديري، راماه مسرا. ڤاكاين جاڠن منجولوق مات، برتولق انسور، برلاڤڠ دادا سسام مأنسي. جاڠن ايڠين نام دان ڬلماور سكاليڤون كيت ترنام. ڤموره، برتيمبڠ راس، برڤري كمأنسيأن سسام مأنسي. جاڠن ممنتيڠكن ديري، مڠڠكت ديري، ممبسركن ديري. لبيه-لبيه لاڬي خيانت، بربوهوڠ، موڠكير جنجي، هيلڠ كڤرچايأن اورڠ. جاڬله مرواه ديري. اي اداله هرڬ ديري كيت.

Saturday, May 9, 2009

Mini Gathering Komuniti Shukur.org

Date: 2 May 2009
Time: 9.30 a.m to 1.30 p.m.
Venue: Taman Tasik Titiwangsa



Pada mulanya aku rasa macam tak nak datang. Tapi memandangkan hari tu aku tak ada apa-apa program, dan Taman tasik Titiangsa tu dekat dengan rumah aku, maka aku datang walaupun terlewat.



Parking kereta di depan Restoran Nelayan. Fuyyo ada racing kereta control. menarik jugak, singgah jap tengok. Pas tu pergi cari diorang lah. nasib baik jumpa Pidos pakai baju warna jingga melambai tangan dari jauh.

Dapat makan sandwich sardin dan dadih. Lepak-lepak kat bawah pokok sawit tu. Kemudian nampak Rahman baru balik dari kayuh basikal air. kami pun rasa teruja dan kayuh basikal air tu. Aku, Farhan, Pidos dan isterinya nasik satu bot kayuh tu. Lenguh tau aku dan Pidos kayuh, Farhan relax je kat belakang. Tapi seronok juga naik bot kayuh kat tasik tu. Peluh mencurah-curah.

Bersama kawan-kawan web community shukur.org

Lepas tu nak pergi naik kereta kuda lah kononnya, tapi dah tutup lah. kalau nak naik kena tunggu sampai jam 3.00 petang.

Berpatah balik ke post kami di bawah pokok kelapa sawit tadi. Alih-alih nasi ayam pun sampai. Tunggu apa lagi, makan nasi ayam lah. Sedap.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan. Dapat jumpa dengan kawan baru. Adik kepada Hidden Blade pun ada jugak. Siapa ntah namanya.


Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain event.

MPKj Latepackers Earth Day: A Nature Conservation Project 2009

MPKj Latepackers Earth Day: A Nature Conservation Project 2009
Tarikh: 25-26 April, 2009
Tempat: Gunung Nuang Hulu Langat Selangor.

Aku terlambat untuk mengemaskini blog ini. Pada 25 April 2009 aku telah pergi ke Gunung Nuang untuk menyertai satu program amal membersihkan jalan, denai dan tapak perkhemahan daripada sampah sarap yang ditinggalkan oleh orang yang berkhemah dan berkelah di Sungai Lolo Hutan Lupur Gunung Nuang.


Kita mesti menjaga kebersihan alam sekitar kita terutama sekali kawasan hutan tanah tinggi yang menjadi kawasan tadahan air untuk menjadi kegunaan kita dalam kehidupan. Air adalah sumber kehidupan.


Aku bertolak dari Wangsa Maju pada jam 8.30 pagi. Itu sudah terlewat kerana aku diberitahu bahawa sesi pendaftaran peserta bermula pada jam 8.30 pagi. Aku lalu ikut Ampang. Sampai di Ampang aku tersesat kerana tersalah masuk simpang. Pusing punya pusing akhirnya aku jumpa jalan yang sebenar. Aku sampai di Chalet Hutan Gunung Nuang di Pangsun Hulu Langat pada jam 9.30 pagi. Di sana aku jumpa Kepet, dan Lizert sekeluarga. AKu juga jumpa Kicok yang sudah semakin bejaya dalam perniagaan perabot jatinya. Majlis perasmian program sampai di Pangsun pada 10.45 pagi. Pukul 11.15 pagi kami dilepaskan untuk teruskan mengutip sampah sampai ke kem Lolo.

Di check point 1, bersama adik-adik pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Mereka ni ahli Kelab kembara dan Rekreasi (ARC-IIUM).

Sikit saja sampah yang aku kutip kerana aku berjalan di bahagian belakang. Sampah sarap di sepanjang jalan sudah dikutip oleh orang yang berjalan di depan.

Aku sampai di Kem Lolo bawah pada jam 1.00 tengah hari.



Sesampainya aku di sana, aku terus berehat sejukkan badan dan mandi. Barulah segar sikit badan.

Kalau ada masa lapang, aku akan pergi lagi ke tempat ini.


Inilah sampah sarap yang kami bawa turun untuk dilupuskan.

Thursday, April 23, 2009

Sifat-sifat ego

Sifat-sifat ego
~~~~~~~~~~~~~~~

1. Kalau diberi jawatan sama ada kecil atau besar, dia rasa terhibur, senang hati dan bangga. Dia tidak rasa susah hati. Ini menandakan benih ego sudah berada dalam dirinya. Sebab itu orang yang tiada sifat ego, dia takut untuk menerima jawatan. Hendak ditolak tidak patut sebab sudah diberi amanah, tetapi dia menerimanya dengan penuh rasa takut dan bimbang.

2. Kalau tidak dilantik memegang jawatan, dia rasa tidak senang.

3. Kalau dia seorang pemimpin, dia selalu bersikap kasar bila memberi arahan kepada pengikutnya.

4. Kalau dia seorang pengikut, payah untuk taat atau patuh kepada pemimpin. Sebaliknya dia bersikap degil. Kalau patuh pun kerana segan2 dengan orang atau takut dimarahi, seolah-olah kepatuhannya adalah dipaksa-paksa.

5. Mudah dan cepat untuk marah.

6. Seseorang yang mempunyai sifat ego itu mudah tersinggung.

7. Dalam berkawan, dia suka memilih dari kalangan orang bertaraf lebih rendah darinya supaya ke mana-mana pergi, orang nampak dia, tidak nampak kawannya. Berat sekali baginya untuk berkawan dengan orang yang sama level dengannya atau yang lebih darinya, takut-takut nanti dalam pergaulan orang akan memandang orang lain dan tidak dia.

8. Payah untuk menerima pandangan orang lain. Lebih-lebih lagi bagi seseorang pemimpin, sulit baginya menerima pandangan orang bawahan.

9. Bila berada di dalam satu-satu majlis perbincangan, sama ada perbincangan rasmi atau tidak, dia tidak senang kalau orang lain memberi pendapat. Dia saja yang hendak memberi pandangan.

10. Bila berada di dalam satu-satu majlis, sewaktu orang lain bercakap, dia selalu saja memotong-motong cakap orang.

11. Payah untuk mendengar pandangan orang lain malah dia suka pandangannya saja yang didengari.

12. Kalau dia berjuang, dia lebih suka memperkenalkan dirinya sendiri (sama ada secara langsung atau tidak langsung) daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaahnya.

13. Kalau dia menganggotai jemaah perjuangan, dia lebih berminat dan lebih lincah bergaul dangan orang di luar jemaah daripada sesama jemaah. Sebab dalam jemaah perjuangannya banyak disiplinnya, takut-takut terlanggar nanti orang nampak kelemahannya.

14. Dia tidak senang kalau sesuatu kemajuan itu tercetus melalui orang lain walaupun orang yang menganggotai jemaah perjuangan yang sama dengannya. Dia mahu kemajuan itu tercetus dari tangannya sendiri.

15. Ketika bercakap, dia selalu sahaja bercakap dengan suara yang meninggi. Kadang-kadang melenting suaranya tidak tentu pasal. Dia tidak tahan dicabar, pasti akan mencabar balik.

Demikianlah beberapa petanda sifat ego yang ada dalam diri seseorang. Sebagaimana yang kita semua tahu, sifat ego ini adalah salah satu dari sifat-sifat mazmumah yang amat dibenci oleh ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk membersihkan hati dari dihinggapi virus ego dan virus-virus mazmumah yang lain.

Wallahu'alam. Wassalam.


Wednesday, April 22, 2009

باچله

جك اندا ايڠين منچاري تمن سجاتي، مك اوجيله دڠن ڤركارا يڠ مناءيقكن كمارهنڽ، بيلا مان دالم كمارهنڽ ايت دي ماسيه بروسها اونتوق مڠينصفكن اندا، مك بوليهله امبيل دي سباڬاي كاون، جك تيدق برهاتي-هاتيله اندا ترهادڤڽ.

جاڠنله اندا چندروڠ كڤد دنيا سمات-مات، كران اندا دچيڤتاكن اوليه الله بوكن اونتوق دنيا سهاج. سسوڠاوهڽ تيدق اد اورڠ يڠ لبيه هينا درڤد انسان يڠ ترڤديا دڠن دنيا سمات-مات.

جاڠن اندا رڠكول دنيا دان منڬوق هابيس ايرڽ، كران سسوڠاوهڽ اڤ يڠ اندا ماكن دان ڤاكاي ايت اداله تانه بلاك. جاڠن اندا برتمنكن اورڠ يڠ بودوه دان برموك دوا، كران اياڽ اكن ممبهاياكن ديري اندا.

فيكيركنله

انق بلاجر دري كهيدوڤنڽ
جك انق دبسركن دڠن چلاان، دي بلاجر مماكي.
جك انق دبسركن دڠن ڤرموسوهن، دي بلاجر بركلاهي.
جك انق دبسركن دڠن چموهن، دي بلاجر رنده ديري.
جك انق دبسركن دڠن ڤڠهيناان، دي بلاجر مڽسالي ديري.
جك انق دبسركن دڠن توليرنسي، دي بلاجر مناهن ديري.
جك انق دبسركن دڠن دوروڠن، دي بلاجر ڤرچاي ديري.
جك انق دبسركن دڠن ڤوجيان، دي بلاجر مڠهرڬاي.
جك انق دبسركن دڠن ڤريلاكو يڠ امت باءيق، دي بلاجر كعاديلن.
جك انق دبسركن دڠن راس امان، دي بلاجر مناروح كڤرچايأن.
جك انق دبسركن دڠن دوقاوڠن، دي بلاجر مڽايڠي ديريڽ.
جك انق دبسركن دڠن كاسيه سايڠ دان ڤرساهابتن، دي بلاجر منموكن چينتا دالم كهيدوڤن

Thursday, April 16, 2009

التدريب

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. لا اعلم ماذ ساكتب في هذه صفحة. الحمد لله رب العالمين. الله يعطني نعمة و لأنه اعيش في هذه الدنيا. اجرب أن اتكلم باللغة العربية. الئ هنا أولا. مع السلامة و في رعاية الله.

Monday, April 6, 2009

Selamat Hari Isnin

Hari ini hari Isnin. Semalam hari Ahad yang sudah jauh ditinggalkan. Esok hari Selasa yang masih belum tentu. Harap semua gembira pada hari ini. Selamat bekerja bagi yang bekerja macam aku ini. Bosan betul. kenapa lah hari Isnin kerja, kan? Lambatnya rasa nak tunggu hujung minggu, boleh nak bermalas-malas di rumah. Enjoy your day.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya, iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua (orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana @ musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Oleh itu, selagi ada peluang, ruang, kesempatan ini, marilah kita perbanyakkan amal kebaikan.

Terima kasih & salam sejahtera

Wednesday, April 1, 2009

Misteri Di Pagi Hari

Seperti biasa pagi tadi aku datang ke pejabat tempat kerja aku pada jam 7.30 pagi selepas membeli makanan untuk sarapan pagi. Meja aku berdekatan dengan pantry. Setelah aku membancuh air kopi, aku terus menuju ke mejaku dan bersarapan pagi. Pada masa itu cuma aku seorang saja yang datang awal. Sedang aku bersarapan, tiba-tiba aku terdengar bunyi seseorang menuang air ke dalam gelas di pantry. Aku pun rasa pelik, hairan dan tertanya-tanya. Siapa yang tuang air itu? Sedangkan cuma aku seorang diri di office? Ah, sungguh misteri. Aku buat tak tahu saja. Aku tak kacau dia, jangan pula dia tak ganggu aku nak buat kerja. Aku kena April Fool ke? Aku fikir, tidak. Itu perkara benar-benar terjadi. Dan aku bukan bermimpi juga tidak aku berkhayal.

Tuesday, March 31, 2009

Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph

40 nasihat Saidina Ali

40 nasihat Saidina Ali Bin Abi Talib Karamallahu Wajhah.

Berikut adalah 40 nasihat Saidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya (hatinya) yang mana adalah sekeping daging

4. Mereka yang bersifat pertengahan (sederhana) dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :
- mereka yang mengenal Allah SWT
- mereka yang mencari kebenaran
- mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah SWT

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.

21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya

23. Seorang yang membantu adalah sayap bagi seorang yang meminta

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada nafsu syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang berhasad dengki marah kepada orang tidak berdosa

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu perhambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah SWT dengan bersedekah

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah SWT akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."

(Sahih Muslim)

Friday, March 27, 2009

Full & Empty

"In a full heart there is room for everything, and in an empty heart there is room for nothing."

Thursday, March 26, 2009

Kisah Pengantin dan Pegawai TNB

Kisah Pengantin dan Pegawai TNB

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.



Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad ker?" "Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab: "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"



Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Releks puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.



Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang.

"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa 'potong' encik punya...."

Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"



Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."



Nokia 6610i.


Nokia 6610i.

Sudah 5 tahun aku guna handphone ini. Tak pernah rosak pun. Guna dengan cermat. Niat di hati nak beli handphone baru yang lebih canggih, tapi aku masih sayangkan handphone ini yang banyak berjasa. Ada sentimental value.

Friday, March 20, 2009

Aku Anak FELDA.

Aku Anak FELDA.

Sebenarnya aku ni bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Semenjak keluarga kami berpindah ke tanah rancangan Felda pada tahun 1979 barulah berubah sikit hidup. Mula-mula memang susah, rumah kecil cuma 1 bilik saja. Tak ada air paip terus ke rumah. Paip di tepi jalan kena kongsi dengan 3 ke 4 keluarga lain. Tak ada bekalan elektrik. Bila malam pakai lampu lantern pam yang guna minyak tanah. Jalan pun tidak berturap. Berhutang lagi dengan Felda. Hutangnya memakan masa 25 tahun baru dapat hakmilik ladang 10 ekar dan tapak rumah seluar ¼ ekar.

Bila sawit dah tua ditebang dan ditanam semula, kena berhutang lagi dengan Felda. Memang peneroka dapat RM1,200 sebulan tapi itu hutang? Apa ni? Dah ada hakmilik sendiri ke atas ladang pun kena hutang lagi? Felda melantik kontraktor untuk mengusahakan ladang sawit itu. Kontraktor pula tak buat kerja dengan betul. Pokok kelapa sawit tidak dijaga dengan betul. Maka hasil sawit kureng. Sudahlah harga tan sawit tidak menentu. Kalau harga pasaran sawit naik itu okay lah. Tapi bila naik hingga RM700 1 tan kerajaan kenakan cukai untung lebih? Apa kejadahnya? Kalau harga sawit RM 100 tan? Ada Felda nak bantu?

Kebajikan masyarakat Felda tidak dijaga, hinggakan ada anak-anak peneroka terabai jadi penagih dadah. Apa tindakan Felda bagi menbendung masalah dadah di kalangan peneroka dan anak peneroka? Felda fikirkan hanya keuntungan yang boleh diperolehi hasil titik peluh dan penat lelah Peneroka.

Betul lah orang Felda kampung aku kata LKTP itu stands for Langkah Kerajaan Tipu Peneroka.

Thursday, March 19, 2009

Jerawat Batu

Aduh, jerawat tumbuh di dahi aku pula. Patutlah, suhu badan aku panas melampau sejak minggu lepas, mungkin peredaran darah di tubuh badanku tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Mungkin juga aku stress dan kurang tidur.

Macamana cara nak cepat hilangkan jerawat?

Monday, March 16, 2009

راس ماچم نق دمم

ده سميڠڬو اكو راس تق سداڤ بادن راس ماچم نق دمم تاڤي ماسيه بلوم سمبوه. اكو مالس نق امبيل چوتي ساكيت كران كرجا د ڤجابت اد باڽق يڠ ڤرلو دسلسايكن. د هوجوڠ ميڠڬو ڤون اكو كنا كرجا جومڤا ڤمبلي رومه اونتوق تنداتانڬن ڤرجنجين جوال بلي رومه درڤد ڤماجو ڤرومهن د بندر كينرارا. سجق اخير-اخير اين ستياڤ ڤتڠ مستي هوجن. ڤتڠ ني لڤس وقتو ڤجابت ڤون اد اورڠ نق تنداتاڠن دوكومن سكوريتي.

Sunday, February 22, 2009

to love

“..to love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, but to be loved by Allah is everything…”

Thursday, February 19, 2009

Arus Dunia

ARUS DUNIA


Ke mana arah tuju

Muslimin dan Muslimat

Di era dunia masa kini

Yang terus dilandai

Arus kejahilan

Yang kian hampir

Menghanyut manusia

Yang kian lemah iman di dada


Kita tercari-cari

Di mana harga diri

Umat Islam di hari ini

Rela menjual

Aqidah sejati

Tergadai iman

Inginkan sanjungan

Yang bersifat keduniaan


Oh mengapa manusia

Terus memburu dunia

Sedangkan ia hanya sementara

Di dunia yang fana

Ingin mengecap bahgia

Yang tidakkan kekal lama

Sedangkan ia hanyalah

Cobaan dari Yang Kuasa


Tanamkanlah di dalam diri

Semangat dan iltizam hakiki

Agar Islam akan terus gemilang

Marilah kita sama membuktikan

kita adalah umat pilihan

Panji Islam akan tinggi menjulang

Kita adalah umat yang cemerlang.


Lagu : Zaidi Bin Mohamed

Lirik: Mohd Shafie Hamzah

اروس دنيا


ك مان اره توجو
مسلمين دان مسلمات
د ايرا دنيا ماس كيني
يڠ تروس دلنداي
اروس كجاهيلن
يڠ كين همڤير
مڠهاڽوت مأنسي
يڠ كين لمه ايمان د دادا


كيت ترچاري-چاري
د مان هرڬ ديري
اومت اسلام د هاري اين
ريلا منجوال
عقيدة سجاتي
ترڬاداي ايمان
ايڠينكن سانجوڠن
يڠ برصفة كدونياان


اوه مڠاڤ مأنسي
تروس ممبورو دنيا
سداڠكن اي هاڽ سمنتارا
د دنيا يڠ فانا
ايڠين مڠچڤ بهڬيا
يڠ تيدقكن ككال لاما
سداڠكن اي هاڽله
چوبأن دري يڠ كواس


تانمكنله د دالم ديري
سماڠت دان التيزم هاكيكي
اڬر اسلام اكن تروس ڬيميلڠ
ماريله كيت سام ممبوقتيكن
كيت اداله اومت ڤيليهن
ڤنجي اسلام اكن تيڠڬي منجولڠ
كيت اداله اومت يڠ چمرلڠ.


لاڬو : زيدي بن محمد
ليريق: محمد شافعي حمزه

Tuesday, February 17, 2009

CETUSAN KEYAKINAN

CETUSAN KEYAKINAN

Walaupun jauh perjalanan ini,
Tabahkanlah diri di atas segalanya,
walau cabaran membawa dugaannya,
Berusahalah capai segala citamu,

Teruskan perjalanan dengan keyakinan,
tanpa kekalahan menempuh ujian,
satu pengorbanan ke arah impian,
impian yang membawa satu pengertian,

Ingatkan Allah, pohon keyakinan,
bertawakallah dalam segala urusan,
teguhkan dirimu dalam mengharunginya,
semoga segalanya diberkati Allah,

Biar apapun yang datang menghalangi
iringkan bersama kesabaran di jiwa
semoga impian menjadi kenyataan
akhirnya berputik kebahgiaan

Ya Allah.... Ya Allah.. Ya Allah.....

Lagu : Zaidi Bin Mohamed
Lirik : Zaidi Bin Mohamed

چتوسن كيقينن

والاوڤون جاوه ڤرجالنن اين،
تابهكنله ديري د اتس سڬالاڽ،
والاو چابرن ممباوا دوڬانڽ،
بروسهاله چاڤاي سڬالا چيتامو،

تروسكن ڤرجالنن دڠن كيقينن،
تنڤا ككالاهن منمڤوه اوجين،
ساتو ڤڠوربانن ك اره ايمڤين،
ايمڤين يڠ ممباوا ساتو ڤڠرتين،

ايڠتكن الله، ڤوهون كيقينن،
برتوك الله دالم سڬالا اوروسن،
تڬوهكن ديريمو دالم مڠهاروڠينيا،
سموڬ سڬالاڽ دبركتي الله،

بيار اڤڤون يڠ داتڠ مڠهالڠي
ايريڠكن برسام كصبرن د جيوا
سموڬ ايمڤين منجادي كڽاتأن
اخيرڽ برڤوتيق كبهڬيءن

يا الله.... يا الله.. يا الله.....

Saturday, February 14, 2009

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"


Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini - ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Friday, February 6, 2009

Jangan menderhaka kepada Raja segala Raja

Orang Islam (Melayu) yang tak tutup aurat dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang tak sembahyang dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang berjudi, minum arak dan berzina derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang rasuah, salah guna kuasa dikira derhaka kepada Raja segala Raja

Raja kepada segala Raja, segala Sultan adalah ALLAH yang MAHA AGUNG

Derhaka kepada ALLAH , hukumnya kufur kepada perintah ALLAH. Tetapi Raja kepada segala Raja adalah Maha Adil , Maha Pengasih, Maha Penyayang, orang yang derhaka kepada ALLAH masih dibenarkan hidup mencari rezeki di muka bumi kepunyaan Raja segala Raja.

Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah, itu sahajalah satu-satunya jalan penyelesaian untuk umat Islam atas segala kemelut di muka bumi ini.


اورڠ اسلام ﴿ملايو﴾ يڠ تق توتوڤ عورة دكيرا درهاك كڤد راج سڬالا راج
اورڠ اسلام ﴿ملايو﴾ يڠ تق سمبهيڠ دكيرا درهاك كڤد راج سڬالا راج
اورڠ اسلام ﴿ملايو﴾ يڠ برجودي، مينوم ارق دان برزنا درهاك كڤد راج سڬالا راج
اورڠ اسلام ﴿ملايو﴾ يڠ رسواه، ساله ڬونا كواس دكيرا درهاك كڤد راج سڬالا راج

راج كڤد سڬالا راج، سڬالا سلطان اداله الله يڠ مها اڬوڠ

درهاك كڤد الله ، حكومڽ كوفور كڤد ڤرينته الله. تتاڤي راج كڤد سڬالا راج اداله مها عاديل ، مها ڤڠاسيه، مها ڤڽايڠ، اورڠ يڠ درهاك كڤد الله ماسيه دبنركن هيدوڤ منچاري رزقي د موك بومي كڤوڽان راج سڬالا راج.

كمباليله كڤدالقرءان دان اس سنه، ايت سهاجله ساتو-ساتوڽ جالن ڤڽلساين اونتوق اومت اسلام اتس سڬالا كملوت د موك بومي اين.

Thursday, February 5, 2009

٠ سيتواسي للاكي يڠ هاروس وانيتا فهمي

١٠ سيتواسي للاكي يڠ هاروس وانيتا فهمي


١. بيلا سي دي سيبوق. جاڠن ڤولا كامو ترهيڬيه-هيڬيه ممينتا سي دي منجمڤوت كامو د تمڤت كرجا اتاوڤون منماني كامو ڤرڬي ممبلي-بله.

٢. بيلا سي دي ايڬو. جاڠن سسكالي كامو ممڤرسوالكن تنتڠ كايڬوان بيلا سيكڤ سبڬيني سداڠ مڠواساءي ديريڽ. للاكي امت ڤايه اونتوق مڠاكوي ديريڽ ايڬو سباليقڽ برڤنداڤت اياڽ كتڬسن.

٣. بيلا سي دي رومنتيق. اجكله سي دي برسيار-سيار د تڤي ڤنتاي اتاوڤون ماكن مالم د باوه چهاي ليلين سمبيل مڠنڠي ساعت-ساعت مانيس ڤرتموان ڤرتام دان جاڠن لوڤا سليت سكالي ڤرانچڠن اونتوق ماس دڤن برسام.

٤. بيلا سي دي ڤانس بارن.. جاڠن ممبوات سسواتو يڠ بوليه مڽمارقكن لاڬي ڤراسان مارهڽ. چوبا كامو برديام ديري دولو سمڤأي كمارهن ردا.

٥. بيلا سي دي ڤنت. جاڠن مڠادو ڤركارا اتاوڤون برچريتا تنتڠ حال يڠ ريميه. دالم ساعت سبڬيني سي دي هاڽ ڤرلو ريحت يڠ سچوكوڤڽ دان جاڠن ممقسا دي ممبوات سسواتو يڠ بوليه منمبه كڤناتن.

٦. بيلا سي دي ڤنتيڠكن ديري سنديري. چوبا برتروس-ترڠ دان ملوهكن راس تيدق ڤواس هاتي كامو تنتڠ سيكڤڽ ايت. كامو ڤاتوت برسيكڤ تربوك دان ممينتاڽ سوڤاي مڠيمباڠي ڤنداڤت كامو جوڬ. جاڠن لوڤا اونتوق برتوليرنسي انتارا ساتو سام لاين.

٧. بيلا سي دي مڠوڠكوڠ. كالاو كامو ممبرونتق، ڤستي اكن دمارهيڽ. تاڤي كالاو منوروت ساج كاتڽ تاكوت منجيجسكن ديري سنديري. اونتوق ايت، كامو ڤرلو بركات ڤدڽ اونتوق ممبياركن كامو ممبوات كڤوتوسن سنديري اصلكن تيدق منجيجس هوبوڠن كامو بردوا.

٨. بيلا سي دي سلمبا. چوبا تاريق ڤرهاتين سي دي. چونتوهڽ ممبوات سسواتو يڠ بوليه مناريق مينتڽ. اورڠ يڠ سلمبا اين سلالوڽ ايڠين كامو يڠ ممولاكن دهولو. اوليه سبب ايت، كامو ڤاتوت مرنچڠ سسواتو باڬايمانا اونتوق مناريق ڤرهاتينڽ.

٩. بيلا سي دي چورڠ.. جاڠن تودوه تنڤا اصول ڤريك سا. جك بنر سي دي چورڠ، برسموك دان تاڽ دڠن سي دي مڠاڤ برسيكڤ بڬيتو. تاڤي كالاو سي دي تتڤ دڠن كڤوتوسنڽ، ايلوكله كامو سنديري يڬ بروندور دولو سبلوم ماكين ڤاره كلوقءن هاتي.

١٠. بيلا سي دي لوروس بندول. ميمڠ كامو بوليه مڠمبيل كسمڤتن ك اتس ديريڽ تتاڤي جاڠن سمڤأي ممڤرليكيهكن ستياڤ تيندق تندوقڽ. كامو ڤاتوت منجادي ڤراڠسڠ ڤدڽ دان مڠاتكن يڠ سي دي ممڤو ممبوات كڤوتوسن سنديري تنڤا مڠهارڤكن اورڠ لاين ساڠت.

Wednesday, February 4, 2009

ڤرجالنن دڠن موتورسيكل.

ڤرجالنن دڠن موتورسيكل.

تق تاهو نق توليس اڤ د بلوڬ اين. هوجوڠ ميڠڬو لڤس كامي باليق ك كامڤوڠ د قلواڠ جوهر سكالي لاڬي سلڤس باليق چوتي تاهون بارو چينا. باليق كالي ني ڤون سبب نق امبيل موتورسيكل. كامي باليق ڤد هاري اثنين جم ١٠.١٥ ڤاڬي. سوده لاما تيدق منوڠڬڠ موتورسيكل اونتوق ڤرجالنن يڠ جاوه. سلاما اين چوما ممندو كريتا ساج. كامي لالو ليبوهراي اوتارا سلتن. بيلا اد هنتين سبله اكو برهنتي ريحت ٥ مينيت. بيلا جومڤا هنتين ريحت دان راوت د ڤاڬوه، كامي ايسي ميڽق موتور ڤنوه-ڤنوه دان ايسي ڤروتكو دڠن ماكنن. كامي تيدق برهنتي د هنتين ايير كروه ملاك. چوما برهنتي د ڤدس اونتوق صلاة دان كامي تروسكن لاڬي. بيلا ده سمڤأي د هنتين سرمبن تيبا-تيبا ميڽق موتور هابيس. موجور له سمڤت سمڤأي د ستيسين ڤيترول. بيلا ده سمڤأي ڤندان ڤردان چراس كوالا لومڤور سوده جم ٤ ڤتڠ هوجن ڤولا. ترڤقسا توڠڬو سمڤأي هوجن برهنتي. جم ٦ ڤتڠ باروله سمڤأي د رومه. الحمدلله شكور كڤد الله، كامي سلامت سمڤأي. بوليهله كامي مرمڤيت د كوالا لومڤور. هي هي هي هي .


Perjalanan dengan motorsikal.

Tak tahu nak tulis apa di blog ini. Hujung minggu lepas kami balik ke kampung di Kluang Johor sekali lagi selepas balik cuti tahun baru cina. Balik kali ni pun sebab nak ambil motorsikal. Kami balik pada hari isnin jam 10.15 pagi. Sudah lama tidak menunggang motorsikal untuk perjalanan yang jauh. Selama ini Cuma memandu kereta saja. Kami lalu lebuhraya utara selatan. Bila ada hentian sebelah aku berhenti rehat 5 minit. Bila jumpa hentian rehat dan rawat di Pagoh, kami isi minyak motor penuh-penuh dan isi perutku dengan makanan. Kami tidak berhenti di hentian Ayer keroh melaka. Cuma berhenti di Pedas untuk solat dan kami teruskan lagi. Bila dah sampai di hentian Seremban tiba-tiba minyak motor habis. Mujur lah sempat sampai di stesen petrol. Bila dah sampai pandan perdana cheras kuala Lumpur sudah jam 4 petang hujan pula. Terpaksa tunggu sampai hujan berhenti. Jam 6 petang barulah sampai di rumah. Alhamdulillah syukur kepada allah, kami selamat sampai. Bolehlah kami merempit di kuala Lumpur. He he he he .





Friday, January 30, 2009

ڤراڠاي

كتيك اكو منوليس بلوڬ اين، دالم كادأن سدر، وارس دان راسيونل.
ترڬرق اونتوق منوليس تنتڠ ڤراڠاي مأنسي ني. ميمڠ مأنسي تيدق سمڤورنا، تتاڤي ڤرلو اد ستندرد قواليتي اونتوق تروسكن هيدوڤ. ككادڠ اكو تق فهم كناڤ اد ببراڤ جنيس ڤراڠاي يڠ تق سڤاتوتڽ اد.
چونتوه كاون، اد جنيس يڠ چوكوڤ باڬوس، اد جوڬ يڠ ڤراڠاي جنيس سوڠڬوه مڠجيڠكيلكن. جنيس يڠ امبيق كسمڤتن، جنيس يڠ ڤنتيڠكن ديري سنديري. اكو چوبا اونتوق جادي كاون يڠ ترباءيق، سام-سام هاروڠي ماس سنڠ دان سوسه برسام. ترباءيق ستاكت يڠ اكو ممڤو. ككادڠ سمڤأي اكو ڤنتيڠكن كاون دري كلوارڬ. لبيه باڽق ماس يڠ دهابيسكن برسام كاون-كاون.
ارم....ايتڤون اد جوڬ كاون جنيس يڠ تق برهاتي ڤروت. ڤنتيڠكن ديري سنديري. بياسا لا كالاو ماسيڠ-ماسيڠ تق ڤراسن اكن كلمهن. اكو ڤون مأنسي بياسا يڠ اد كلمهنڽ. اكو ڤاليڠ تق سوك كالاو اد يڠ سوك مڠوڬوت دمي كڤنتيڠن ديري سنديري. باڬي اكو، چوبا يڠ ترباءيق اونتوق مڠيمباڠي كڤرلوان. تاڤي ككادڠ كيت ڤون اد ترلڤس ڤندڠ كن.
اونتوق ديري اكو دان كاون-كاون، عاديل لا اونتوق ديري كيت دان جاڬ ڤراسان اورڠ لاين. كيت تق تاهو بيلا ماس كاون-كاون كيت تو اكن تراس دڠن ڤڽاتأن كيت ول حال وقتو بياسا، تيدق منجادي اڤا٢ كوديس كالاو كنا كوتوق.
بوات ماس سكارڠ ني، اكو اد بركچيل هاتي دڠن ببراڤ اورڠ كاون تاڤي بيار له. توهن ايت مها عاديل. اين لواهن هاتي اكو، بوكن اونتوق مڽيندير سسياڤا. اكو ڤون مينتا معاف سكيراڽ اد كاون-كاون يڠ بركچيل هاتي دڠن ڤراڠاي اكو. ڤد كاون-كاون يڠ اكو اڬق لاما تيدق هوبوڠي، هارڤ معلوم ساج له. والاوڤون مولوت اكو اڬق لنچڠ، تاڤي تق سمڤأي هاتي نق چاكڤ اڤا٢. سنديري ماهو ايڠت ساج لا. كالاو اكو تق باڽق چاكڤ ايت، اد له يڠ اكو كچيل هاتي تاڤي اكو تياد اڤا٢ نق دكاتا.
اين سقدر لواهن راس اكو . كادڠ-كادڠ ڤرلو جوڬ ماس اونتوق برسنديرين.

سوده هاري جمعة

هاري اين سوده هاري جمعة. بيسوق سوده هاري سبتو. . هاري سبتو ڤاڬي ڤولا اكو نق باليق ك كامڤوڠ دڠن مناءيقي بس. سوده لاما اكو تيدق ناءيق بس سمنجق سوده اد كريتا سنديري. توجوان اكو باليق ك كامڤوڠ ڤون اداله اونتوق مڠمبيل موتورسيكل اكو سمولا. اكو نق ڬونا موتورسيكل د كوالا لومڤور. اڬق سوسه جوڬ باوا كريتا، سوسه نق ڤركيڠ، جالنراي سسق. كالاو باوا موتور سنڠ سيكيت نق منچلاه. اكو نق باليق سمولا ك كوالا لومڤور دڠن منوڠڬڠ موتور دري جوهر ڤد هاري اثنين ڤاڬي.

نصيب باءيق ٢ فيبرواري ٢٠٠٩ چوتي. چوتي ڬنتي هاري ولايه ڤرسكوتوان سرونوك تيڠڬل دان كرجا د ولايه ڤرسكوتوان اين. ١ فيبرواري اين هاري اولڠتاهون كلاهيرنكو يڠ ك ٣٣ تاهون.

Thursday, January 29, 2009

سموڬ صيحت سلالو

سموڬ صيحت سلالو

ميمڠ سوده منجادي كبياساان اكو سجق ١٥ تاهون يڠ لالو، بيلا اكو باڠون ڤاڬي، بڠكيت دري تيدور اكو تروس ڤرڬي ك داڤور، تواڠ اير ماسق ك دالم ڬلس/موڬ/چاون باچ بسم الله، صلوات ك اتس نبي ٣ كالي دان مينوم اير ماسق اتاو اير كوسوڠ اتاو اير جارڠ ايت سباڽق ٣ ڬلس سبلوم باسوه موك اتاو ڬوسوق ڬيڬي. سلڤس ايت باروله اكو برسياڤ اونتوق مندي. سهيڠڬ ك هاري اين اكو ماسيه مڠمالكنڽ ستياڤ ڤاڬي.

ايت ڤتوا چئڬو سچيانچ اكو يڠ اجر دولو. دي كات عملكن سلالو ستياڤ ڤاڬي سلڤس باڠون درڤد تيدور اونتوق اويت مودا دان كصيحتن. ميمڠ چوكوڤ سنڠ دان موده. چوبا دان ليهتله كسنڽ كران اكو سنديري تله منچوباڽ. هيڠڬكن اد اورڠ يڠ مڽاڠك عمور اكو ٢٨ تاهون، ڤد حال سوده بروسيا همڤير ٣٣ تاهون. دان الحمدلله، اكو جارڠ ساڠت داڤت دمم سلسما والاوڤون تركنا هوجن.

دولو-دولو ماس اكو عمور ١١ تاهون اكو مولا مروكوق. ايت ڬارا-ڬارا ايكوت كاون-كاون له تو. بيلا ده ماسوق عمور ١٦ تاهون اكو تروس برهنتي مروكوق اتس كسدرن ديري سنديري. سلڤس ايت دان هيڠڬ كيني اكو جادي بنچي دان تق سوك دڠن اسڤ روكوق. ڤد اكو باو روكوق سوڠڬوه بوسوق دان منجيجيقكن.

حقيقتڽ، اورڠ يڠ وارس تتڤ اكن تاهو اكن بهايڽ روكوق. اورڠ بودوه دان تق اد اوتق ساج يڠ سڠڬوڤ سدوت راچون تياڤ هاري باڬاي ماهو ممبونوه ديري. مريك بوكن ساج مراچوني ديري سنديري، ماله اورڠ د سكليليڠ توروت منريما عقيبة. مينتا معاف كڤد سسياڤا يڠ تراس دڠن كات-كات اكو. بوكن ماره، بوكن مڠوتوق، بوكن مڠجي، چوما سقدر نصيحت.

كات-كات

جك كيت ترلالو مميكيركن عقيبة يڠ اكن برلاكو درڤد سسواتو تيندقن، كيت تيدق اكن بروڤايا منجادي سأورڠ يڠ براني سمڤأي بيلا-بيلا ڤون.

Thursday, January 22, 2009

STOP BEING TYPICAL!!!

STOP BEING TYPICAL!!!

Don’t ever think that you are a good person than others. Don’t ever think that people are lousy person than you. Just be grateful to being you. This typical virus really can ruined everybodys life!

· Stop being typical by thinking that ladies can't be a police, bomba, engineer or doing works like male person. Some woman can make a really good job because more concentrate by focusing that beside of they can give a full commitment.

· Stop being typical by thinking that orang yang kerjanya executives or higher level can't be friend with lower level like production operator ke, general clerk ke, office boy ke, dispatch ke, makcik cleaner ke, pembantu rendah am ke or what? Maybe they don't have luck or destiny untuk kerja begitu tapi mereka ada pengalaman or pendapat yang sama dengan kita.

· Stop being typical by thinking that when people pursued thier studies in engineering or law they will end up with being as an engineer or lawyer! Hello, kalau betul ada rezeki alhamdulillah, tapi kalau tak ada kenapa tak grab other chances yang lebih cerah! let say if you are working at big company such as Astro, MAS, Proton, Telekom, Tenaga Nasional, but then your gaji and your benefit are ciput than orang yang kerjanya biasa-biasa saja tapi okay lah untuk survive dan gaji dan benefit lagik bagus daripada you. So siapa yang rugi?

· Stop being typical by thinking that when people sudah successful kerja MLM, konon can drive Mercedes, BMW or apa-apa lah. They can’t befriend anymore with their old school friends yang dari zaman kecil-kecil dulu punya banyak memories. They don’t look at your mercedes. They sincere to be your friend. They are still your friend even kerja masing-masing berbeza. rezeki itu kuasa Allah yang menentukan.

· Stop being typical by thinking that even they are pious/ berilmu dalam beragama they can’t be friend with freinds yang hidupnye masih mengamalkan cara hidupnya 'cucuk langit' etc. itu kawan dia. Lantak dia lah. As long as they know dan tak melibatkan diri dalam urusan itu sudahla.

· Stop being typical by thinking that ladies can’t extremely minat football or any adventurous outdoor things! Please wake up and make up your mind. Ladies still ladies. It just the enthusiasm.

· Stop being typical by thinking that football is for man. I’ve been met boy and man yang tak suka football. Macho juga diorang tu.

· Stop being typical by thinking when anak pak haji or anak mak hajah didn’t wearing tudung or if they wearing tudung but still not in conservative attire you will blame the parents by saying that 'itu pakcik rock namanye'... hahaha. Assalamualaikum who are you to say that? Banyak sangat amalan ya sampai boleh make an assumption like that. Iman tak dapat diwarisi. All you have to do is doa. banyak jenis doa.. if tak mampu, doakan dari dalam hati. itu lebih baik daripada you kata macam-macam.

· Stop being typical by thinking that man yang metrosexsual are $qwk.. kalau difikirkan balik, hidup mereka lebih terurus, kemas, bersih, more gentle, and easy to be with daripada yang konon-kononnya la hetro tapi langsung tak ada a good sense of man yang woman perlukan..

· Stop being typical by thinking that why Malay woman lagi sanggup choose their partner from other races. Sorry to say that.. no romances yang ladies mahukan.. but respect and ambitious.. itu yang ladies mahukan..

· Stop being typical by thinking that typical malay are worst!! mereka lebih cantik dan cantik daripada segalanya!!

Ada pro and contra!! Actually banyak lagi. But then yang nyata dan jelas lah yang perlu difikirkan dulu. fikir dengan cemerlang dan secemerlangnya lah membuat keputusan. Don’t simply judging people when you never know them until you really know them at all! Be wise. if sakit hati dengan pandangan itu. All we have to do is tegur, advice and doa.. Like I said before if can’t say obviously, just tegur guna hati dan akal. itu lebih bagus and berkat. :)

Tuesday, January 20, 2009

JanjiNYA Pasti

Selamat hari Selasa kepada semua kawan-kawanku. Baru-baru ni aku terdengar kata-kata santapan buat minda untuk berfikir kat radio mana entah tak perasan pulak.

Kata Dato' Dr. Fadhilah Kamsah : “Apa yang kita lafaz itu doa, Apa yang kita fikir itu doa, Apa yang kita yakin itu doa.

So, lafazkan yang baik-baik saja. Fikirkan yang baik-baik saja, Yakinkan yang baik-baik saja. Doakan yang baik-baik saja. Okay”.

Kata-kata seorang ibu terhadap anaknya juga doa. Sebab itulah kalau anda seorang ibu, lafazkanlah yang baik-baik pada anak tu. Kalau anak nakal, jangan maki hamun anak itu. cakap saja : “hey, bertuah punya anak”, nescaya anak itu akan mendapat tuah dan keberkatan dalam hidupnya kelak.

Berdoalah kita kepada Allah selalu, sesungguhnya Allah pernah berjanji dengan firmannya yang mafhumnya: “Tuhan kamu telah berkata kepada kamu; Berdoalah kepada ku, nescaya aku akan makbulkan doa kamu” (Surah Al-ghafir, ayat 60)

Allah sendiri telah berfirman: "Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.." (Surah al-Baqarah. Ayat 186)

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah?

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasulullah (s.a.w) pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

Percayalah akan janji Allah kerana sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjinya. Tapi kita manusia ini yang suka mungkir janji.

Aku ni tak pandai menyembang panjang-panjang. Siapa kawan dengan aku tentu bosan pasal aku ni seorang yang pendiam. Aku tak pandai nak mulakan perbualan kalau tidak orang yang mulakan dulu. Aku cuma cakap apa yang perlu saja. Aku tak suka cakap berdegar-degar, tapi habuk pun takdak. Banyak cakap, banyak bohongnya. Banyak berbohong, banyak dosanya. Banyak dosa, masuk neraka.

Aku tak pandai nak marah-marah orang. Kalau aku marah pun aku diam saja. Selagi aku boleh sabar, aku sabar. Diam itu emas.

Monday, January 19, 2009

Jodoh Wajah Seiras?

Jodoh Wajah Seiras?

Orang tua-tua kata, jika wajah sepasang kekasih itu seiras bermakna mereka berdua ada jodoh untuk bersama. Jodoh ni, dia ada irasnya. Wajah seseorang itu biasanya seiras dengan jodohnya. Kalau tak seiras dengan si jodohnya, mungkin dengan bakal mak mertua ke, pak mertua ke, iras dari segi rupa, kelakuan dan sebagainya. Tak tahulah sama ada ianya mitos ke, dongeng ke, atau kebetulan ke.

Jadi, sesiapa yang solo single tu, cari-carilah sesiapa yang muka seiras. Mana lah tahu itu jodoh anda. Jika sepasang couple itu mempunyai wajah iras-iras ataupun sama, couple itu akan bahagia sepanjang masa. Mungkin juga “seiras” yang dimaksudkan ialah sekufu (setaraf, sefahaman, setara) .

Best of luck to all of you out there.

Saturday, January 17, 2009

APA AKU DI DEPAN TUHANKU

APA AKU DI DEPAN TUHANKU



Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depannya.

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku.



Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhanku.



Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku



Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.



kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.



SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU?