Monday, April 6, 2009

Selamat Hari Isnin

Hari ini hari Isnin. Semalam hari Ahad yang sudah jauh ditinggalkan. Esok hari Selasa yang masih belum tentu. Harap semua gembira pada hari ini. Selamat bekerja bagi yang bekerja macam aku ini. Bosan betul. kenapa lah hari Isnin kerja, kan? Lambatnya rasa nak tunggu hujung minggu, boleh nak bermalas-malas di rumah. Enjoy your day.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya, iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua (orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana @ musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Oleh itu, selagi ada peluang, ruang, kesempatan ini, marilah kita perbanyakkan amal kebaikan.

Terima kasih & salam sejahtera

3 comments:

ajako said...

betul tu kasap, tapi tak bermakne hanya org kat Nilai, Negeri Sembilan jer yg boleh menilai keempat2 nilai tersebut...

aya.whitetea said...

hehehehe....sbb orang nilai mestilah pandai me-nilai ek ????

ajako said...

x semestinye, dowang terel menilai baranga kat Nilai 3 jerk, ce dowang p Jogja, mesti konpius nak convert RM ke Rp, heheh