Wednesday, April 1, 2009

Misteri Di Pagi Hari

Seperti biasa pagi tadi aku datang ke pejabat tempat kerja aku pada jam 7.30 pagi selepas membeli makanan untuk sarapan pagi. Meja aku berdekatan dengan pantry. Setelah aku membancuh air kopi, aku terus menuju ke mejaku dan bersarapan pagi. Pada masa itu cuma aku seorang saja yang datang awal. Sedang aku bersarapan, tiba-tiba aku terdengar bunyi seseorang menuang air ke dalam gelas di pantry. Aku pun rasa pelik, hairan dan tertanya-tanya. Siapa yang tuang air itu? Sedangkan cuma aku seorang diri di office? Ah, sungguh misteri. Aku buat tak tahu saja. Aku tak kacau dia, jangan pula dia tak ganggu aku nak buat kerja. Aku kena April Fool ke? Aku fikir, tidak. Itu perkara benar-benar terjadi. Dan aku bukan bermimpi juga tidak aku berkhayal.

6 comments:

ustazshafiee said...

biasa je tu. kalau bukan orang, jin la tu. jin pun nak minum kopi jugak.. minum tak ajak orang kat tepi-tepi dek pung.. ahaks

Ayasu Kuro-Obi said...

Dia tolong tuang. Cakap la tima kasih.

Zaidi Al-Kashafi said...

Ustaz Pie,
Di mana-mana pun ada jin, di dalam bangunan, dalam hutan, tepi tasik, atas jalanraya, cuma kita tak nampak saja sebab ada hijab. Cuba kalau dicabut hijab itu mungkin kita boleh nampak makhluk halus (ghaib). Macam mana lah agaknya akan terjadi?

Haji Sepul,
Dia tolong tuang untuk puak-puak dia saja. Kalau puak-puak kita langsung tak diendahkannya.

ustazshafiee said...

dia akan tolong jugak tuangkan, tapi mesti ada syaratnya.. ke guaner?

shariza said...

Kashaf,

Perkara biasala tu. Jin tu tengok kopi you sedap dia pun tiru cara you buat kopi. hehehe.

Eija ada terbaca buku bab Jin ni. Patut tak tunjuk rupa sebenarnya sebab memang dijadikan Allah dengan rupa yang buruk.

Aganyalah lepas benda tu tuang kopi dan join Kashaf, apa yang you buat ye?

ajako said...

diowang nak test kasap ni btl2 kasyaf kut...ajaklah diorg layan teh tarik lakkkkk