Tarikh: 25-26 April, 2009
Tempat: Gunung Nuang Hulu Langat Selangor.
Aku terlambat untuk mengemaskini blog ini. Pada 25 April 2009 aku telah pergi ke Gunung Nuang untuk menyertai satu program amal membersihkan jalan, denai dan tapak perkhemahan daripada sampah sarap yang ditinggalkan oleh orang yang berkhemah dan berkelah di Sungai Lolo Hutan Lupur Gunung Nuang.
Kita mesti menjaga kebersihan alam sekitar kita terutama sekali kawasan hutan tanah tinggi yang menjadi kawasan tadahan air untuk menjadi kegunaan kita dalam kehidupan. Air adalah sumber kehidupan.
Aku bertolak dari Wangsa Maju pada jam 8.30 pagi. Itu sudah terlewat kerana aku diberitahu bahawa sesi pendaftaran peserta bermula pada jam 8.30 pagi. Aku lalu ikut Ampang. Sampai di Ampang aku tersesat kerana tersalah masuk simpang. Pusing punya pusing akhirnya aku jumpa jalan yang sebenar. Aku sampai di Chalet Hutan Gunung Nuang di Pangsun Hulu Langat pada jam 9.30 pagi. Di sana aku jumpa Kepet, dan Lizert sekeluarga. AKu juga jumpa Kicok yang sudah semakin bejaya dalam perniagaan perabot jatinya. Majlis perasmian program sampai di Pangsun pada 10.45 pagi. Pukul 11.15 pagi kami dilepaskan untuk teruskan mengutip sampah sampai ke kem Lolo.
Di check point 1, bersama adik-adik pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Mereka ni ahli Kelab kembara dan Rekreasi (ARC-IIUM).
Sikit saja sampah yang aku kutip kerana aku berjalan di bahagian belakang. Sampah sarap di sepanjang jalan sudah dikutip oleh orang yang berjalan di depan.
Aku sampai di Kem Lolo bawah pada jam 1.00 tengah hari.
Sesampainya aku di sana, aku terus berehat sejukkan badan dan mandi. Barulah segar sikit badan.
Kalau ada masa lapang, aku akan pergi lagi ke tempat ini.
Inilah sampah sarap yang kami bawa turun untuk dilupuskan.
No comments:
Post a Comment