Tuesday, December 30, 2008

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BATU PUTIH 2008

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BATU PUTEH 2008


Salam semua.

Aku pergi ke Gunung Batu Puteh pada 25 Disember 2008 - 27 Disember 2008. Ekspedisi ini dianjurkan bersama oleh Adventure & Recreational Club, International Islamic University Malaysia (ARC IIUM) dan Alumni ARC (LatePackers). Peserta seramai 30 orang, iaitu 30 lelaki dan 8 perempuan. Kami pergi dengan menaiki kereta sendiri. Sebanyak 11 buah kereta. Gunung Batu Puteh memang penuh dengan dugaan dan cabaran. Memang teruk sangat laluan dan perjalanannya. Setiap hari aku sampai di campsite pada waktu malam. Tapi pemandangannya pula memang sungguh cantik.


24/12/2008 (Rabu)

10.15 malam: aku sampai di Restoran Burger King atau stesen Petronas Lebuhraya Lingkaran Karak. Tapi tidak ada seorang pun peserta ekspedisi yang sudah berada di situ. Lalu aku terus menghubungi Razmy. Dia kata masih dalam perjalanan di Sri Gombak. Tak lama selepas itu Razmy sampai dan diikuti pula oleh Nani yang datang dengan kereta Perodua Myvi.


10.30 malam: aku ikut Razmy ambil budak ARC di kampus UIAM Gombak. Sampai saja di sana sudah ramai yang sedang tunggu di depan tangga besar central administration building. Jumpalah member-member ARC dan juga Dr. Zaid dengan kak Aziah dan anak-anaknya.


11.15 malam: Dr. Zaid, Ummul dan Nad naik kereta aku dan terus menuju ke Restoran Burger King @ stesen Petronas Lingkaran Karak Highway. Jalan agak sesak. Ramai orang yang nak pergi bercuti menuju ke destinasi masing-masing.


11.45 malam: sampai di Burger King/stesen Petronas Lingkaran Karak Highway. Jumpa Bro. Laboo (salah seorang taukey outdoor gear brand Eiger di Malaysia), Bulat, dan lain-lain. Asker selaku director bagi-bagikan t-shirt. Lawa juga design t-shirt itu.




25/12/2008 (Khamis)-Hari Pertama

1.30 pagi: Kami mulakan perjalanan dari restoran Burger King sebanyak 9 buah kereta. 2 kereta lagi tunggu di R&R Tapah. Dr. Zaid, Ummul dan Nad naik kereta aku.

3.00 pagi: Kami sampai di hentian R&R Tapah arah utara. Ramai orang dan banyak kenderaan berhenti di situ. Agak lama juga kami berhenti rehat, makan, minum, borak, tidur di surau, sampai waktu subuh.


7.40 pagi: Kami mulakan perjalanan dari R&R Tapah. Berkonvoi sebanyak 11 buah kereta. Kami menyusur keluar di Tapah. Kemudian dari situ kami terus pandu menghala ke arah Cameron Highland, tapi sekejap saja, 7 batu saja sudah boleh masuk ke sebelah kanan iaitu ke simpang ke Kuala Woh.

Dalam masa lebih kurang 10 minit kami sampai di empangan apa nama entah. Kami teruskan perjalanan lagi sampai di perkampungan orang asli Kuala Woh. Kami terus lagi sampai ke penghujung jalan. Jalannya sempit, hanya muat sebuah kereta saja. Bila agaknya pihak yang berwajib nak lebarkan lagi jalan ini.

8.40 pagi: kami sampai ke penghujung jalan yang sudah berturap tar ni. Kira-kira 30 minit perjalanan dari simpang utama. Di sini ada satu rumah pam air (pump house). Di sini parking kereta ke, bas ke, tak ada masalah kerana ada tempat meletakkan kenderaan, kalau nak berkhemah ramai-ramai di sini pun boleh juga. Tapi orang asli itu minta kami kosongkan kawasan itu untuk budak main bola dan tapak orang berniaga.

8.50 pagi: Budak ARC mula memasak untuk pack lunch. Masak nasi goreng lah. Lepas itu hujan pun turun. Kami bahagi-bahagikan ration makanan. Aku cuba pilih ration yang ringan-ringan seperti roti untuk dibawa. Tapi aku tak nak bawa sebarang equipment pun. Biar budak-budak yang muda yang bawa.


Tiba-tiba datang sebuah teksi yang membawa 4 orang pendaki dari group lain. Lepas tu ada lagi 4 buah teksi yang membawa orang yang nak mendaki Gunung Batu Puteh.


Dulu 8 tahun lalu kami pergi 8 orang saja, so, awal-awal pagi, pukul 9.00 pagi kami sudah pergi trekking selepas sarapan pagi boleh terus jalan. Tapi kali ni dah pukul 10.00 pun masih belum jalan. Ini confirm kena jalan malam ni. Aku ni sudahlah obes, stamina pula kurang, jogging hanya sempat 5 kali saja. Diorang boleh suruh aku jadi trekker. Aku tak layak lah, kena swept to bolehlah. Aku pewai.



11.45 pagi: Kami mulakan perjalanan di hari pertama, menuju ke Gua Azan. Mula-mula seronok sangat. Kami naik bukit turun sikit saja. Kebanyakan perjalanan mendatar saja. Kami lalu tepi sungai yang sangat cantik. Pokok-pokok pun hijau semacam saja. Trip kali ini ramai orang yang pakai backpack Eiger. Ada juga yang sarung backpack dengan rain cover Karat Adventure. Aku masih guna backpack Karrimor Panther 75L dan rain cover Evergreen. Kasut getah aku beli di pasar Dato’ Keramat awal tahun 2007.

12.30 tengahari: Aku sudah melepasi 2 jambatan buluh di sungai Y itu. Sebenarnya aku sudah lama berehat daripada aktiviti-aktivi luar dan lasak. Semua peserta nampak ceria saja. Sampai di sungai kena menyeberang lah. Pada masa ini air tak lah tinggi. Jadi, syok lah menyeberang.

Kemudian kami berjalan di hutan Buluh. Cantik jugak di sini. Macam dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon. Lepas itu kami berjalan sampai jumpa trekker group dari Johor Bahru tu kata jalan sudah kena tutup, kena patah balik. Dia kata yang dia sudah 4 kali mendaki gunung Batu Puteh. Jalan memang selalu berubah-rubah. Kami pun berpatah balik dan ikut trek yang ditunjukkan oleh orang asli. Alah, sebenarnya boleh saja ikut trek itu. Orang asli tu sengaja tak mahu kita lalu perkampungan dia. Ada banyak juga pacat dan nyamuk.


Tiba di jeram kami berhenti rehat dan makan pack lunch kami. Group pendaki dari Johor Bahru itu pun berhenti di tempat yang sama. Lepas 30 minit berehat kami teruskan lagi trekking pendakian dengan berpandukan tag tali merah yang diikat pada pokok. Bila sampai di satu tempat itu kami dah tak jumpa trek. Rupa-rupanya tanah runtuh. Nasib baik trekker group Johor Bahru itu pasang tali. Selamat lah sikit untuk lalu trek itu.


Kemudian kami menapak mencanak naik lah kerja dia. Aku tertinggal jauh di belakang. Sweeper di belakang aku masih jauh. Jadi aku trekking seorang diri sehingga hari sudah gelap. Aku pasang lampu suluh. Cuak juga aku berjalan seorang diri di waktu malam, di dalam hutan tebal. Tapi aku tak fikir yang bukan-bukan. Fokus aku hanya nak cepat sampai di Gua Azan. Kadang-kadang aku terjatuh. Mana nak pegang lampu suluh, mana nak pegang akar pokok lagi semasa mendaki. Namun aku cekalkan hati untuk teruskan juga pendakian. Sampai di persimpangan ke Kemsait Gua Azan aku nampak ada kertas tulisan Dr Zaid diikat pada sebatang pokok yang menunjukkan arah denai ke Gua. Aku terus masuk ke kiri kerana aku nak bermalam di Gua. Treknya naik turun naik turun naik. Aku layan saja laluan itu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air mengalir dan suara orang sayup-sayup kedengaran. Itu tandanya aku dah nak sampai ke tapak perkhemahan. Aku jalan lagi sehingga nampak cahaya lampu dan lantern.


8.45 malam: Aku sampainya aku di Gua Azan. fuyyoooo. batu besar gila lah, besar dan tinggi seperti bangunan 3-4 tingkat . Sebiji setongkol batu itu je. siapa entah letak di situ. Jadi, di bawahnya ada lubang besar lah. Boleh ramai-ramai duduk tidur. Aku trekking lambat lah.. terus sampai di Gua itu pada jam 8.45 malam. Di gua ini sumber airnya kalau nak ambil kena turun ke bawah sikit. Ada air sungai di bawah batu. Cantik woo. Kalau nak mandi kena bawa gelen air 5 liter. Lepas mandi aku bawa naik air 5 liter untuk kegunaan masakan dan minuman.


10.30 malam: Sweeper Abang Peja, Mamat, Bintat sampai menemani Mat Lan yang sakit lutut kaki kanannya.


26/12/2008 (Jumaat)-Hari Ke-2

Selepas bangun solat subuh, kami tidur semula. Bangun tidur terus makan.

10.55 pagi: Aku teruskan lagi perjalanan trekking ke puncak . ye lah kan kami semuanya malas nak trekking awal. Lalu atas permatang yang semakin lama semakin tinggi. Kami naik Gunung Kak. mencanak jugak. Ini baru Gunung Kak, Gunung Bang Kak lagi tinggi. Kashaf panjat-panjat. Kena panjat batu sikit-sikit.


12.25 tengahari aku sampai di puncak Gunung Kak. Fuyyo, open gila.. .ini puncak antara yang best kashaf pernah sampai (Gunung Kak). Ada gaung sebelah kami tu. Kami boleh nampak Gunung Bah Gading (5,381 ft), Gunung Kinip dan banjaran-banjaran gunung yang lawa. Jauh di bawah terdengar deruman air terjun powernye. kata orang di bawah tu dulu ada Kem force 136 pada zaman perang dahulu. Tapi aku tak nampak lah sebab sudah tinggi dah. Di sebelah Gunung Kak ni ada puncak Abang Kak, dia kira seketul batu besar yang lebih tinggi dari Gunung Kak ini. Dari puncak kak ni kita boleh nampak satu tembok batu natural warna putih di seberang sana. Mungkin nama Gunung batu Putih diambil sempena tembok batu natural warna putih itu.


1.00 p.m: Aku teruskan trekking setelah herhenti rehat selama 35 minit. Budget trekking pergi sampai ke puncak maksimum 4 jam dari puncak Gunung Kak ini. Kalau tak sampai kira 'turn around time' la lepas 4 jam tu. Trekking pangok juga. Very tough lah. Then nampak trek la sempoi saja. naik banyak lah, turunnya sikit saja. Tapi my energy kira very low. Nasib baik mental masih kuat dan bersemangat lah. Cross sudah 2 puncak gunung itu.


4.10 petang: Sampai di 'campsite' dan ' water point' (Kem Meon). So, aku, Mamat dan Bintat turun melawat sungai lah. Kami sesat sekejap. Patah balik, redah semak samun, lastly jumpa waterfall itu. Fuyyooooo sejuk gila air terjun di atas gunung. Ambik air 5 liter, solat asar dan zuhur..


5.30 petang: Aku naik ke atas semula. Mengah tau bawa air naik ke atas. 20 minit mendaki sudah sampai di campsite ini kira okay juga. Abang Peja masak mee segera dan air hot chocolate. Aku keluarkan buah kurma/tamar dan makan beramai-ramai. Re-charge tenaga. Berkat gitu.

6.10 petang: Aku dan Roslan teruskan perjalanan. Kami sama pancit. Geng perut boroi. Tapi kami tetap berusaha naik. Bukan macam sesetengah orang tu tak nak naik puncak, malah sanggup tidur tunggu di Gua Azan saja. Suhu semakin sejuk, sehingga aku menggigil kalau rehat lama-lama. Jumpa group pendaki dari Johor bahru itu turun semula tak tidur di puncak. Bila sudah gelap, Abang pasang lantern. Jadi terang benderanglah trek. So, kami teruskan pendakian lagi. Ada banyak batu-batu besar di sini. Bila penat sangat kami berhenti sekadar lepas sebatang rokok. Tapi aku bukan seorang perokok. Kemudian kami teruskan lagi pendakian.

9.00 malam: Jumpa Asoi rescue kami yang pancit ni. Dia kata puncak dah tak jauh lagi. Aku pula asyik mengeluh, bila anak sampai puncak ni. Rasa dah tak larat sangat membawa diri ke puncak. Pewai tau. Ada cerun sikit lah. yang lain okay, cuma di hutan lumut lah. sejuk lah.

9.15 malam: Then, jeng, jeng, jeng, toing!!! there is no higher ground! Maknanya aku sudah sampai ke puncak Gunung Batu Puteh untuk kali ke-2. Sampai saja, fly sheet dan ground sheet sudah siap terpasang. Dr Zaid panggil aku, katanya di sebelahnya masih ada tempat kosong untuk aku tidur. Aku terus letak beg, salin baju sejuk, bentang carry mat, terus sarung sleeping bag. Dapat merasa kopi O panas memang kaw-kaw punya.

Power juga runners depan belasah nie. Dalam masa 2 jam setengah saja diorang sudah sampai. Campsite dia best lah. besar la. ada 'triangle survey' juga. aku yang pancit masa tu sampai di puncak pada jam 9.15 malam. Kami dapat melihat keindahan malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang di langit. Aku switched on my handphone, but there was no coverage for celcom. Tak dapatlah aku buat panggilan telefon atau hantar Sistem Mesej Singkat.

Then makan time. ni cerita lawak la. bawak makanan ala kenduri besar lah. Masak nasi, masak sayur, masak daging, popedum, perrghh superb. Aku makan nasi separuh saja, tak ada selera nak makan. malam tu cuaca elok tak hujan. Aku nampak dihujung campsite itu ada satu khemah dari group pendaki lain.


Aku tak ikut sessi taaruf (sessi suai kenal) tu. Lebih baik aku tidur. Lagi best. Bila sejuk-sejuk begini, sedap tidur. Badan sudah terlalu letih.


27/12/2008 (Sabtu)-Hari Ke-3.

kami bangun awal pagi.. jam 6.15 sudah bangun solat subuh.. kemudian tunggu sunrise. Jam 6.30 dah mula cantik dah... alhamdulillah cuaca elok pula. Kami dapat menikmati keindahan sunrise dari puncak batu puteh hanya di puncak tu sahaja. Kalau di puncak lain dah jadi sunrise dari gunung lain pula, bukan gunung batu puteh. Aku perasan di tanah tinggi ni waktu siangnya lebih panjang sikit.

Kemudian kami sarapan pagi, packing dan bergambar beramai-ramai. Wah, semua orang dah guna kamera digital, cuma aku saja yang masih guna kamera filem. Ah, peduli apa aku, janji dapat tangkap gambar.



9.50 pagi: Bila masa turun pula. Ini yang nak marah ni. Penat-penat naik gunung. Itu saja. Lepas tu turun balik. bukan nak buat rumah di atas itu ke apa ke. bawa pokok balik ke. apa ke. ishhhhhh aku tak paham lagi lah kenapa aku suka mendaki gunung. Tak serik-serik. Tapi yang seronoknya beg sudah semakin ringan. Tumbuh-tumbuhan masih diseliputi dengan lumut. Trek pun basah, berlumpur dan berselut.

11.00 pagi: aku sampai di Kem Meon (last water point). Cepat pula sampai di sini. Semalam masa nak naik 3 jam baru sampai ke puncak. Berhenti rehat 5 minit dan teruskan lagi berjalan turun. Kaki aku masih lagi sakit-sakit. Namun aku gagahkan juga untuk terus berjalan.

12.00 tengahari: Aku sampai di Gunung Kak. Makan tengahari di situ. Sempat ambil gambar pemandangan. Kemudian aku ubati kedua-dua belah kakiku yang sakit-sakit. Urut dengan minyak panas. Tak lama lepas tu sweepers pun sampai bersama Roslan.

1.00 petang: Aku dan Roslan turun dari puncak Gunung Kak. Semasa turun tu aku jatuh tersungkur, tapi aku bangun semula buat-buat macam tak ada apa-apa.

1.30 petang: Aku sampai di simpang keluar dari trek Gua Azan. Kami teruskan lagi perjalanan menuruni gunung.

2.00 p.m: Sampai di simpang nak masuk ke trek menuju ke Gua Azan.

3.30 Petang: Aku sampai di Kem Balak 2. Berhenti rehat, ambil air minum dan solat. Ada group pendaki lain yang berkhemah di Kem Balak ini. Mungkin group pendaki dari Johor Bahru itu.

4.00 Petang: Teruskan lagi jalan, Roslan follow belakang aku. Trek licin sungguh seperti berjalan si atas salji. Kadang-kadang aku menggelongsor saja. Kakiku masih sakit. hujan pula. so turun perlahan-lahan lah dengan penuh berhati-hatilah, bimbang kalau tercedera nanti. kami turun ikut struggle camp. Muzafar sakit lutut kaki kanannya. Amar sweep dia.

Aku pun apa lagi, minta jalan dulu dengan Roslan. Hujan masih turun. Jalan punya jalan sampai jumpa Nany, Sue, Radzi, Fatim dan ada 2-3 orang lagi. Lalu tebing memang menggayatkan. Trek licin. Ada yang beberapa kali terjatuh, mujur tak jatuh terus ke dalam gaung.


7.30 malam: Sampai di sungai Y. fuyyo air banyak tinggi wo. Hujan banyak lebat lah. Jeng-jeng ada jambatan. Masa datang pun kami naik jambatan ini. Ada 2 pokok besar di kedua-dua belah sungai. Dahannya rimbun sampai mencecah tebing sebelah sana. Jadi, orang asli buat tangga di kedua-dua belah tebing naik ke atas pokok. Then dari pokok ke pokok ada jambatan buluh. Perasaan aku pada ketika itu cuak campur kaget juga..... iyelah.... boleh percaya, kejuruteraan awam diorang ini. Tapi semua okay saja. dema mesti rajin maintain bridge ni. Kalau jatuh pun ke bawah saja kan. bukannya ke atas.

Hari sudah malam. Aku teruskan perjalanan diikuti oleh Roslan. Roslan tak bawa lampu suluh, aku yang jadi pemandu arah di depan. Roslan dah terlalu pancit, dia minta aku trekking slow and very slow. Kesian dia tak bawa torch light. Katanya dia tak sangka boleh trekking sampai malam. Dia ingatkan Gunung batu Puteh ni macam gunung angsi.

9.00 malam: So, kami selamat sampai la ke pump House itu. Aku letakkan beg, dudk berehat, makan sikit biskut dan apa yang patut, minum teh O panas. Lega rasanya bila dah sampai di luar hutan.

9.30 malam: Sweepers pun sampai. Semuanya dalam keadaan baik dan selamat. Kaki sengal-sengal tu biasalah. Kalau tak sengal, bukan mendaki gunung namanya.

Aku mandi di luar saja. Ada pili air paip. Malas nak beratur tunggu giliran guna bilik air orang asli. Lepas tu salin baju. Borak-borak dengan kawan-kawan semua. Kami rancang nak pergi ke Cameron Highland.

Aku rasa letih sangat, lalu aku tidur sebentar di dalam kereta. Sampai pukul 11.30 malam aku terjaga dari tidur.


28/12/2008 (Ahad)

12.30 a.m: Kami ramai-ramai keluar lalu kampung orang asli. Kami mulanya hairan melihat anak-anak muda orang asli ramai yang keluar di tepi jalan. Rupa-rupanya ada live band main muzik ala konsert rock di padang kampung itu. Yang peliknya, tak ada seorang pun yang duduk di depan pentas. Cuma menonton dari tepi jalan saja. Lawa juga anak-anak gadis orang asli ni.

On the way out aku hidupkan telefon bimbit. Alhamdulillah, syukur ada liputan celcom. Banyak juga mesej-mesej dan pesanan suara. Kami teruskan lagi mencari kedai makan. Mujur ada kedai makan masih dibuka, Restoran Veterinar Corner namanya. Terletak di depan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kalau dari Tapah, kedai tu kat sebelah kanan. Lama juga kami berada di kedai makan itu, sampai jam 2.45 pagi.

3.00 pagi: Dr Zaid yang drive my car terus menuju ke Tanah Rata Cameron Highland. Jaraknya dari kedai makan ini 54 kilometer baru sampai. Jalannya banyak selekoh. Cekap sungguh Dr Zaid memandu. Old timer lah katakana.

4.00 pagi: Kami sampai di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata Cameron Highland. Lepas parkir kereta kami menuju ke masjid untuk menumpang tidur. Inilah masjid yang paling best di Malaysia. Siap ada bilik untuk muslimat tidur.

5.50 pagi: Imam buka semua lampu lampu masjid itu dan kejutkan kami untuk solat subuh. Namun masih ada yang enggan bangun. Lepas selesai solat kami tidur lagi sampai jam 9.30 pagi.

10.00 pagi: kami terus pergi Berinchang untuk jalan-jalan cari makan. Jalan sungguh sesak. Nasib baik dapat parkir. Aku nampak di Berinchang ni ada banyak hotel dan hostel. Kemudian kami terus pergi ke medan selera untuk makan. Aku makan nasi lemak. Di musim cuti begini memang ramai orang melancong di Cameron Highland.

11.30 pagi: Niat di hati nak pergi ke Kea Farm tapi tak sampai ke sana pun. Jalan sesak terus sampai hangit enjin kereta aku. Aku dah cuak pasal kereta aku tak pernah hangit berasap. So, kami berempat (Kashaf, Pak Jed, Kidin & Nad) berhenti di Pasar Tani di Tapak Pasar Malam Berinchang depan Balai Polis itu. Beli sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi.



Then kami berpatah balik ke Pekan Berincang. Parkir kereta. Jalan kaki menuju ke gerai menjual pakaian bundle. Gerai tersebuk banyak menjual pakaian musim sejuk, murah-murah dan elok buatannya. Kami berborak pasal Gunung Kinabalu. Kidin nak pergi ke Gunung Kinabalu pada 9 Januari 2009. Dr Zaid bersembang pasal pengalamannya mendaki Gunung Kinabalu.

Kemudian kami pergi ke Cactus Valley. Cantik sungguh tempat ni. Macam-macam jenis pokok kaktus, pokok bunga ada. Pokok epal dan anggur pun ada. Nadira beli 6 pokok kaktus kecil. Dr. Zaid pun nak beli pokok bunga, tapi kereta dah tak muat lah, so tak jadi beli. Lepas itu kami pergi ke Ladang Red Big Strawberry. Kira macam agro tourism lah ni. Lama juga kami jalan-jalan sampai ke 4-5 jam lamanya.

5.30 petang: Aku, Dr Zaid, Kidin dan Nadira pergi ke pasar malam. Beli-belah lagi sampai tak cukup tangan. Memang murah sayur, buah dan bunga.

6.30 petang: Kami pergi ke Masjid Berinchang, solat jama Asar dan Zuhur. Lepas tu kami pergi makan di medan selera Berinchang.

9.30 malam: Kami balik ikut jalan kampung Raja - Simpang Pulai. Hujan lebat. Jalannya agak lebar dan kurang berselekoh. Bila sudah sampai di plaza Tol Simpang Pulai, kami rasa lega. 30 minit selepas itu kami sampai di R&R Tapah. Kami berehat di situ dalam masa sejam. Ingat nak tunggu orang belakang. Kidin dapat SMS, brek kereta Razmy ada masalah sikit. Kami terus ke Plaza Tol Sungai Buloh.

Lepas hantar Kidin di UIA Gombak, dan Nadira di Ampang Jaya, aku hantar Dr Zaid di Bukit Permata Sri Gombak. Wah, besar sungguh rumah Pak Jed. 3 tingkat. Pak Jed ajak aku minum di rumah dia. Kak Aziah dan anak-anak dia tak ada di rumah, semuanya balik kampung. Pak jed ajak aku tidur di rumah dia. Tapi aku tak nak kerana lebih selesa tidur di rumah sendiri.

4.30 pagi: Aku tiba di kawasan kediamanku dan parking kereta. Aduh nak mendaki tangga sampai tingkat 5 lagi. Akhirnya sampai juga aku di rumahku syurgaku dengan selamatnya. Apa lagi, aku terus pengsan.

Kesimpulannya, Gunung Batu Puteh nie tak lah seglamour Gunung Korbu dan tak setough Gunung Korbu. Kalau ramai geng kita tahap 'slow train' lebih baik pergi ke Gunung Batu Puteh. Dan aku tak bermaksud yang Gunung Batu Puteh ni mudah saja. Susah juga. Oleh itu, training kena la selalu buat. Kira wajib lah. Kena pertingkatkan stamina agar tidak pancit macam aku. So, lu fikir lah sendiri.

Budget kami cuma seorang RM70.00 sahaja. Hah murah kan? itu semua sudah termasuk bayar minyak kereta, tol, ration makanan, minuman dan T-Shirt, makan mewah beb. Ada group satu lagi tu yang datang dari Johor Bahru tu, menurut info yang aku dapat, mereka punya bayaran setiap seorang RM270.00 untuk mendaki Gunung Batu Puteh. Mungkin termasuk bayar tambang pengangkutan pergi dan balik, bayar guide dan ration makanan. Kalau kami, RM270.00 dah boleh buat bayaran untuk mendaki Gunung Tahan atau Gunung Chamah-Ulu Sepat.


Kashaf Al-Zaidi
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


7 comments:

ajako said...

tabik spring wat kasap and pak jet. woo...aku ingat walaupun tak tergolong dalam geng en roi, tp x sangguplah nak panjat gunung lagi...

anyway, nape ek ssh2 panjat gunung pahtu kena tuwun blk? nape x wat umah jer atas tu? hehehe, teringat masa memula panjat gunung tebu time kusza dulu. majoi kata kat puncak nnti ada kfc. wayne pun percaya...

nhanania said...

team JB tu RM 270 per pack? tp sian. x naik smpai puncak pun..hhoho..

explanation n observation yg cukup bagus. sbb gayat pny hal..sekitar jambatan buluh tu aku x perhati pun..gayat giler babas..n br ku th aku juga gayat.

Zaidi Al-Kashafi said...

Ajak: Jom lah kita panjat gunung lagi. Nak buat apa cuti tahunan yang banyak hari tu dihabiskan begitu saja. mendaki gunung lagi best. Bila sekali kau dah mendaki gunung, tentu kau rasa rindu nak berada di puncak gunung lagi kan?

nhanania: Memang patutlah Team JB tu bayar RM270 per pack. itu termasuk transpotr from Johor Bahru to Tapah, then taxi from Tapah to Kampung Kuala Woh, then nak bayar kepada guide/trekker, makan, minum, gas memasak, gas lantern, equipment outdoor lagi.

kalau kita, RM270 itu dah boleh sangat pergi ke Gunung Tahan. bayar guide gunung tahan pun dah jadi RM1,200 untuk seorang guide.

ajako said...

ah, seganlah kasap. aku nih kategori yg sampai cepat tp tak pasang khemah, then x masak, then tak bercampur gaul ngan org ramai. ko x ingat ke peristiwe kat gunung tahan dulu geng2 arc ngepek pasal aku ngan wan arep? eleh, to sbb diorg mcm x caye jer org kiut cam aku leh sampai cpt kan? jeles. anywaym kim slm kat pak jed ek. last time jupe dia kat multaqa ulamak masa tu aku keje ngan Yadim.

nhanania said...

ajako:
awat mcm tu sekali hang ni? kalo smpai awal pandai2 la nk buat ape yg patut..buat air kopi ker..
pasang flying sheet ground sheet semua..ish ish..ape daa..aku suka wat semua bende tu..tp tu laa mesti da ade org yg buat..sbb diorg tu selalu awal dari aku..

carsharf ajak ajako tu join g belumut tu sekali..

Zaidi Al-Kashafi said...

Razak: Ojo koyo ngonolah. nek sampai awal, kena tolong apa yang patut dibuat, seperti pasang khemah ke apa ke. Seingat aku kau baru 2 ke 3 kali jer naik gunung. Aku dah lebih 10 kali. Dulu semasa aku bergelar student dan ahli ARC IIUM, aku selalu sampai awal di campsite, aku yang masak nasi. Dah nasi saja yang aku reti masak.

Sekarang ni bila dah jadi "LatePackers", aku selalu sampai lambat di campsite. nak memasak pun malas. Biarlah adik-adik ARC yang masak dan pasang khemah. Aku dah tolong bawa air 5 liter pun dah cukup bagus apa.

Zaidi Al-Kashafi said...

Wonder why people climb mountains, when it is safer to sleep at home…’ Yes it is so risky when you are in a jungle, yet climbing is much more risky. But then once you are at the top of mountains, words couldn’t describe the amazing and gorgeous view that you experienced, with a satisfactory of your own effort of being there. Before any more commitment binds me on, I’ll climb whenever possible… the spirit of love the nature and challenges will never die in me.