Monday, January 12, 2009

Log Ekspedisi Pendakian Gunung Yong Yap 2168 m, (7113 ft.). Year 2000

Log Ekspedisi Pendakian Gunung Yong Yap 2168 m, 7113 feet.


Jumaat, 25.8.2000

11.30 malam - Kami kumpulan pendaki ARC UIAM bertolak dengan Bas dari kampus UIAM Gombak.
Sabtu, 26.8.2000 –(Hari Pertama)

7.00 pagi: kami sampai di daerah Sungai Siput Perak. Selepas itu kami bersarapan pagi. Selepas bersarapan pagi, kami berjalan kaki sehingga sampai di Kampung Asab, Jalong Utara. Pada masa itu kami tidak dapat naik kenderaan jeep pacuan empat roda atau 4WD, oleh itu terpaksalah kami berjalan kaki di bawah panas terik mentari mendaki bukit menuju ke Kampung Usin. Boleh dikatakan jauh juga kami berjalan kaki.

1.00 tengahari: Kami sampai di Kampung Usin.

4.30 petang: kami pun bertolak menuju ke Kem Segeh setelah mendapat seorang trekker/guide orang asli yang bernama Nasir. Perjalanan ke Kem Segeh tidak membebankan dan juga tidaklah teruk sangat. Banyak trek yang mendatar. Kalau menaik pun sikit-sikit sahaja.

6.30 petang: Kami sampai di Kem Segeh, kami terus berkhemah bermalam di situ. Air sungai di Kem Segeh ini sungguh jernih, menyegarkan dan nyaman.

Ahad. 27/8/2000 (Hari Ke-2)

9.30 pagi: kami mulakan perjalanan trekking menuju ke Kem Chabak. Perjalanan hari ini memang agak sukar, melalui lereng-lereng bukit, lalu bawah pokok buluh yang rendang, kami terpaksa tunduk, lenguh tengkuk, membawa atau menggalas beg rucksack besar-besar dan berat. Memang sudah menjadi tradisi kami ARC IIUM membawa banyak ration makanan, macam makan di rumah. Trekking memakan masa selama tujuh (7) jam. Setiap sejam kami trekking, kami akan berhenti berehat selama lebih kurang 10 - 15 minit. Pacat memang banyak.

4.30 petang: Kami tiba di Kem Chabak. Kami berkhemah di kem Chabak ini. Dekat dengan air sungai. Sampai sahaja di tapak perkhemahan Kem Chabak ini, kami terus mendirikan khemah, pasang fly sheet, bentang ground sheet.



Isnin, 28/8/2000, (Hari Ke-3)

9.30 pagi: kami mulakan perjalanan untuk menuju ke Kem Sungai Mu. Perjalanan banyak mendaki bukit-bukit yang agak tinggi mencanak.

12.00 tengahari: kami sampai lah di Anak Keloi. Kami berehat di situ selama satu jam lebih. Di Anak Keloi ini kami makan tengahari.

1.15 pm: kami bergerak lagi.

2.00 ptg: kami pun sampai ke puncak Gunung Keloi. Cuma 45 minit perjalanan berjalan kaki sahaja dari anak keloi. Di Puncak Keloi itu kami telah nampak Puncak Gunung Yong Yap. Kami berehat-rehat di Puncak keloi selama 30 minit. kemudian kami terus turun dan turun dan turun lagi sampai muak.

4.30 petang: saya sampai ke kem sungai Mu.


Selasa. 29/8/2000. (Hari Ke-4)

12.00 tengahari: kami memulakan perjalanan mendaki ke Puncak Gunung Yong Yap. Agak lewat juga. eh memang lewat pun. Hari ini saya pancit dan pewai, kerana kaki saya sakit. Saya kena sweep oleh sweeper Kicok, Tapa, Kuyek dan Jawa. Terima kasih kepada Kuyek yang telah mengurut pergelangan kaki saya yang sakit mungkin tersalah urat. Setelah diurut, barulah lega rasanya sakit kaki saya itu. Terima kasih kepada Eddy Noriswan Ismail (Kuyek)

7.00 malam: Saya sampai di Puncak Gunung Yong Yap itu. Sejuk betul di atas gunung Yong Yap itu bukan main-main. Dari Puncak Gunung Yong Yap kita boleh nampak puncak Gunung Korbu, Puncak Gunung Gayong, Puncak Gunung Yong Belar, Gunung Irau, Gunung Berinchang dan gunung Tok Nenek. Tidak semena-mena air mata saya menitis. tak tahu pasal apa. mungkin kerana terlalu terharu kegembiraan setelah berjaya sampai di puncak.

Cuaca malam di puncak Yong Yap begitu baik. Di puncak itu ada coverage line celcom. Maka saya bolehlah menelefon sesiapa sahaja yang saya suka.


Rabu. 30/8/2000 (Hari Ke-5)

11.00 pagi: kami mulakan trekking menuruni gunung Yong Yap menuju ke kem Chabak.

6.00 Petang: saya sampai ke kem Chabak setelah tujuh (7) jam perjalanan. Di situ lah saya terdengar bunyi kampung orang bunian sayup-sayup kedengaran.


Khamis 31/8/2000. (Hari Ke-6)

8.30 pagi: Kami mulakan trekking menuju ke kampung Usin. hari ini hari memperingati peristiwa kemerdekaan negara. ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu kali yang ke-43..

2.45 petang: sampai di kampung Usin. Kami bermalam di surau kampung Usin itu.


Jumaat 1/9/2000. (Hari Ke-7)

hari ini kami nak pulang ke Kuala Lumpur... kami turun ke Kampung Jalong dengan menaiki kenderaan jeep HILUX toyota. bas kami sudah menunggu di bawah sana.

11.30 pagi: kami pun bertolak ke Kuala Lumpur.

5.30 petang: kami sampai dengan selamatnya di Kampus UIAM Gombak.

sekian..
JayDie Carsharf

Sunday, January 11, 2009

EKSPEDISI GUNUNG KORBU - GUNUNG GAYONG, TAHUN 2000.

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dalam blog aku ini. jadi untuk kemaskini blog, aku nak cerita sikit tentang catatan aku semasa menyertai ekspedisi mendaki gunung.

EKSPEDISI GUNUNG KORBU - GUNUNG GAYONG, TAHUN 2000. GUNUNG KORBU (2182 m / 7159 ft)

8-2-2000 Hari Selasa

2.00 Petang- Aku keluar dari bilik aku di E.28 Mahallat Assiddiq UIAM Gombak, menuju ke tempat meletak kenderaan di Kulliyyah of Laws. Setibanya aku di situ, aku dapati tidak ramai kawan-kawan berada di situ. Sebentar kemudian beberapa rakan sepergunungan yang akan bersama-sama mendaki datang bersama menggalas rucksack/haversack yang besar-besar belaka.

2.30 petang - Bas yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami bergotong royong memasukkan rations makanan, kelengkapan equipments perkhemahan dan beg-beg galas masing-masing ke dalam badan bas.

3.00 petang- kami masih lagi di parking lot itu. Aku tidak tahu kenapa aku masih lagi di situ. Mungkin menunggu rakan-rakan yang belum tiba. memang betul punya late packers. Ada juga kawan-kawan yang mengucapkan selamat jalan.
4.00 petang - Bas mula bergerak meninggalkan kampus UIAM Gombak. Fikiranku asyik memikirkan tentang bagaimana keadaan pendakian Gunung Korbu nanti.

6.00 petang - Bas kami berhenti rehat di tempat rehat R & R di Tapah, Perak.

6.30 petang - Kami kembali meneruskan perjalanan.
8.00 petang - Kami tiba di INTAKE Ulu Kinta di kaki gunung Korbu. Gelap gelita - sudah malam. setelah kami mengeluarkan barang-barang kami dari dalam bas itu, kami menuju ke sebuah pondok di sini untuk kami bermalam.

Pada masa itu kami susah untuk mendapatkan air bagi keperluan kami memasak dan minum. Air sungai di Taman Hutan Rekreasi itu sangat keruh dan kotor dan berlumpur selut. Maka kami terpaksa mengambil air di tempat lain seperti di atas tandas awam di tepi sungai itu.

Aku ditugaskan untuk memasak nasi. Syukur alhamdulillah aku berjaya memasak nasi. kawan-kawan lain memasak lauk. Setelah siap memasak, kami pun makan nasi bersama-sama. Selepas makan, kami borak-borak. chit-chatting

ekspedisi kali kini kita kena guna khidmat trekker/guider. menurut aku diberitahu trekker Korbu ini jenis profit making punya trekker. Mereka kata permit mendaki sampai puncak Korbu sahaja tak sampai gunung gayong. Mereka nak stay di puncak korbu 2 malam. mana boleh macam tu. Puncak gayong bukannya jauh dari puncak Korbu.
09-02-2000. Rabu. (Hari pertama.)

6.00 pagi - Aku terbangun dari tidur. Seperti biasa, kami masak untuk breakfast dan juga pack lunch. Kami mengemas membersihkan kawasan pondok tu dan mula packing barang-rations makananyang dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan sama rata.

9.00 pagi. - kami sudah berkumpul di depan warung makan di INTAKE itu. Kami menunggu trekker yang akan menjadi juru pandu kami menuju ke puncak gunung. Yang aku ingat trekker itu kata "Walaupun kamu anak pendekar, ada black belt ka, jangan sekali-kali cuba mencabar alam"

10.00 pagi - kami memulakan perjalanan kami. Destinasi kami hari ini ialah Camp One/ Kem Seroja. Perjalanan ini melalui denai lorong laluan ke perkampungan masyarajat Orang Asli. Aku nampak kesan tayar motorsikal melalui lorong itu. Mungkin lorong itu merupakan laluan utama penduduk kampung membawa hasil pertanian dan/atau hasil hutan untuk dijual di pekan berhampiran bagi menyara hidup diri sendiri dan keluarga.

Guide / trekker yang 3 orang itu sungguh membosankan. Mana tidaknya, setiap 35 minit perjalanan, kami berhenti rehat selama 5 ke 10 minit. Sepatutnya bagi setiap sejam perjelanan barulah rehat 5 minit. Tapi tak mengapa ada seoranfg trekker yang setia merakamkan aksi-aksi panas kami dengan kamera videonya.

12.40 tengah hari. Kami berhenti rehat di pondok / wakaf dalam kebun orang asli. Ada di kalangan kami yang makan, minum dan relax sambil menghisap dan mengeluarkan kembali asap dari mulut danhidung. Ada juga yang keluarkan side ration seperti coklat, gula-gula dan biskut.

2.00 petang. kami menyambung semula perjalanan setelah lebih sejam berehat. Kali ini laluan kami banyak yang memerlukan kami mendaki. Kami lalu tepi jeram sungai yang jernih airnya dan berbatu licin dab berlumut. Kalau silap langkah dan silap perkiraan, boleh terjatuh. Aku mesti berhati- hati di laluan berbahaya itu.

4.50 petang. Runner (team Telekom All Stars iaitu Mel, Gibok, Kichok, Kashaf, Mijat, Ganu, Kazeem) telah selamat sampai di Kem 1 Kem Seroja. Runners terus memasang fly sheet. Khemah pun didirikan seumpama sebuah banglo mewah. Selepas Khemah didirikan hujan pun turun. Mujurlah team runners cepat-cepat memasang khemah.

6.00 petang. semua peserta ekspedisi termasuk guide dan sweeper sudah pun berada di tapak perkhemahan Seroja. Di sini ada 2 buah tandas. Air sungai di sini sungguh jernih seperti kristal.Memang seronok dapat mandi di sini.
7.00 malam. hari sudah mula gelap. Lampu lantern pun sudah dipasang dan dinyalakan. Maka nampaklah muka kawan-kawan yang kepenatan tapi masih mampu tersenyum dan bergurau senda. Air dan Nasi sudah dimasak oleh runner-runner. Cuma lauk pauk sahaja yang belum dimasak.

Yang bakal gradus complete G7 untuk ekspedisi Gorbu - Gayong kali ini ialah Tapa, Kuyek, Bert, Lizert, Yoe, Yau, dan Jusoh.


10-02-2000. Hari Khamis. Kari ke-2.

6.30 pagi - Aku tersedar dari tidur 6.30 pagi - Aku tersedar dari tidur lalu aku pergi ke arah sungai dan lakukan apa yang patut. Selepas itu aku mengalunkan azan subuh untuk menyeru kawan-kawan lain agar "hidup semula". Ada kawan-kawan yang bangun dan ada juga yang terus berada di dalam kepompong sleeping bag. Apabila hari semakin cerah semakin siang, Pengarah exkpedisi iaitu Mansur Usaimi bertindak mengejutkan kawan-kawan yang masih lena dengan membuka ikatan tali fly sheet.

9.00 pagi- Aku sudah siap memakai pakaian trekking yang tidak kering lagi lembab. Aha tak apa lah . nanti bila sudah dipakai akan kering juga di badan. Setelah selesai menyusun barang-barang ke dalam beg masing-masing, kami melakukan stretching meregangkan otot-otot agar tidak kan kejang otot cramp nanti. Destinasi kami hari ini ialah puncak Gunung Korbu.

Laluan kami pada hari kedua ini banyak yang kena mendaki, mendaki tanah yang semakin lama semakin tinggi semakin sejuk dan berhawa dingin, pokok-pokok juga berubah jenis dan specis berbeza di setiap paras ketinggian.

2.00 petang - Kami berhenti untuk berehat sambil menjamu selera makan packed lunch di sebuah tempat yang dikenali sebagai "The Last Water Point" punca air terakhir. Di tempat ini kami dikehendaki mengambil air sebanyak 5 liter setiap seorang untuk kegunaan semasa di puncak gunung. Di puncak gunung tidak ada punca air.

3.00 petang - Kami meneruskan kembali pendakian kami dalam menuju ke puncak. Memang terasa sungguh berat beban yang dipikul. Namun aku kuatkan semangat tabahkan hati dalam menempuhi pelbagai ujian dan dugaan di dalam pendakian ini. Kekuatan fizikalku sudah hampir tidak berdaya. Cuma tinggal kekuatan mental dipertingkatkan ke tahap maksimum.

Aku keletihan kepenatan pabila tiba di Gunung Raya. Lalu aku berhenti sebentar di tepi trek. Makan coklat dan minum air sikit. Barulah dapat tenaga sikit. Dari sini aku ternampak sebuah lebuh raya yang sedang dalam pembinaan. Dalam hati aku berkata "mungkin itulah lebuhraya Simpang Pulai-Kampung Raja-Gua Musang". Tiba-tiba Ganu memotong aku dengan lajunya.

5.00 petang - Akhirnya aku sampai juga di puncak Gunung Korbu. Agak terlewat juga aku sampai di puncak ini. Sesampainya aku di situ, air teh O panas sudah tersedia. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang buat air teh O tu. syok,...!!!!

6.30 petang - Langit masih lagi cerah di Puncak Gunung Korbu ini. Bila aku melihat ke arah barat matahari semakin tenggelam disebalik awan gemawan yang sungguh indah. Betapa hebatnya Tuhan yang menciptakan alam ini yang penuh dengan keajaiban. Aku merasa terharu kegembiraan. Hilang sudah rasa letih dan penat bila sudah berada di puncak.

Di puncak gunung Korbu ini matahari lebih lambat terbenam jika dibandingkan di tanah rendah. Apabila masuk waktu maghrib, Nakabu melaungkan azan maghrib. Semua orang orang terdiam, senyap dan sunyi seketika. Suasana terasa hening di puncak ditambah pula dengan suhu yang semakin jatuh ke paras 12° darjah celcius.

8.00 malam - Kami makan beramai-ramai. Selepas makan kami mengelap piring dan mangkuk dengan kertas tisu kerana air tidak cukup. cukup untuk makan dan minum sahaja.



11-02-2000 - Hari Jumaat - Hari ke-3

6.00 pagi - bangun seawal pagi semata-mata nak melihat keindahan sinaran matahari terbit / sunrise dan nak mengambil gambar. Keadaan cuaca cukup baik pada pagi itu. Pemandangan sunrise memang cantik.

- Breakfast dan bersarapan pagi

- Salin pakaian trekking

8.30 pagi - Aku memulakan perjalanan menuju ke puncak Gunung Gayong yang nampak seperti hampir sahaja. Rupa-rupanya jauh juga jarak di antara puncak Gunung Korbu dengan puncak Gunung Gayong. Melalui atas permatang dan rabung tanah tinggi ini, terasa gayat juga apabila memandang ke arah kiri dan kanan. Tak dapat ku bayangkan bagaimana kalau terjatuh ke bawah gunung ni, mungkin tergolek sejauh beratus-ratus meter ke bawah. Cantik sungguh pemandangan alam sekeliling dari atas tanah tinggi itu. Terasa bagaikan sedang terbang di udara, macam burung.

9.30 pagi - Aku sampai di puncak Gunung Gayong. Di sini kawan-kawan yang sudah berjaya menjejaki 7 puncak gunung di semenanjung Malaysia yang tingginya lebih daripada 7,000 kaki dari aras laut meraikan kejayaan mereka. Mereka sudah bergelar "achievers". Mereka memakai baju kurung dan baju melayu. Bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.



10.30 pagi - Kami mula melangkah pergi meninggalkan puncak Gunung Gayong untuk kembali semula ke puncak Gunung Korbu. Hati puas setelah sampai ke puncak Gunung Gayong.

11.30 pagi - Kami sampai di puncak gunung Korbu. Kami bersiap sedia mengemas membersihkan tapak perkhemahan di puncak Gunung Korbu. Cuaca panas terik. Kami buat clearence, packing barang ke dalam beg.

12.40 tengah hari - Kami melua bergerak turun dari puncak Gunung Korbu. Beg yang digalas terasa semakin ringan.

2.00 petang - Aku sampai di Last Water Point. Di sini kami terjumpa sebuah Kumpulan Pendaki yang terdiri daripada Dr. Zaid, Kuyek, Molly, Pakoi, Along, En. Rahim dan lain-lain. Mereka dalam perjalanan menuju ke puncak Gunung Korbu.

3.00 petang - Kami mula bergerak turun menuju ke Kem Seroja. Trek laluan kami asyik menurun sahaja. Letih jugak kaki ni menekan brek.

5.00 petang - aku sampai di Kem Seroja setelah 2 jam berlumba lari dengan trekker. Kalah teruk trekker tu kena tinggal. Ha.. ha.. ha... padan muka dia.

12-02-2000 - Hari Sabtu - Hari ke-4.

6.00 pagi - aku tersedar daripada tidur apabila terdengar suara Jusoh melaungkan azan subuh. Perghh memang betul lah Jusoh ni Presiden mithali... presiden contoh... Oleh kerana suara Jusoh merdu sangat, maka aku terlena semula.. snoze z z z z z z z

Pagi itu kami bersarapan breakfast roti kosong cicah air teh O panas

11.00 pagi - aku mula meninggalkan Kem Saroja bersama runners lain iaitu Team All Stars. Laluan hari ini tidak terlalu curam. Kecerunan lebih kurang 30 darjah. Oleh kerana runers terlalu laju, runners punyai banyak masa untuk mandi manda bermain air di jeram sungai yang jernih airnya. seronok tak terhingga tak terkata.



2.00 petang - Kami sampai di Pondok Wakaf di kawasan kebun orang kampung. Kami berhenti berehat sebentar sambil makan makanan pack lunch dan side ration.

4.00 petang - Aku sampai di INTAKE dan aku terus berjalan sehingga ke warung orang asli. Tiba-tiba aku ternampak Pakcik Rosman bersama 2 orang pengikutnya @ makmumnya datang dengan menaiki Kereta Mazda Familia. Mereka tanya aku "mana orang lain" Aku jawab "mereka masih di belakang sana". Aku masuk semula ke dalam hutan bersama Pakcik Rosman dan konco-konconya.

Kami berjalan kaki sehingga ke Jambatan yang merentangi sungai yang keruh airnya. Menurut apa yang aku diberitahu sungai itu keruh kerana di hulu sungai ada projek pembinaan lebuh raya timur - barat.

beberapa minit kemudian rakan-rakan lain pun sampai.

5.30 petang : Aku sampai di INTAKE. Perut terasa lapar. Mujurlah ada mee segera, cepat dimasak sedap dimakan, cepat rasa lapar semula. Dari sini aku boleh nampak puncak Gunung Korbu. Dari jauh rupa bentuknya nampak seperti Gunung Kinabalu

8.00 malam : Kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda Pajero menuju ke Rumah Persatuan Rekreasi Perak di Ipoh.

Pakcik Rosman pergi membeli ayam untuk dimasak dan makan beramai-ramai

Kira boleh tahan juga besarnya rumah itu, muat untuk rombongan kami numpang bermalam. Ada TV lagi. Sambil makan beramai-ramai boleh menonton TV setelah 4 hari tak tengok TV. Kami menonton rakaman video perjalanan ekspedisi Gunung Korbu-Gayong kami.

Selepas makan kami buat post-mortem . Setiap perserta ekspedisi diberikan peluang untuk menyuarakan suara hati, pandangan, pendapat, komen, teguran dan lain-lain secara langsung live tanpa ada sekatan, tanpa ada diskriminasi, tanpa ada pilih kasih, tanpa prejudis, tanpa being moderated.

13-02-2000 - Ahad

6.00 pagi - Aku terbangun dari tidur

Hari ini kami sibuk dengan membasuh pakaian treking, basuh haversack, basuh rucksack, sleeping bag, rubber mat, carry mat, ground sheet, flysheet, kasut dan lain-lain. Cuaca panas terik, memang senang kering lah jemuran itu semua.

ADa juga yang lepak kat depan TV tengok kartun. Maklumlahkan hari Ahad ada rancangan yang best-best kat TV.

3.00 petang – Maka baliklah kami semua menuju ke Kuala Lumpur.

Pendakian Gunung Yong Belar (2181 m / 7156 ft) Tahun 2000

Cerita Gunung Yong Belar (2181 m / 7156 ft)



January 2000

Hari Pertama


Pada Jam 5.00 pagi kami sampai di Berinchang, Cameron Highland. Kami solat subuh di Masjid Berinchang. Persekitarannya sejuk dan suhu lebih kurang 16° celcius. Kemudian setelah selesai semua urusan, kami terus menuju ke Ladang Teh Blue Valley Estate.

Pada jam 8.00 pagi kami sampai di Blue Valley. Selepas turun dari bas, kami berjalan kaki menuju ke kedai makan. Kami semua terasa lapar. Lalu kami makan roti canai dan air teh tarik di sebuah kedai makan di Blue Valley. Selepas bersarapan pagi dan memakai pakaian trekking suits, kami berjalan kaki lagi dalam masa lebih kurang 2 jam lah lebih kurang. Sehingga semuanya sampai di sebuah air terjun waterfall.



Lepas itu kami memanjat anak tangga sebanyak 384 steps. After that we lalu sempadan antara negeri Pahang dan Kelantan. Sepanjang jalan, kami jumpa batu tanda sempadan. Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di satu tempat (water point) yang kena ambil air sebanyak 5 liter untuk di bawa ke atas Puncak 6040 bagi kegunaan memasak, minuman dan mencuci. We all berkhemah di Puncak 6040 setelah berjalan selama 8 ke 9 jam. Letih dan kesejukan.




Day 2.


Hari ini kami nak target destinasi ke Kem Gurkha. Lebih kurang jam 9.00 a.m pagi mula trekking. Kami turun hingga ter jumpa Topo Camp. We all lepak di Topo Camp sekejap, ambil air untuk diminum semasa trekking. Selepas itu we all trekking lagi sampailah ke Puncak Triangle iaitu puncak sempadan antara 3 negeri Pahang, Perak dan Kelantan. Kami melepak sebentar di Triangle ini. Bergambar lagi, makan, minum. Lepas tu sambung trekking. Beberapa jam kemudian, kami jumpalah Puncak Charlie Pondok. Kata orang dari Charlie Pondok ni ada trek untuk nak ke Gunung Gayong dan Gunung Korbu. Last-last kami sampailah ke Kem Gurkha. Campsite ini tidaklah sempit sangat, kira sesuai untuk menampung seramai 50 orang. Air sungai pun banyak dan jernih like crystal clear. Orang yang paling lewat sampai di campsite pun pada jam 6.00 p.m sampai di Kem Gurkha.


























Day 3.


Hari ni Kami target nak sampai ke Puncak Yong Belar. So, awal-awal pagi jam 8.00 a.m kami sudah memulakan perjalanan yang banyak lalu bawah akar pokok, banyak laluan yang membuatkan kita terpaksa tunduk dan kena merangkak pun ada. Banyak lumut berair yang menyelaputi laluan dan pokok. So, kalau ada sesiapa yang nak terbuang air besar itu, senanglah nak beristinjak, kerana ada lumut berair tu. hehehe. Kemudian kami teruskan trekking. Suhu sejuk. letih. seronok. tapi kami tidak berpeluh, kami merangkak bawah pokok kayu bonsai. akhirnya sampailah kami ke Puncak Anak Yong Belar.



Kami rileks di sini sekejap, makan dan minum sikit. ambil gambar. Di sini kami dipukul oleh angin kencang berserta hujan yang tidak berapa lebat. Kemudian kami terus mendaki ke Puncak Gunung Yong Belar. Dan akhirnya setelah 8 hingga 10 jam berjalan, jam 6.00 p.m sampailah kami di Puncak Gunung Yong Belar yang tak seberapa luas itu. Puncak Yong Belar macam puncak Gunung Irau. Dulu puncak ini luas, tapi sekarang ini sudah sempit kerana tanah di puncak sudah runtuh sikit. Perrgghh sejuk gila pabila berada di puncak Gunung Yong Belar. bila sudah waktu malam lagi suhunya boleh jejak 9° celcius. Malam itu angin bertiup kencang mengegarkan khemah kami. Kami sukar untuk memasak dan makan. Kami tidur pun dalam keadaan tidak selesa.




Day 4


Hari ni memang agak liat nak bangun. malam tadi tak dapat tidur lena. kami dipukul angin ribut . sejuk giler macam kat puncak Gunung Kilimanjaro sahaja rasanya. Sebuah Khemah dome sisters terjatuh ke dalam gaung. Nasib baik cuma ada sehelai carrymat sahaja di dalam khemah dome itu. Tak apa lah itu khemah dome STADD UIAM yang punya. So, pagi ini kami turun dalam lebih kurang pada jam 10.00 pagi gitulah. kami ambil masa nak kemas semuanya lah. target kami nak menuju ke kem Charlie Pondok. tapi sudah lewat sangat, kami tidur di Kem Gurkha sahaja.






Day 5


hari ini kita kalau boleh nak keluar terus ke Kampung Raja. So, kami semua bergerak seawal pagi lagi lah iaitu pada jam 8.00 a.m. Maka jumpalah kami akan gunung Charlie pondok, then Triangle, berhenti sekejap, lepak-lepak, makan , minum, bergambar, then terus lagi turun gunung sampai jumpa Puncak 6040, kami ambil barang-barang yang ditinggalkan tempohari di sini. Then turun lagi... perjalanan memang laju kerana asyik menurun bukit sahaja sahaja. sudah lah beg semakin ringan. Sesampainya di waterfall itu dalam jam 4.30 petang. kami mandi-manda, basuh lah baju trekking itu sikit.


kemudian dalam jam 7.45 p.m terus berjalan ke Ladang Teh Blue Valley Estate. Kami berhenti rehat di sebuah gerai makan milik lelaki india di situ, kami makan-makan, dan minum-minum ringan-ringan jer. sementara menunggu kenderaan pacuan empat roda untuk membawa kami ke kampung Raja. Sampai di masjid kampung Raja, kami bermalam di situ. Main masak-masak, makan-makan, borak-borak. Dr Zaid pulak sibuk menanda kertas-kertas jawapan pelajar-pelajarnya, then kami tidur...




Day 6


Hari ini kami nak melancong di Tanah Rata Cameron Highland. so.. sepanjang hari tu lah nak pergi ke sekitar Cameron highland tu lah membeli belah, beli bunga ke buah ke. apa-apa sajalah. Kami buat post mortem di Taman Rekreasi Tanah Rata. Bas UIA sampai di Tanah Rata dalam Jam 6.30 p.m. Malam itu juga kami balik ke UIAM Gombak.


Pada Jam 1.15 pagi keesokan harinya kami sampai di Gombak.

Sekain sahaja.

Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru aku ucapkan. Apabila sudah masuk ke tahun baru ini umur aku juga meningkat jadi 33 tahun. Itu kalau ikut tahun masehi. Kalau tahun hijrah umur aku dah masuk 34 tahun. Ah, umur hanya sekadar nombor. Yang penting adalah pengisian umur hidup kita. Adakah kita penuhi dengan perkara-perkara amal kebaikan atau sebaliknya.


Hari Jumaat, 2 Januari 2009, selepas habis kerja aku balik ke rumah. Pukul 9.00 malam aku pergi jumpa abang sepupu aku yang sudah berbelas tahun tak jumpa. Umurnya kini sudah 43 tahun. Kami janji nak berjumpa di Platinum Walk Danau Kota, dekat dengan pejabat dia bekerja. Bila jumpa di sebuah restoran, rupa dia masih seperti dulu. Dia kini sudah berjaya dalam bidang perniagaannya. Datang jumpa aku pun naik kereta BMW 5 series. Dia kata beli kereta itu dengan secara tunai. Dia tak nak berhutang dengan institusi kewangan. Dia kerja dengan U-Mobile. Kira macam orang penting syarikat U-mobile. Dia juga ada kilang membuat bahan kimia di Johor Bahru. Katanya dia nak buat satu perjanjian seperti memorandum of understanding, pasal kerja dia. Kebetulan pula bila dia kenal dengan boss aku. Aku kata, kalau dah kenal dengan boss aku, lebih baik datang terus ke pejabat aku, boleh cerita dengan lebih lanjut.


Kemudian aku pergi ke pasar lewat malam (Up-town) Danau Kota yang terletak berdekatan dengan Platinum Walk itu. Inilah pertama kali aku pergi ke up-town Danau Kota. Aku lihat banyak gerai yang menjual pakaian. Gerai-gerai lain ada jual menjual pelbagai jenis barangan. LED headlamp pun ada dijual dengan harga RM10. Aku ingat nak beli satu untuk aku bawa bersama bila aku nak sertai ekspedisi mendaki gunung. Susah kalau trekking sambil memegang lampu suluh. Ada pula pertandingan karaoke dan juga battle of the bands. Aku pun menonton acara pertandingan itu tapi aku tidak tunggu sehingga akhir acara. Aku terus balik ke rumah kerana sudah terlalu letih.

Tuesday, December 30, 2008

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BATU PUTIH 2008

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BATU PUTEH 2008


Salam semua.

Aku pergi ke Gunung Batu Puteh pada 25 Disember 2008 - 27 Disember 2008. Ekspedisi ini dianjurkan bersama oleh Adventure & Recreational Club, International Islamic University Malaysia (ARC IIUM) dan Alumni ARC (LatePackers). Peserta seramai 30 orang, iaitu 30 lelaki dan 8 perempuan. Kami pergi dengan menaiki kereta sendiri. Sebanyak 11 buah kereta. Gunung Batu Puteh memang penuh dengan dugaan dan cabaran. Memang teruk sangat laluan dan perjalanannya. Setiap hari aku sampai di campsite pada waktu malam. Tapi pemandangannya pula memang sungguh cantik.


24/12/2008 (Rabu)

10.15 malam: aku sampai di Restoran Burger King atau stesen Petronas Lebuhraya Lingkaran Karak. Tapi tidak ada seorang pun peserta ekspedisi yang sudah berada di situ. Lalu aku terus menghubungi Razmy. Dia kata masih dalam perjalanan di Sri Gombak. Tak lama selepas itu Razmy sampai dan diikuti pula oleh Nani yang datang dengan kereta Perodua Myvi.


10.30 malam: aku ikut Razmy ambil budak ARC di kampus UIAM Gombak. Sampai saja di sana sudah ramai yang sedang tunggu di depan tangga besar central administration building. Jumpalah member-member ARC dan juga Dr. Zaid dengan kak Aziah dan anak-anaknya.


11.15 malam: Dr. Zaid, Ummul dan Nad naik kereta aku dan terus menuju ke Restoran Burger King @ stesen Petronas Lingkaran Karak Highway. Jalan agak sesak. Ramai orang yang nak pergi bercuti menuju ke destinasi masing-masing.


11.45 malam: sampai di Burger King/stesen Petronas Lingkaran Karak Highway. Jumpa Bro. Laboo (salah seorang taukey outdoor gear brand Eiger di Malaysia), Bulat, dan lain-lain. Asker selaku director bagi-bagikan t-shirt. Lawa juga design t-shirt itu.




25/12/2008 (Khamis)-Hari Pertama

1.30 pagi: Kami mulakan perjalanan dari restoran Burger King sebanyak 9 buah kereta. 2 kereta lagi tunggu di R&R Tapah. Dr. Zaid, Ummul dan Nad naik kereta aku.

3.00 pagi: Kami sampai di hentian R&R Tapah arah utara. Ramai orang dan banyak kenderaan berhenti di situ. Agak lama juga kami berhenti rehat, makan, minum, borak, tidur di surau, sampai waktu subuh.


7.40 pagi: Kami mulakan perjalanan dari R&R Tapah. Berkonvoi sebanyak 11 buah kereta. Kami menyusur keluar di Tapah. Kemudian dari situ kami terus pandu menghala ke arah Cameron Highland, tapi sekejap saja, 7 batu saja sudah boleh masuk ke sebelah kanan iaitu ke simpang ke Kuala Woh.

Dalam masa lebih kurang 10 minit kami sampai di empangan apa nama entah. Kami teruskan perjalanan lagi sampai di perkampungan orang asli Kuala Woh. Kami terus lagi sampai ke penghujung jalan. Jalannya sempit, hanya muat sebuah kereta saja. Bila agaknya pihak yang berwajib nak lebarkan lagi jalan ini.

8.40 pagi: kami sampai ke penghujung jalan yang sudah berturap tar ni. Kira-kira 30 minit perjalanan dari simpang utama. Di sini ada satu rumah pam air (pump house). Di sini parking kereta ke, bas ke, tak ada masalah kerana ada tempat meletakkan kenderaan, kalau nak berkhemah ramai-ramai di sini pun boleh juga. Tapi orang asli itu minta kami kosongkan kawasan itu untuk budak main bola dan tapak orang berniaga.

8.50 pagi: Budak ARC mula memasak untuk pack lunch. Masak nasi goreng lah. Lepas itu hujan pun turun. Kami bahagi-bahagikan ration makanan. Aku cuba pilih ration yang ringan-ringan seperti roti untuk dibawa. Tapi aku tak nak bawa sebarang equipment pun. Biar budak-budak yang muda yang bawa.


Tiba-tiba datang sebuah teksi yang membawa 4 orang pendaki dari group lain. Lepas tu ada lagi 4 buah teksi yang membawa orang yang nak mendaki Gunung Batu Puteh.


Dulu 8 tahun lalu kami pergi 8 orang saja, so, awal-awal pagi, pukul 9.00 pagi kami sudah pergi trekking selepas sarapan pagi boleh terus jalan. Tapi kali ni dah pukul 10.00 pun masih belum jalan. Ini confirm kena jalan malam ni. Aku ni sudahlah obes, stamina pula kurang, jogging hanya sempat 5 kali saja. Diorang boleh suruh aku jadi trekker. Aku tak layak lah, kena swept to bolehlah. Aku pewai.



11.45 pagi: Kami mulakan perjalanan di hari pertama, menuju ke Gua Azan. Mula-mula seronok sangat. Kami naik bukit turun sikit saja. Kebanyakan perjalanan mendatar saja. Kami lalu tepi sungai yang sangat cantik. Pokok-pokok pun hijau semacam saja. Trip kali ini ramai orang yang pakai backpack Eiger. Ada juga yang sarung backpack dengan rain cover Karat Adventure. Aku masih guna backpack Karrimor Panther 75L dan rain cover Evergreen. Kasut getah aku beli di pasar Dato’ Keramat awal tahun 2007.

12.30 tengahari: Aku sudah melepasi 2 jambatan buluh di sungai Y itu. Sebenarnya aku sudah lama berehat daripada aktiviti-aktivi luar dan lasak. Semua peserta nampak ceria saja. Sampai di sungai kena menyeberang lah. Pada masa ini air tak lah tinggi. Jadi, syok lah menyeberang.

Kemudian kami berjalan di hutan Buluh. Cantik jugak di sini. Macam dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon. Lepas itu kami berjalan sampai jumpa trekker group dari Johor Bahru tu kata jalan sudah kena tutup, kena patah balik. Dia kata yang dia sudah 4 kali mendaki gunung Batu Puteh. Jalan memang selalu berubah-rubah. Kami pun berpatah balik dan ikut trek yang ditunjukkan oleh orang asli. Alah, sebenarnya boleh saja ikut trek itu. Orang asli tu sengaja tak mahu kita lalu perkampungan dia. Ada banyak juga pacat dan nyamuk.


Tiba di jeram kami berhenti rehat dan makan pack lunch kami. Group pendaki dari Johor Bahru itu pun berhenti di tempat yang sama. Lepas 30 minit berehat kami teruskan lagi trekking pendakian dengan berpandukan tag tali merah yang diikat pada pokok. Bila sampai di satu tempat itu kami dah tak jumpa trek. Rupa-rupanya tanah runtuh. Nasib baik trekker group Johor Bahru itu pasang tali. Selamat lah sikit untuk lalu trek itu.


Kemudian kami menapak mencanak naik lah kerja dia. Aku tertinggal jauh di belakang. Sweeper di belakang aku masih jauh. Jadi aku trekking seorang diri sehingga hari sudah gelap. Aku pasang lampu suluh. Cuak juga aku berjalan seorang diri di waktu malam, di dalam hutan tebal. Tapi aku tak fikir yang bukan-bukan. Fokus aku hanya nak cepat sampai di Gua Azan. Kadang-kadang aku terjatuh. Mana nak pegang lampu suluh, mana nak pegang akar pokok lagi semasa mendaki. Namun aku cekalkan hati untuk teruskan juga pendakian. Sampai di persimpangan ke Kemsait Gua Azan aku nampak ada kertas tulisan Dr Zaid diikat pada sebatang pokok yang menunjukkan arah denai ke Gua. Aku terus masuk ke kiri kerana aku nak bermalam di Gua. Treknya naik turun naik turun naik. Aku layan saja laluan itu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air mengalir dan suara orang sayup-sayup kedengaran. Itu tandanya aku dah nak sampai ke tapak perkhemahan. Aku jalan lagi sehingga nampak cahaya lampu dan lantern.


8.45 malam: Aku sampainya aku di Gua Azan. fuyyoooo. batu besar gila lah, besar dan tinggi seperti bangunan 3-4 tingkat . Sebiji setongkol batu itu je. siapa entah letak di situ. Jadi, di bawahnya ada lubang besar lah. Boleh ramai-ramai duduk tidur. Aku trekking lambat lah.. terus sampai di Gua itu pada jam 8.45 malam. Di gua ini sumber airnya kalau nak ambil kena turun ke bawah sikit. Ada air sungai di bawah batu. Cantik woo. Kalau nak mandi kena bawa gelen air 5 liter. Lepas mandi aku bawa naik air 5 liter untuk kegunaan masakan dan minuman.


10.30 malam: Sweeper Abang Peja, Mamat, Bintat sampai menemani Mat Lan yang sakit lutut kaki kanannya.


26/12/2008 (Jumaat)-Hari Ke-2

Selepas bangun solat subuh, kami tidur semula. Bangun tidur terus makan.

10.55 pagi: Aku teruskan lagi perjalanan trekking ke puncak . ye lah kan kami semuanya malas nak trekking awal. Lalu atas permatang yang semakin lama semakin tinggi. Kami naik Gunung Kak. mencanak jugak. Ini baru Gunung Kak, Gunung Bang Kak lagi tinggi. Kashaf panjat-panjat. Kena panjat batu sikit-sikit.


12.25 tengahari aku sampai di puncak Gunung Kak. Fuyyo, open gila.. .ini puncak antara yang best kashaf pernah sampai (Gunung Kak). Ada gaung sebelah kami tu. Kami boleh nampak Gunung Bah Gading (5,381 ft), Gunung Kinip dan banjaran-banjaran gunung yang lawa. Jauh di bawah terdengar deruman air terjun powernye. kata orang di bawah tu dulu ada Kem force 136 pada zaman perang dahulu. Tapi aku tak nampak lah sebab sudah tinggi dah. Di sebelah Gunung Kak ni ada puncak Abang Kak, dia kira seketul batu besar yang lebih tinggi dari Gunung Kak ini. Dari puncak kak ni kita boleh nampak satu tembok batu natural warna putih di seberang sana. Mungkin nama Gunung batu Putih diambil sempena tembok batu natural warna putih itu.


1.00 p.m: Aku teruskan trekking setelah herhenti rehat selama 35 minit. Budget trekking pergi sampai ke puncak maksimum 4 jam dari puncak Gunung Kak ini. Kalau tak sampai kira 'turn around time' la lepas 4 jam tu. Trekking pangok juga. Very tough lah. Then nampak trek la sempoi saja. naik banyak lah, turunnya sikit saja. Tapi my energy kira very low. Nasib baik mental masih kuat dan bersemangat lah. Cross sudah 2 puncak gunung itu.


4.10 petang: Sampai di 'campsite' dan ' water point' (Kem Meon). So, aku, Mamat dan Bintat turun melawat sungai lah. Kami sesat sekejap. Patah balik, redah semak samun, lastly jumpa waterfall itu. Fuyyooooo sejuk gila air terjun di atas gunung. Ambik air 5 liter, solat asar dan zuhur..


5.30 petang: Aku naik ke atas semula. Mengah tau bawa air naik ke atas. 20 minit mendaki sudah sampai di campsite ini kira okay juga. Abang Peja masak mee segera dan air hot chocolate. Aku keluarkan buah kurma/tamar dan makan beramai-ramai. Re-charge tenaga. Berkat gitu.

6.10 petang: Aku dan Roslan teruskan perjalanan. Kami sama pancit. Geng perut boroi. Tapi kami tetap berusaha naik. Bukan macam sesetengah orang tu tak nak naik puncak, malah sanggup tidur tunggu di Gua Azan saja. Suhu semakin sejuk, sehingga aku menggigil kalau rehat lama-lama. Jumpa group pendaki dari Johor bahru itu turun semula tak tidur di puncak. Bila sudah gelap, Abang pasang lantern. Jadi terang benderanglah trek. So, kami teruskan pendakian lagi. Ada banyak batu-batu besar di sini. Bila penat sangat kami berhenti sekadar lepas sebatang rokok. Tapi aku bukan seorang perokok. Kemudian kami teruskan lagi pendakian.

9.00 malam: Jumpa Asoi rescue kami yang pancit ni. Dia kata puncak dah tak jauh lagi. Aku pula asyik mengeluh, bila anak sampai puncak ni. Rasa dah tak larat sangat membawa diri ke puncak. Pewai tau. Ada cerun sikit lah. yang lain okay, cuma di hutan lumut lah. sejuk lah.

9.15 malam: Then, jeng, jeng, jeng, toing!!! there is no higher ground! Maknanya aku sudah sampai ke puncak Gunung Batu Puteh untuk kali ke-2. Sampai saja, fly sheet dan ground sheet sudah siap terpasang. Dr Zaid panggil aku, katanya di sebelahnya masih ada tempat kosong untuk aku tidur. Aku terus letak beg, salin baju sejuk, bentang carry mat, terus sarung sleeping bag. Dapat merasa kopi O panas memang kaw-kaw punya.

Power juga runners depan belasah nie. Dalam masa 2 jam setengah saja diorang sudah sampai. Campsite dia best lah. besar la. ada 'triangle survey' juga. aku yang pancit masa tu sampai di puncak pada jam 9.15 malam. Kami dapat melihat keindahan malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang di langit. Aku switched on my handphone, but there was no coverage for celcom. Tak dapatlah aku buat panggilan telefon atau hantar Sistem Mesej Singkat.

Then makan time. ni cerita lawak la. bawak makanan ala kenduri besar lah. Masak nasi, masak sayur, masak daging, popedum, perrghh superb. Aku makan nasi separuh saja, tak ada selera nak makan. malam tu cuaca elok tak hujan. Aku nampak dihujung campsite itu ada satu khemah dari group pendaki lain.


Aku tak ikut sessi taaruf (sessi suai kenal) tu. Lebih baik aku tidur. Lagi best. Bila sejuk-sejuk begini, sedap tidur. Badan sudah terlalu letih.


27/12/2008 (Sabtu)-Hari Ke-3.

kami bangun awal pagi.. jam 6.15 sudah bangun solat subuh.. kemudian tunggu sunrise. Jam 6.30 dah mula cantik dah... alhamdulillah cuaca elok pula. Kami dapat menikmati keindahan sunrise dari puncak batu puteh hanya di puncak tu sahaja. Kalau di puncak lain dah jadi sunrise dari gunung lain pula, bukan gunung batu puteh. Aku perasan di tanah tinggi ni waktu siangnya lebih panjang sikit.

Kemudian kami sarapan pagi, packing dan bergambar beramai-ramai. Wah, semua orang dah guna kamera digital, cuma aku saja yang masih guna kamera filem. Ah, peduli apa aku, janji dapat tangkap gambar.



9.50 pagi: Bila masa turun pula. Ini yang nak marah ni. Penat-penat naik gunung. Itu saja. Lepas tu turun balik. bukan nak buat rumah di atas itu ke apa ke. bawa pokok balik ke. apa ke. ishhhhhh aku tak paham lagi lah kenapa aku suka mendaki gunung. Tak serik-serik. Tapi yang seronoknya beg sudah semakin ringan. Tumbuh-tumbuhan masih diseliputi dengan lumut. Trek pun basah, berlumpur dan berselut.

11.00 pagi: aku sampai di Kem Meon (last water point). Cepat pula sampai di sini. Semalam masa nak naik 3 jam baru sampai ke puncak. Berhenti rehat 5 minit dan teruskan lagi berjalan turun. Kaki aku masih lagi sakit-sakit. Namun aku gagahkan juga untuk terus berjalan.

12.00 tengahari: Aku sampai di Gunung Kak. Makan tengahari di situ. Sempat ambil gambar pemandangan. Kemudian aku ubati kedua-dua belah kakiku yang sakit-sakit. Urut dengan minyak panas. Tak lama lepas tu sweepers pun sampai bersama Roslan.

1.00 petang: Aku dan Roslan turun dari puncak Gunung Kak. Semasa turun tu aku jatuh tersungkur, tapi aku bangun semula buat-buat macam tak ada apa-apa.

1.30 petang: Aku sampai di simpang keluar dari trek Gua Azan. Kami teruskan lagi perjalanan menuruni gunung.

2.00 p.m: Sampai di simpang nak masuk ke trek menuju ke Gua Azan.

3.30 Petang: Aku sampai di Kem Balak 2. Berhenti rehat, ambil air minum dan solat. Ada group pendaki lain yang berkhemah di Kem Balak ini. Mungkin group pendaki dari Johor Bahru itu.

4.00 Petang: Teruskan lagi jalan, Roslan follow belakang aku. Trek licin sungguh seperti berjalan si atas salji. Kadang-kadang aku menggelongsor saja. Kakiku masih sakit. hujan pula. so turun perlahan-lahan lah dengan penuh berhati-hatilah, bimbang kalau tercedera nanti. kami turun ikut struggle camp. Muzafar sakit lutut kaki kanannya. Amar sweep dia.

Aku pun apa lagi, minta jalan dulu dengan Roslan. Hujan masih turun. Jalan punya jalan sampai jumpa Nany, Sue, Radzi, Fatim dan ada 2-3 orang lagi. Lalu tebing memang menggayatkan. Trek licin. Ada yang beberapa kali terjatuh, mujur tak jatuh terus ke dalam gaung.


7.30 malam: Sampai di sungai Y. fuyyo air banyak tinggi wo. Hujan banyak lebat lah. Jeng-jeng ada jambatan. Masa datang pun kami naik jambatan ini. Ada 2 pokok besar di kedua-dua belah sungai. Dahannya rimbun sampai mencecah tebing sebelah sana. Jadi, orang asli buat tangga di kedua-dua belah tebing naik ke atas pokok. Then dari pokok ke pokok ada jambatan buluh. Perasaan aku pada ketika itu cuak campur kaget juga..... iyelah.... boleh percaya, kejuruteraan awam diorang ini. Tapi semua okay saja. dema mesti rajin maintain bridge ni. Kalau jatuh pun ke bawah saja kan. bukannya ke atas.

Hari sudah malam. Aku teruskan perjalanan diikuti oleh Roslan. Roslan tak bawa lampu suluh, aku yang jadi pemandu arah di depan. Roslan dah terlalu pancit, dia minta aku trekking slow and very slow. Kesian dia tak bawa torch light. Katanya dia tak sangka boleh trekking sampai malam. Dia ingatkan Gunung batu Puteh ni macam gunung angsi.

9.00 malam: So, kami selamat sampai la ke pump House itu. Aku letakkan beg, dudk berehat, makan sikit biskut dan apa yang patut, minum teh O panas. Lega rasanya bila dah sampai di luar hutan.

9.30 malam: Sweepers pun sampai. Semuanya dalam keadaan baik dan selamat. Kaki sengal-sengal tu biasalah. Kalau tak sengal, bukan mendaki gunung namanya.

Aku mandi di luar saja. Ada pili air paip. Malas nak beratur tunggu giliran guna bilik air orang asli. Lepas tu salin baju. Borak-borak dengan kawan-kawan semua. Kami rancang nak pergi ke Cameron Highland.

Aku rasa letih sangat, lalu aku tidur sebentar di dalam kereta. Sampai pukul 11.30 malam aku terjaga dari tidur.


28/12/2008 (Ahad)

12.30 a.m: Kami ramai-ramai keluar lalu kampung orang asli. Kami mulanya hairan melihat anak-anak muda orang asli ramai yang keluar di tepi jalan. Rupa-rupanya ada live band main muzik ala konsert rock di padang kampung itu. Yang peliknya, tak ada seorang pun yang duduk di depan pentas. Cuma menonton dari tepi jalan saja. Lawa juga anak-anak gadis orang asli ni.

On the way out aku hidupkan telefon bimbit. Alhamdulillah, syukur ada liputan celcom. Banyak juga mesej-mesej dan pesanan suara. Kami teruskan lagi mencari kedai makan. Mujur ada kedai makan masih dibuka, Restoran Veterinar Corner namanya. Terletak di depan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kalau dari Tapah, kedai tu kat sebelah kanan. Lama juga kami berada di kedai makan itu, sampai jam 2.45 pagi.

3.00 pagi: Dr Zaid yang drive my car terus menuju ke Tanah Rata Cameron Highland. Jaraknya dari kedai makan ini 54 kilometer baru sampai. Jalannya banyak selekoh. Cekap sungguh Dr Zaid memandu. Old timer lah katakana.

4.00 pagi: Kami sampai di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata Cameron Highland. Lepas parkir kereta kami menuju ke masjid untuk menumpang tidur. Inilah masjid yang paling best di Malaysia. Siap ada bilik untuk muslimat tidur.

5.50 pagi: Imam buka semua lampu lampu masjid itu dan kejutkan kami untuk solat subuh. Namun masih ada yang enggan bangun. Lepas selesai solat kami tidur lagi sampai jam 9.30 pagi.

10.00 pagi: kami terus pergi Berinchang untuk jalan-jalan cari makan. Jalan sungguh sesak. Nasib baik dapat parkir. Aku nampak di Berinchang ni ada banyak hotel dan hostel. Kemudian kami terus pergi ke medan selera untuk makan. Aku makan nasi lemak. Di musim cuti begini memang ramai orang melancong di Cameron Highland.

11.30 pagi: Niat di hati nak pergi ke Kea Farm tapi tak sampai ke sana pun. Jalan sesak terus sampai hangit enjin kereta aku. Aku dah cuak pasal kereta aku tak pernah hangit berasap. So, kami berempat (Kashaf, Pak Jed, Kidin & Nad) berhenti di Pasar Tani di Tapak Pasar Malam Berinchang depan Balai Polis itu. Beli sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi.



Then kami berpatah balik ke Pekan Berincang. Parkir kereta. Jalan kaki menuju ke gerai menjual pakaian bundle. Gerai tersebuk banyak menjual pakaian musim sejuk, murah-murah dan elok buatannya. Kami berborak pasal Gunung Kinabalu. Kidin nak pergi ke Gunung Kinabalu pada 9 Januari 2009. Dr Zaid bersembang pasal pengalamannya mendaki Gunung Kinabalu.

Kemudian kami pergi ke Cactus Valley. Cantik sungguh tempat ni. Macam-macam jenis pokok kaktus, pokok bunga ada. Pokok epal dan anggur pun ada. Nadira beli 6 pokok kaktus kecil. Dr. Zaid pun nak beli pokok bunga, tapi kereta dah tak muat lah, so tak jadi beli. Lepas itu kami pergi ke Ladang Red Big Strawberry. Kira macam agro tourism lah ni. Lama juga kami jalan-jalan sampai ke 4-5 jam lamanya.

5.30 petang: Aku, Dr Zaid, Kidin dan Nadira pergi ke pasar malam. Beli-belah lagi sampai tak cukup tangan. Memang murah sayur, buah dan bunga.

6.30 petang: Kami pergi ke Masjid Berinchang, solat jama Asar dan Zuhur. Lepas tu kami pergi makan di medan selera Berinchang.

9.30 malam: Kami balik ikut jalan kampung Raja - Simpang Pulai. Hujan lebat. Jalannya agak lebar dan kurang berselekoh. Bila sudah sampai di plaza Tol Simpang Pulai, kami rasa lega. 30 minit selepas itu kami sampai di R&R Tapah. Kami berehat di situ dalam masa sejam. Ingat nak tunggu orang belakang. Kidin dapat SMS, brek kereta Razmy ada masalah sikit. Kami terus ke Plaza Tol Sungai Buloh.

Lepas hantar Kidin di UIA Gombak, dan Nadira di Ampang Jaya, aku hantar Dr Zaid di Bukit Permata Sri Gombak. Wah, besar sungguh rumah Pak Jed. 3 tingkat. Pak Jed ajak aku minum di rumah dia. Kak Aziah dan anak-anak dia tak ada di rumah, semuanya balik kampung. Pak jed ajak aku tidur di rumah dia. Tapi aku tak nak kerana lebih selesa tidur di rumah sendiri.

4.30 pagi: Aku tiba di kawasan kediamanku dan parking kereta. Aduh nak mendaki tangga sampai tingkat 5 lagi. Akhirnya sampai juga aku di rumahku syurgaku dengan selamatnya. Apa lagi, aku terus pengsan.

Kesimpulannya, Gunung Batu Puteh nie tak lah seglamour Gunung Korbu dan tak setough Gunung Korbu. Kalau ramai geng kita tahap 'slow train' lebih baik pergi ke Gunung Batu Puteh. Dan aku tak bermaksud yang Gunung Batu Puteh ni mudah saja. Susah juga. Oleh itu, training kena la selalu buat. Kira wajib lah. Kena pertingkatkan stamina agar tidak pancit macam aku. So, lu fikir lah sendiri.

Budget kami cuma seorang RM70.00 sahaja. Hah murah kan? itu semua sudah termasuk bayar minyak kereta, tol, ration makanan, minuman dan T-Shirt, makan mewah beb. Ada group satu lagi tu yang datang dari Johor Bahru tu, menurut info yang aku dapat, mereka punya bayaran setiap seorang RM270.00 untuk mendaki Gunung Batu Puteh. Mungkin termasuk bayar tambang pengangkutan pergi dan balik, bayar guide dan ration makanan. Kalau kami, RM270.00 dah boleh buat bayaran untuk mendaki Gunung Tahan atau Gunung Chamah-Ulu Sepat.


Kashaf Al-Zaidi
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Wednesday, December 10, 2008

Kerja lepas cuti Raya haji.

Aku baru saja balik dari kampung wife aku di Parit Buntar Perak. Bertolak dari sana jam 2.00 petang. Aku suka lalu jalan lama, tak ikut highway. Jalan raya persekutuan pun dah elok sekarang ni, lebih kurang sama seperti lebuhraya, tapi had laju tak lebih 90 km/j. Aku cuma isi minyak RM50.00. Cukuplah tu pasal petrol sudah turun harga.

Masa perjalanan balik, aku lalu Bagan Serai, Taiping, Changkat Jering, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sungai Siput(U), Chemor, Ipoh, Kampar, Gopeng, Tapah, Bidor, Slim River, Tanjong Malim, Kuala Kubu, Hulu Selangor.

Bila dah sampai Cangkat Jering, aku nampak Gunung Bubu, dalam hati aku berkata "dah 7 tahun aku tak pergi ke Gunung Bubu tu".

Bila sampai Chemor-Ipoh aku nampak Gunung Korbu, sayup tinggi menjulang sampai awan.

Bila sampai Tapah, teringat pula aku nak pergi mendaki Gunung Batu Puteh pada 25 - 28 Disember 2008 ini.

Sampai di Kuala Lumpur sudah jam 8.00 malam. Tak berapa penat sangat pasal memandu dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Minyak pun masih ada separuh lagi.



Wednesday, December 3, 2008

If you lose ............. maknanya .....

If you lose ............. maknanya .....

Di keheningan pagi yang dingin ini, tiba-tiba aku teringat kata-kata cikgu aku namanya Dr Zaid semasa di kampus dulu,

“If you lose money, you lose nothing,
If you lose friend, you lose something,
If you lose trust, you lose everything.”

Entah dari mana dia dapat petikan kata-kata itu, aku pun tak tahu lah. Tapi kalau difikir-fikirkan semula, seperti memang ada betulnya.

“If you lose money, you lose nothing” maknanya “kalau kamu kehilangan wang/duit, kamu tidak hilang apa-apa”. Mungkin kerana wang itu kalau hilang kita boleh cari lagi dan lagi dan lagi. Bak kata pepatah “yang patah akan tumbuh (lagi), yang hilang akan berganti”. Jadi, kalau hilang duit tu, redha saja lah, mungkin itu bukan rezeki kita. Kalau kena rompak tu laporkan pada polis.

“If you lose friend, you lose something” maknanya “Kalau kamu kehilangan kawan, (itu menunjukkan yang) kamu hilang sesuatu”. Apa yang dimaksudkan dengan “sesuatu” itu? Mungkin “sesuatu” yang dimaksudkan ialah ciri-ciri sebagai seorang kawan yang baik. Contohnya sifat hormat, menghargai dan memahami kawan. Kalau kita tidak hormat kawan kita, tak menghargainya, kawan mana yang nak dekat, kan? Semua menghilangkan diri dan lari daripada kita. Dan ada banyak lagi “sesuatu” itu (sifat-sifat yang terpuji) yang tak tersenaraikan di sini.

“If you lose trust, you lose everything” maknanya “kalau kamu hilang kepercayaan (orang terhadap kamu), kamu kehilangan segala-galanya”. Ya lah kan, bila orang sudah tak percaya pada kita lagi, kita akan kehilangan segala-galanya yang sebelum itu kita ada. Orang dah kurang hormat, kita tak ada integrity, honesty. Kejujuran itu penting supaya orang percaya pada kita. Kejujuran juga adalah merupakan antara modal utama untuk mencapai kejayaan.


Tolong menolong

Tolong menolong

Tiba-tiba saja peristiwa ini muncul dari ingatanku. Satu kenangan yang tak dapat aku lupakan pada pertengahan tahun 2003 bila mana dalam perjalanan aku pulang dari Kuala Lumpur menuju ke Kluang Johor, motorsikalku kehabisan minyak di lebuhraya ke arah selatan yang jaraknya 2 kilometer sebelum Plaza Tol Pagoh, Muar. Pada waktu itu sudah jam 10 malam. Keadaan sekeliling geklap gelita.



Jalan di situ gelap sungguh. Kenderaan tak berapa banyak. Aku tolak motor Honda ex5 class 1 aku sejauh 2 kilometer perlahan-lahan hinggalah sampai di Plaza Tol. Sesampainya aku di situ, aku bertanya kepada seorang abang pengawal keselamatan di mana stesen minyak yang terdekat. Katanya tidak ada stesen minyak yang terdekat. Ah, sudah. Nak buat macamana ni, tak dapat teruskan perjalanan, kata aku dalam hati.


Abang tu tengok muka aku macam sedih dan kecewa saja, lalu dia ambil botol plastik dan menuju ke motorsikalnya. Katanya motorsikalnya ada minyak petrol lebih. Lalu dia cabut saluran minyak pada motornya dan diisikannya ke dalam botol tadi. Setelah separuh penuh, dia memberikan kepada aku untuk diisi ke dalam tangki minyak motor aku. Katanya lagi 5 kilometer di depan sana ada hentian R&R pagoh ada stesen petronas di situ, boleh isi penuh-penuh. Aku hulurkan beberapa ringgit kepada abang guard itu, tapi dia enggan menerimanya, katanya dia ikhlas menolong.



Setelah aku sampai di stesen minyak di Hentian R&R Pagoh, aku isi minyak motor aku sepenuh-penuhnya hingga sampai ke rumah kat Kluang.




Aku hanya dapat mendoakan abang guard itu bahagia dan sejahtera hidupnya dunia dan akhirat. Nasib baik ada juga orang yang baik hati macam abang security guard itu. Syukur alhamdulillah. Betul lah kata orang tua-tua dulu, kalau kita suka menolong orang, orang lain (tidak semestinya orang yang kita tolong itu) akan menolong kita bila kita dalam kesusahan.


Tuesday, December 2, 2008

Kumpulan nasyid Al-Kauthar

Gambar Kashaf, Shafie, Nakabu, Hanif, abg Aku Bakar RAIHAN. Bergambar di belakang auditorium IIUM Matriculation Centre Lembah Pantai Kuala Lumpur. Pada bulan April 1997. Pada ketika ini album RAIHAN sudah terjual sebanyak 300,000 unit. Kami tengah menunggu giliran untuk membuat persembahan nasyid.


Dari kanan: Arpi, KN, Hanif, Nakabu, Nazrey, Amran, Abu Bakar, Che Amran, Aku dan arwah Azhari. Di bilik persalinan belakang auditorium. Sekarang tempat ni sudah jadi maktab perguruan bahasa antarabangsa. Aku pernah ambil ujian kemasukan ke KPLI dan aku lulus ujian itu. Kemudian temuduga juga aku lulus. Tapi aku tak pergi ke Maktab tu pada awal Tahun 2008 kerana maktab tu di Perlis. Jauh sangat. Kalau tidak sekarang ni aku sudah jadi cikgu sekolah rendah.


Gambar ini pula di depan Moot Court Main campus IIUM Gombak. Pergi ke pertandingan nasyid inter-varsity. Kami naik bas sekali dengan kumpulan nasyid pelajar-pelajar KUSZA. Antara yang aku kenal, Mizan, Johan, Farhan pasal Farhan dan Mat Joe ni ex-schoolmate aku. yang lain aku sudah lupa namanya. Ramai yang duduk di Blok Umar.


Kumpulan nasyid Al-Kauthar, yang dianggotai oleh KN, Suler (Shahril), Alfian, Jasrifudin, Nasa, Shafie Hamzah, Norazman Mat Noh, Nakabu, Shaq, Hanif, Arpi, Kashaf, dan lupa apa namanya lagi. dan sisters UIAM-KUSZA pun turut temankan kami.



Pertama kali masuk ke moot court, bukannya buat mooting trial ke apa, tapi menyertai pertandingan nasyid. Dapatlah tempat ke-4. Cuma dapat hadiah saguhati. Kira okay lah itu. dari 8 kumpulan yang masuk bertanding.


Ini di Mahallat Ameena (Kolej 8). Pada ketika itu tahun 1997, mahallat ni untuk brothers.



Kumpulan nasyid al-Kauthar dan rombongan pengiring bergambar di salah sebuah bilik di asrama pelajar lelaki di Pusat Matrikulasi UIAM Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Pantai Tok jembal


Aku bergaya dengan basikal ala mountain bike berjenama Le Run, yang aku beli dengan harga RM350.00. Yang di sebelah lagi itu basikal Halim. Basikal tu banyak berjasa kepada aku pergi balik kelas ke rumah sewa. Aku biasanya parking di belakang Dewan Besar al-Muktafi Billahi Shah KUSZA.

Inilah gambar kenang-kenangan aku ketika pergi mengayuh basikal di tepi pantai Tok Jembal. Pantai ini yang paling dekat dengan Gong Badak dan Mengabang Telipot. Biasanya aku pergi cycling dengan kawan-kawan serumah aku seperti Halim, Hisham, Razak, Wan Hassan. Kadang-kadang sampai ke belakang lapangan terbang dan terus ke kedai air buah gelas besar Seberang Takir.

Orang lain tak tahu bahawa pantai tok jembal inilah tempat yang pertama kali dalam hidupku mandi laut. Sebelum sampai ke Terengganu, aku tak pernah tengok laut. Seronok juga dapat mandi laut. Sebelum ni asyik mandi sungai saja, bosan juga.

Cerita pasal basikal aku ni, aku pernah kemalangan ketika menunggang basikal ini. Aku terjatuh sendiri kerana menunggang dengan terlalu laju dan membrek mengejut bila terlanggar bonggol jalan. Habis bengkok sikit handle basikal aku, lutut dan tangan luka berdarah. Wan Hassan yang hantar aku pergi ke Klinik Ehsan di batu Rakit dengan menaiki motor kapcainya.

Aku cuba nak ingat kembali....... tapi kemampuan memori aku terbatas.

itu saja, bagi aku nak kemaskini blog ini.