Thursday, April 23, 2009

Sifat-sifat ego

Sifat-sifat ego
~~~~~~~~~~~~~~~

1. Kalau diberi jawatan sama ada kecil atau besar, dia rasa terhibur, senang hati dan bangga. Dia tidak rasa susah hati. Ini menandakan benih ego sudah berada dalam dirinya. Sebab itu orang yang tiada sifat ego, dia takut untuk menerima jawatan. Hendak ditolak tidak patut sebab sudah diberi amanah, tetapi dia menerimanya dengan penuh rasa takut dan bimbang.

2. Kalau tidak dilantik memegang jawatan, dia rasa tidak senang.

3. Kalau dia seorang pemimpin, dia selalu bersikap kasar bila memberi arahan kepada pengikutnya.

4. Kalau dia seorang pengikut, payah untuk taat atau patuh kepada pemimpin. Sebaliknya dia bersikap degil. Kalau patuh pun kerana segan2 dengan orang atau takut dimarahi, seolah-olah kepatuhannya adalah dipaksa-paksa.

5. Mudah dan cepat untuk marah.

6. Seseorang yang mempunyai sifat ego itu mudah tersinggung.

7. Dalam berkawan, dia suka memilih dari kalangan orang bertaraf lebih rendah darinya supaya ke mana-mana pergi, orang nampak dia, tidak nampak kawannya. Berat sekali baginya untuk berkawan dengan orang yang sama level dengannya atau yang lebih darinya, takut-takut nanti dalam pergaulan orang akan memandang orang lain dan tidak dia.

8. Payah untuk menerima pandangan orang lain. Lebih-lebih lagi bagi seseorang pemimpin, sulit baginya menerima pandangan orang bawahan.

9. Bila berada di dalam satu-satu majlis perbincangan, sama ada perbincangan rasmi atau tidak, dia tidak senang kalau orang lain memberi pendapat. Dia saja yang hendak memberi pandangan.

10. Bila berada di dalam satu-satu majlis, sewaktu orang lain bercakap, dia selalu saja memotong-motong cakap orang.

11. Payah untuk mendengar pandangan orang lain malah dia suka pandangannya saja yang didengari.

12. Kalau dia berjuang, dia lebih suka memperkenalkan dirinya sendiri (sama ada secara langsung atau tidak langsung) daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaahnya.

13. Kalau dia menganggotai jemaah perjuangan, dia lebih berminat dan lebih lincah bergaul dangan orang di luar jemaah daripada sesama jemaah. Sebab dalam jemaah perjuangannya banyak disiplinnya, takut-takut terlanggar nanti orang nampak kelemahannya.

14. Dia tidak senang kalau sesuatu kemajuan itu tercetus melalui orang lain walaupun orang yang menganggotai jemaah perjuangan yang sama dengannya. Dia mahu kemajuan itu tercetus dari tangannya sendiri.

15. Ketika bercakap, dia selalu sahaja bercakap dengan suara yang meninggi. Kadang-kadang melenting suaranya tidak tentu pasal. Dia tidak tahan dicabar, pasti akan mencabar balik.

Demikianlah beberapa petanda sifat ego yang ada dalam diri seseorang. Sebagaimana yang kita semua tahu, sifat ego ini adalah salah satu dari sifat-sifat mazmumah yang amat dibenci oleh ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk membersihkan hati dari dihinggapi virus ego dan virus-virus mazmumah yang lain.

Wallahu'alam. Wassalam.


7 comments:

ajako said...

betul tu, kalau nak pun belilah yamaha ego, kalau rase patriotik sikit, beli je modenas

ustazshafiee said...

beli yamaha ego, tapi bawak dengan tawadhok je..

ke guaner?

ajako said...

yelah ustaz pi'e tu beli yamaha, abis honda accord 2.4 baru tu ape cer?

shariza said...

Ajak & Pie': Ni pehal masuk bab motor ngan kereta ni?

Zaidi Al-Kashafi said...

Aduh, motorsikal pulak buat hal, valve seal dan piston ring dah rosak, mesti kena tukar.
Kereta pulak nak kena hantar service tukar minyak engine, tayar dll.

ustazshafiee said...

honda accord 2.4? uish.. ada yang kena sita jpj selangor ke? :)

ajako said...

pie: alah, ape risau, amir kan jpj s'gor, musti kasi lepas punye...

eija: itulah masalah bebudak kite, kalau jupe lame sket mesti kuar itu kepala biolnya...