Tuesday, December 2, 2008

Pantai Tok jembal


Aku bergaya dengan basikal ala mountain bike berjenama Le Run, yang aku beli dengan harga RM350.00. Yang di sebelah lagi itu basikal Halim. Basikal tu banyak berjasa kepada aku pergi balik kelas ke rumah sewa. Aku biasanya parking di belakang Dewan Besar al-Muktafi Billahi Shah KUSZA.

Inilah gambar kenang-kenangan aku ketika pergi mengayuh basikal di tepi pantai Tok Jembal. Pantai ini yang paling dekat dengan Gong Badak dan Mengabang Telipot. Biasanya aku pergi cycling dengan kawan-kawan serumah aku seperti Halim, Hisham, Razak, Wan Hassan. Kadang-kadang sampai ke belakang lapangan terbang dan terus ke kedai air buah gelas besar Seberang Takir.

Orang lain tak tahu bahawa pantai tok jembal inilah tempat yang pertama kali dalam hidupku mandi laut. Sebelum sampai ke Terengganu, aku tak pernah tengok laut. Seronok juga dapat mandi laut. Sebelum ni asyik mandi sungai saja, bosan juga.

Cerita pasal basikal aku ni, aku pernah kemalangan ketika menunggang basikal ini. Aku terjatuh sendiri kerana menunggang dengan terlalu laju dan membrek mengejut bila terlanggar bonggol jalan. Habis bengkok sikit handle basikal aku, lutut dan tangan luka berdarah. Wan Hassan yang hantar aku pergi ke Klinik Ehsan di batu Rakit dengan menaiki motor kapcainya.

Aku cuba nak ingat kembali....... tapi kemampuan memori aku terbatas.

itu saja, bagi aku nak kemaskini blog ini.

2 comments:

ajako said...

INCHE KASAP
alahai, pesal ko ingatkan pasal beskal. aku tertinggal neskal biru laut aku kat uia. bukan ape, time nak pindah balik dulu mintak tlg majoi hantar apaki kanchil jer, mane muat beskal ala mountain bike tuh...
ooo, ko terlupe nak mention geng beskal lain ek, hisham, arep, nizam, majoi kan sumer ader beskal...

Zaidi Al-Kashafi said...

Aku lupa lah Ajak. Kita pernah berkonvoi basikal beramai-ramai kililing Gong Badak tu.