Wednesday, December 10, 2008

Kerja lepas cuti Raya haji.

Aku baru saja balik dari kampung wife aku di Parit Buntar Perak. Bertolak dari sana jam 2.00 petang. Aku suka lalu jalan lama, tak ikut highway. Jalan raya persekutuan pun dah elok sekarang ni, lebih kurang sama seperti lebuhraya, tapi had laju tak lebih 90 km/j. Aku cuma isi minyak RM50.00. Cukuplah tu pasal petrol sudah turun harga.

Masa perjalanan balik, aku lalu Bagan Serai, Taiping, Changkat Jering, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sungai Siput(U), Chemor, Ipoh, Kampar, Gopeng, Tapah, Bidor, Slim River, Tanjong Malim, Kuala Kubu, Hulu Selangor.

Bila dah sampai Cangkat Jering, aku nampak Gunung Bubu, dalam hati aku berkata "dah 7 tahun aku tak pergi ke Gunung Bubu tu".

Bila sampai Chemor-Ipoh aku nampak Gunung Korbu, sayup tinggi menjulang sampai awan.

Bila sampai Tapah, teringat pula aku nak pergi mendaki Gunung Batu Puteh pada 25 - 28 Disember 2008 ini.

Sampai di Kuala Lumpur sudah jam 8.00 malam. Tak berapa penat sangat pasal memandu dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Minyak pun masih ada separuh lagi.



6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..selamat hari raya aidiladha..

Anonymous said...

so skarang ko da ingat la kat aku..hehehe..kasap kasap..lama x jumpakan...aku dok ampang

Zaidi Al-Kashafi said...

Ijam, sekarang ini aku tinggal di Wangsa Maju, dan kerja di Setapak.

ajako said...

sebijik cam jejak kasihlah korang

Anonymous said...

a'ahkan..hihihi..u tak nak berjejak kasih skali ker?

Zaidi Al-Kashafi said...

Wonder why people climb mountains, when it is safer to sleep at home…’ Yes it is so risky when you are in a jungle, yet climbing is much more risky. But then once you are at the top of mountains, words couldn’t describe the amazing and gorgeous view that you experienced, with a satisfactory of your own effort of being there. Before any more commitment binds me on, I’ll climb whenever possible… the spirit of love the nature and challenges will never die in me.