Wednesday, December 3, 2008

If you lose ............. maknanya .....

If you lose ............. maknanya .....

Di keheningan pagi yang dingin ini, tiba-tiba aku teringat kata-kata cikgu aku namanya Dr Zaid semasa di kampus dulu,

“If you lose money, you lose nothing,
If you lose friend, you lose something,
If you lose trust, you lose everything.”

Entah dari mana dia dapat petikan kata-kata itu, aku pun tak tahu lah. Tapi kalau difikir-fikirkan semula, seperti memang ada betulnya.

“If you lose money, you lose nothing” maknanya “kalau kamu kehilangan wang/duit, kamu tidak hilang apa-apa”. Mungkin kerana wang itu kalau hilang kita boleh cari lagi dan lagi dan lagi. Bak kata pepatah “yang patah akan tumbuh (lagi), yang hilang akan berganti”. Jadi, kalau hilang duit tu, redha saja lah, mungkin itu bukan rezeki kita. Kalau kena rompak tu laporkan pada polis.

“If you lose friend, you lose something” maknanya “Kalau kamu kehilangan kawan, (itu menunjukkan yang) kamu hilang sesuatu”. Apa yang dimaksudkan dengan “sesuatu” itu? Mungkin “sesuatu” yang dimaksudkan ialah ciri-ciri sebagai seorang kawan yang baik. Contohnya sifat hormat, menghargai dan memahami kawan. Kalau kita tidak hormat kawan kita, tak menghargainya, kawan mana yang nak dekat, kan? Semua menghilangkan diri dan lari daripada kita. Dan ada banyak lagi “sesuatu” itu (sifat-sifat yang terpuji) yang tak tersenaraikan di sini.

“If you lose trust, you lose everything” maknanya “kalau kamu hilang kepercayaan (orang terhadap kamu), kamu kehilangan segala-galanya”. Ya lah kan, bila orang sudah tak percaya pada kita lagi, kita akan kehilangan segala-galanya yang sebelum itu kita ada. Orang dah kurang hormat, kita tak ada integrity, honesty. Kejujuran itu penting supaya orang percaya pada kita. Kejujuran juga adalah merupakan antara modal utama untuk mencapai kejayaan.


9 comments:

nhanania said...

haaa finally update pun blog..24-28dec ni join x trip g batu putih? ke da xheran dah?

Zaidi Al-Kashafi said...

Insya Allah, pada 24-28 December ini aku akan join expedisi mendaki Gunung Batu Puteh repeat untuk kali ke-2. Aku drive kereta sendiri.

Aku sudah informed Razmee that confirm nak ikut Mendaki Batu Puteh.

nhanania said...

lorr drive sendiri? nnt nk letak kete kt mn plak tu? saya pun kali ke2 juga..wah bleh la jumpa nnt..

Zaidi Al-Kashafi said...

Kat sebelah rumah pam air tu boleh letak kereta. itu dulu lah pada tahun 2000. Tak tahu lah sekarang ni boleh letak atau tidak.

Unknown said...

assalamualaikum kasap...aku nak join blog ko la..bole?

Zaidi Al-Kashafi said...

Ini ijam mana pulak? Bolehlah kalau nak join. Silah kan.

Unknown said...

hehehe..ko tak ingat ke kat aku?..sedih rasanya...

Zaidi Al-Kashafi said...

Ijam, aku memang tak kenal engkau macamanalah aku nak ingat? Cuba kau perkenalkan diri.

Unknown said...

dulu masa kat kusza aku selalu mintak ko gunting rambut aku..bole dikatakan ko no tukang gunting rambut kegemaran aku la..kalu nak tau sapa aku..cuba ko tengok geng7.blogspot.com...