Saturday, February 16, 2013
Maksud Allah siapa yang tahu
Assalamu'alaikum wrh wbh
Subjek : Maksud Allah siapa yang tahu
Di bawah ini disertakan satu kisah yang menarik, kiriman seorang kawan untuk dikongsi bersama.
Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat.
Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.
Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah kirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, 'Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal dunia ?'
Tuhan pun berfirman, 'Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikit pun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia !'
Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.
Pelajaran pertama adalah:
Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.
Pelajaran kedua adalah:
Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah 'menghabiskan' tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.
Pelajaran ketiga adalah:
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat kekeliruan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.
Pelajaran keempat adalah:
Siapa yang tahu maksud Allah ?
Wallahu a'lam.
Tuesday, January 22, 2013
Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali
Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..
Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
Friday, December 7, 2012
BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR
BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR
Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini;”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata”
Mengapa? Sebab diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah s.a.w berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri, kita hanya penerima, kita bukan pemberi, yang memberi ialah Allah, Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih, dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu, ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan kehendak tabieinya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah, dan sedih. Itu biasa, hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak,mempersoalkan dan melawannya. Persoalannya kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren, dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja, kita tak berkata “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang, kita nikmati alam seperti seadanya akur pada Pencipta senja.
Ironinya , sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak menerima semua itu seadanya?.
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mncorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah. Namun setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya dipinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakallah, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
Jika yang diharapkan berlaku, syukurlah. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka..sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Sering kali keberkatan, kebaikkan, kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian, dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku..namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur kebelakang untuk mengambil lajak yang lebih tinggi dan lebih jauh kehadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah...Dia akan mengubat, melapang, dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih untuk kita maka yakinlah Kasih sayangNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat, yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah, dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah.. Allah tidak akan mengecewakan kita!
Friday, November 9, 2012
Rasulullah s.a.w dan Kucingnya
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.
*Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya. Nak baca kisah sedih kucing tak? klik sini
*saya pun suka kucing, ada semua suka kucing tak? sunnah nabi ni..hi3 
sumber : zharifalimin.blogspot
Thursday, November 8, 2012
Ayam Panggang
Pada satu hari, Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya pun sampai. Tapi sedang dia menikmatinya makanannya, pelayan yang lain menghampirinya dan berkata "Maaf, Encik. ayam panggang itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ayam ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada. Maaf ya Encik."
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah, lalu Razak berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit, jadi ayam ini milik saya. Lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak, dan berkata:
"Hei budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu, akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek kata, apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit, lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...
Kah Kah Kah
Monday, September 3, 2012
|
Sunday, February 26, 2012
Kepelbagaian Dalam Persahabatan
Kepelbagaian Dalam Persahabatan
Assalamualaikum....
Tahu tak apa yang di maksudkan dengan
1) Sahabat....???
&
2) Kawan..... ???
Asalnya Sahabat adalah dari Berkawan... kemudian, untuk menjadi Sahabat... kenalah berkawan dulu... berkawan tuh... bukannya sehari dua, sebulan dua........ tapi makan hari... makan bulan... dan ada juga yang makan tahun........... dan bukannya setakat soreh-soreh, gelak tawa,
menangis, susah senang dan berdebat berdegar-degar... tapi mau kenal hati budi dan kalau mampu sampai ke salasilah dia........ itulah baru dikata Sahabat.... dan tak semestinya Sahabat tuh mengikut aja apa kata kita....... ... Kalau betul-betul Sahabat... dia akan menegur apa
yang baik dan apa yang buruk... demi Sahabat..... dan tidak akan berasa malu untuk meminta maaf andainya... ada membuat kesalahan... dan bersedia menerima teguran andainya ditegur.....
Susah sebenarnya untuk mencari Sahabat ni... tapi TAK SUSAH untuk menjadikan KAWAN sebagai SAHABAT.... sekirannya kita pandai menyesuaikan diri dan cuba memahami konsep berkawan... dan pandai menjaga batas - batas kita sebagai orang tua / orang muda... jangan
ikut sedap mulut....
Bak kata pepatah.. Ikut Rasa.... BINASA, Ikut Hati... MATI....
Oleh itu janganlah .... begitu mudah membuat "judgement" terhadap orang lain.... selagi tidak mengenal erti SAHABAT......
So sampai sini aja... pandai-pandailah membawa diri...kalau hendak berkawan dan seterusnya menjadi SAHABAT.
So apasalahnya kalau kita baca lagi.... Untuk menambahkan lagi kefahaman mengenai Sahabat yang baik....
Orang Islam itu saudara bagi orang yang lain. Oleh itu, setiap orang Islam tidak boleh menganiaya, menghina dan membiarkan saudanya terjerumus dalam kehinaan. Barangsiapa berusaha untuk memenuhi hajat keperluan saudaranya maka Allah pun akan menunaikan hajatnya. Dan barangsiapa menyediakan kelapangan bagi kesusahan seseorang muslim, nescaya Allah akan melapangkan kesusahannya di Hari Akhirat kelak. Dan barangsiapa menutup keaiban seseorang muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di Hari Akhirat dan barangsiapa melenyapkan seseorang muslim dari kesusahan dunia, maka Allah akan melenyapkan daripadanya sesuatu kesukaran dari kesusahan Akhirat.
Sahabat yang baik adalah apabila kamu melihat tingkah lakunya, terasa ketenangan dalam hatimu. Apabila kamu mendengar percakapnnya, dia mendorong kamu kepada kebaikan. Dan yang penting sekali, apabila kamu melihat kepada kehidupannya, kamu akan ingat kepada kekuasaan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.
Oleh itu, dalam pergaulan kita sehari-hari dengan sahabat kita, yang penting sekali niatkan bersahabat ikhlas kerana Allah. Kita hendaklah sentiasa bersangka baik kepada sahabat kita, sentiasa memberikan senyuman (bermanis muka) dan sentiasa bertolak-ansur dalam perkara
yang kita suka dan sebaliknya.
Wasalam...
:) Ikhlas & masih bertanya layakkah aku menjadi seorang yang di gelar Sahabat?
Sunday, June 12, 2011
Rahsia Cemerlang Dalam Pergaulan
Rahsia Cemerlang Dalam Pergaulan
Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan.Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:
1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.
2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.
6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.
10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.
11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.
12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.
16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.
Tuesday, February 1, 2011
Harapan di hari jadiku
Aku bersyukur kepada Allah kerana masih mengizinkan aku untuk terus merasai nikmatNya. Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah. Berkatilah hidupku. Janganlah engkau biarkan aku sesat di dunia ini ya Allah. Jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari semalam.
Di hari jadiku yang ke 35 ini, aku merasa sedih dan juga bahagia. Aku sedih kerana dengan bertambahnya usiaku berkurang juga umurku dan contract untuk tinggal di Bumi Allah tidak akan lama lagi. Semoga dipanjangkan umurku dalam kebaikan. Semoga murah rezekiku lagi diberkati. Semoga detik-detik waktu yang mendatang adalah kebahagiaan yang tak hilang. Semoga dengan bertambah usiaku akan bertambah imanku. Aku sedih kerana dengan usiaku yang sekarang ini aku belum dapat meraih apa yang aku cita-citakan dan memenuhi harapan kedua orang tua.
Aku juga merasa bahagia, aku hanya mampu berharap dengan bertambahnya usiaku bertambah juga kedewasaanku, aku juga merasa bahagia kerana selama ini masih ada yang memperhatikan aku, memberi dorongan dan sokongan untukku agar selangkah lebih maju. Dan yang tak akan dilupakan ialah doa dan ucapan selamat ulang tahun dari kawan-kawan terutama sekali dia, terima kasih sahabat atas semuanya, semoga kita dapat menjadi seperti apa yang kita cita-citakan. Insha Allah, ameen.
Di hari jadiku yang ke 35 ini, aku merasa sedih dan juga bahagia. Aku sedih kerana dengan bertambahnya usiaku berkurang juga umurku dan contract untuk tinggal di Bumi Allah tidak akan lama lagi. Semoga dipanjangkan umurku dalam kebaikan. Semoga murah rezekiku lagi diberkati. Semoga detik-detik waktu yang mendatang adalah kebahagiaan yang tak hilang. Semoga dengan bertambah usiaku akan bertambah imanku. Aku sedih kerana dengan usiaku yang sekarang ini aku belum dapat meraih apa yang aku cita-citakan dan memenuhi harapan kedua orang tua.
Aku juga merasa bahagia, aku hanya mampu berharap dengan bertambahnya usiaku bertambah juga kedewasaanku, aku juga merasa bahagia kerana selama ini masih ada yang memperhatikan aku, memberi dorongan dan sokongan untukku agar selangkah lebih maju. Dan yang tak akan dilupakan ialah doa dan ucapan selamat ulang tahun dari kawan-kawan terutama sekali dia, terima kasih sahabat atas semuanya, semoga kita dapat menjadi seperti apa yang kita cita-citakan. Insha Allah, ameen.
Thursday, January 13, 2011
Permata yang dicari -dehearty- (with lyrics)
~Permata Yang Dicari~ De Hearty
Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untuk ku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Subscribe to:
Posts (Atom)




