Salam semua.
24/12/2008 (Rabu)
25/12/2008 (Khamis)-Hari Pertama
1.30 pagi: Kami mulakan perjalanan dari restoran Burger King sebanyak 9 buah kereta. 2 kereta lagi tunggu di R&R Tapah. Dr. Zaid, Ummul dan Nad naik kereta aku.
Dalam masa lebih kurang 10 minit kami sampai di empangan apa nama entah. Kami teruskan perjalanan lagi sampai di perkampungan orang asli Kuala Woh. Kami terus lagi sampai ke penghujung jalan. Jalannya sempit, hanya muat sebuah kereta saja. Bila agaknya pihak yang berwajib nak lebarkan lagi jalan ini.
8.50 pagi: Budak ARC mula memasak untuk pack lunch. Masak nasi goreng lah. Lepas itu hujan pun turun. Kami bahagi-bahagikan ration makanan. Aku cuba pilih ration yang ringan-ringan seperti roti untuk dibawa. Tapi aku tak nak bawa sebarang equipment pun. Biar budak-budak yang muda yang bawa.
Tiba-tiba datang sebuah teksi yang membawa 4 orang pendaki dari group lain. Lepas tu ada lagi 4 buah teksi yang membawa orang yang nak mendaki Gunung Batu Puteh.
Dulu 8 tahun lalu kami pergi 8 orang saja, so, awal-awal pagi, pukul 9.00 pagi kami sudah pergi trekking selepas sarapan pagi boleh terus jalan. Tapi kali ni dah pukul 10.00 pun masih belum jalan. Ini confirm kena jalan malam ni. Aku ni sudahlah obes, stamina pula kurang, jogging hanya sempat 5 kali saja. Diorang boleh suruh aku jadi trekker. Aku tak layak lah, kena swept to bolehlah. Aku pewai.
12.30 tengahari: Aku sudah melepasi 2 jambatan buluh di sungai Y itu. Sebenarnya aku sudah lama berehat daripada aktiviti-aktivi luar dan lasak. Semua peserta nampak ceria saja. Sampai di sungai kena menyeberang lah. Pada masa ini air tak lah tinggi. Jadi, syok lah menyeberang.
Kemudian kami berjalan di hutan Buluh. Cantik jugak di sini. Macam dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon. Lepas itu kami berjalan sampai jumpa trekker group dari Johor Bahru tu kata jalan sudah kena tutup, kena patah balik. Dia kata yang dia sudah 4 kali mendaki gunung Batu Puteh. Jalan memang selalu berubah-rubah. Kami pun berpatah balik dan ikut trek yang ditunjukkan oleh orang asli. Alah, sebenarnya boleh saja ikut trek itu. Orang asli tu sengaja tak mahu kita lalu perkampungan dia. Ada banyak juga pacat dan nyamuk.
Tiba di jeram kami berhenti rehat dan makan pack lunch kami. Group pendaki dari Johor Bahru itu pun berhenti di tempat yang sama. Lepas 30 minit berehat kami teruskan lagi trekking pendakian dengan berpandukan tag tali merah yang diikat pada pokok. Bila sampai di satu tempat itu kami dah tak jumpa trek. Rupa-rupanya tanah runtuh. Nasib baik trekker group Johor Bahru itu pasang tali. Selamat lah sikit untuk lalu trek itu.
Kemudian kami menapak mencanak naik lah kerja dia. Aku tertinggal jauh di belakang. Sweeper di belakang aku masih jauh. Jadi aku trekking seorang diri sehingga hari sudah gelap. Aku pasang lampu suluh. Cuak juga aku berjalan seorang diri di waktu malam, di dalam hutan tebal. Tapi aku tak fikir yang bukan-bukan. Fokus aku hanya nak cepat sampai di Gua Azan. Kadang-kadang aku terjatuh. Mana nak pegang lampu suluh, mana nak pegang akar pokok lagi semasa mendaki. Namun aku cekalkan hati untuk teruskan juga pendakian. Sampai di persimpangan ke Kemsait Gua Azan aku nampak ada kertas tulisan Dr Zaid diikat pada sebatang pokok yang menunjukkan arah denai ke Gua. Aku terus masuk ke kiri kerana aku nak bermalam di Gua. Treknya naik turun naik turun naik. Aku layan saja laluan itu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air mengalir dan suara orang sayup-sayup kedengaran. Itu tandanya aku dah nak sampai ke tapak perkhemahan. Aku jalan lagi sehingga nampak cahaya lampu dan lantern.
8.45 malam: Aku sampainya aku di Gua Azan. fuyyoooo. batu besar gila lah, besar dan tinggi seperti bangunan 3-4 tingkat . Sebiji setongkol batu itu je. siapa entah letak di situ. Jadi, di bawahnya ada lubang besar lah. Boleh ramai-ramai duduk tidur. Aku trekking lambat lah.. terus sampai di Gua itu pada jam 8.45 malam. Di gua ini sumber airnya kalau nak ambil kena turun ke bawah sikit. Ada air sungai di bawah batu. Cantik woo. Kalau nak mandi kena bawa gelen air 5 liter. Lepas mandi aku bawa naik air 5 liter untuk kegunaan masakan dan minuman.
10.30 malam: Sweeper Abang Peja, Mamat, Bintat sampai menemani Mat Lan yang sakit lutut kaki kanannya.
26/12/2008 (Jumaat)-Hari Ke-2
Selepas bangun solat subuh, kami tidur semula. Bangun tidur terus makan.
9.00 malam: Jumpa Asoi rescue kami yang pancit ni. Dia kata puncak dah tak jauh lagi. Aku pula asyik mengeluh, bila anak sampai puncak ni. Rasa dah tak larat sangat membawa diri ke puncak. Pewai tau. Ada cerun sikit lah. yang lain okay, cuma di hutan lumut lah. sejuk lah.
Power juga runners depan belasah nie. Dalam masa 2 jam setengah saja diorang sudah sampai. Campsite dia best lah. besar la. ada 'triangle survey' juga. aku yang pancit masa tu sampai di puncak pada jam 9.15 malam. Kami dapat melihat keindahan malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang di langit. Aku switched on my handphone, but there was no coverage for celcom. Tak dapatlah aku buat panggilan telefon atau hantar Sistem Mesej Singkat.
Then makan time. ni cerita lawak la. bawak makanan ala kenduri besar lah. Masak nasi, masak sayur, masak daging, popedum, perrghh superb. Aku makan nasi separuh saja, tak ada selera nak makan. malam tu cuaca elok tak hujan. Aku nampak dihujung campsite itu ada satu khemah dari group pendaki lain.
Aku tak ikut sessi taaruf (sessi suai kenal) tu. Lebih baik aku tidur. Lagi best. Bila sejuk-sejuk begini, sedap tidur. Badan sudah terlalu letih.
27/12/2008 (Sabtu)-Hari Ke-3.
kami bangun awal pagi.. jam 6.15 sudah bangun solat subuh.. kemudian tunggu sunrise. Jam 6.30 dah mula cantik dah... alhamdulillah cuaca elok pula. Kami dapat menikmati keindahan sunrise dari puncak batu puteh hanya di puncak tu sahaja. Kalau di puncak lain dah jadi sunrise dari gunung lain pula, bukan gunung batu puteh. Aku perasan di tanah tinggi ni waktu siangnya lebih panjang sikit.
Kemudian kami sarapan pagi, packing dan bergambar beramai-ramai. Wah, semua orang dah guna kamera digital, cuma aku saja yang masih guna kamera filem. Ah, peduli apa aku, janji dapat tangkap gambar.
11.00 pagi: aku sampai di Kem Meon (last water point). Cepat pula sampai di sini. Semalam masa nak naik 3 jam baru sampai ke puncak. Berhenti rehat 5 minit dan teruskan lagi berjalan turun. Kaki aku masih lagi sakit-sakit. Namun aku gagahkan juga untuk terus berjalan.
1.00 petang: Aku dan Roslan turun dari puncak Gunung Kak. Semasa turun tu aku jatuh tersungkur, tapi aku bangun semula buat-buat macam tak ada apa-apa.
1.30 petang: Aku sampai di simpang keluar dari trek Gua Azan. Kami teruskan lagi perjalanan menuruni gunung.
2.00 p.m: Sampai di simpang nak masuk ke trek menuju ke Gua Azan.
3.30 Petang: Aku sampai di Kem Balak 2. Berhenti rehat, ambil air minum dan solat. Ada group pendaki lain yang berkhemah di Kem Balak ini. Mungkin group pendaki dari Johor Bahru itu.
Aku pun apa lagi, minta jalan dulu dengan Roslan. Hujan masih turun. Jalan punya jalan sampai jumpa Nany, Sue, Radzi, Fatim dan ada 2-3 orang lagi. Lalu tebing memang menggayatkan. Trek licin. Ada yang beberapa kali terjatuh, mujur tak jatuh terus ke dalam gaung.
Hari sudah malam. Aku teruskan perjalanan diikuti oleh Roslan. Roslan tak bawa lampu suluh, aku yang jadi pemandu arah di depan. Roslan dah terlalu pancit, dia minta aku trekking slow and very slow. Kesian dia tak bawa torch light. Katanya dia tak sangka boleh trekking sampai malam. Dia ingatkan Gunung batu Puteh ni macam gunung angsi.
9.00 malam: So, kami selamat sampai la ke pump House itu. Aku letakkan beg, dudk berehat, makan sikit biskut dan apa yang patut, minum teh O panas. Lega rasanya bila dah sampai di luar hutan.
9.30 malam: Sweepers pun sampai. Semuanya dalam keadaan baik dan selamat. Kaki sengal-sengal tu biasalah. Kalau tak sengal, bukan mendaki gunung namanya.
Aku mandi di luar saja. Ada pili air paip. Malas nak beratur tunggu giliran guna bilik air orang asli. Lepas tu salin baju. Borak-borak dengan kawan-kawan semua. Kami rancang nak pergi ke Cameron Highland.
Aku rasa letih sangat, lalu aku tidur sebentar di dalam kereta. Sampai pukul 11.30 malam aku terjaga dari tidur.
28/12/2008 (Ahad)
3.00 pagi: Dr Zaid yang drive my car terus menuju ke Tanah Rata Cameron Highland. Jaraknya dari kedai makan ini 54 kilometer baru sampai. Jalannya banyak selekoh. Cekap sungguh Dr Zaid memandu. Old timer lah katakana.
4.00 pagi: Kami sampai di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata Cameron Highland. Lepas parkir kereta kami menuju ke masjid untuk menumpang tidur. Inilah masjid yang paling best di Malaysia. Siap ada bilik untuk muslimat tidur.
5.50 pagi: Imam buka semua lampu lampu masjid itu dan kejutkan kami untuk solat subuh. Namun masih ada yang enggan bangun. Lepas selesai solat kami tidur lagi sampai jam 9.30 pagi.
10.00 pagi: kami terus pergi Berinchang untuk jalan-jalan cari makan. Jalan sungguh sesak. Nasib baik dapat parkir. Aku nampak di Berinchang ni ada banyak hotel dan hostel. Kemudian kami terus pergi ke medan selera untuk makan. Aku makan nasi lemak. Di musim cuti begini memang ramai orang melancong di Cameron Highland.
11.30 pagi: Niat di hati nak pergi ke Kea Farm tapi tak sampai ke sana pun. Jalan sesak terus sampai hangit enjin kereta aku. Aku dah cuak pasal kereta aku tak pernah hangit berasap. So, kami berempat (Kashaf, Pak Jed, Kidin & Nad) berhenti di Pasar Tani di Tapak Pasar Malam Berinchang depan Balai Polis itu. Beli sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi.
5.30 petang: Aku, Dr Zaid, Kidin dan Nadira pergi ke pasar malam. Beli-belah lagi sampai tak cukup tangan. Memang murah sayur, buah dan bunga.
9.30 malam: Kami balik ikut jalan kampung Raja - Simpang Pulai. Hujan lebat. Jalannya agak lebar dan kurang berselekoh. Bila sudah sampai di plaza Tol Simpang Pulai, kami rasa lega. 30 minit selepas itu kami sampai di R&R Tapah. Kami berehat di situ dalam masa sejam. Ingat nak tunggu orang belakang. Kidin dapat SMS, brek kereta Razmy ada masalah sikit. Kami terus ke Plaza Tol Sungai Buloh.
Lepas hantar Kidin di UIA Gombak, dan Nadira di Ampang Jaya, aku hantar Dr Zaid di Bukit Permata Sri Gombak. Wah, besar sungguh rumah Pak Jed. 3 tingkat. Pak Jed ajak aku minum di rumah dia. Kak Aziah dan anak-anak dia tak ada di rumah, semuanya balik kampung. Pak jed ajak aku tidur di rumah dia. Tapi aku tak nak kerana lebih selesa tidur di rumah sendiri.
Kesimpulannya, Gunung Batu Puteh nie tak lah seglamour Gunung Korbu dan tak setough Gunung Korbu. Kalau ramai geng kita tahap 'slow train' lebih baik pergi ke Gunung Batu Puteh. Dan aku tak bermaksud yang Gunung Batu Puteh ni mudah saja. Susah juga. Oleh itu, training kena la selalu buat. Kira wajib lah. Kena pertingkatkan stamina agar tidak pancit macam aku. So, lu fikir lah sendiri.
Kashaf Al-Zaidi
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.