Friday, March 20, 2009

Aku Anak FELDA.

Aku Anak FELDA.

Sebenarnya aku ni bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Semenjak keluarga kami berpindah ke tanah rancangan Felda pada tahun 1979 barulah berubah sikit hidup. Mula-mula memang susah, rumah kecil cuma 1 bilik saja. Tak ada air paip terus ke rumah. Paip di tepi jalan kena kongsi dengan 3 ke 4 keluarga lain. Tak ada bekalan elektrik. Bila malam pakai lampu lantern pam yang guna minyak tanah. Jalan pun tidak berturap. Berhutang lagi dengan Felda. Hutangnya memakan masa 25 tahun baru dapat hakmilik ladang 10 ekar dan tapak rumah seluar ¼ ekar.

Bila sawit dah tua ditebang dan ditanam semula, kena berhutang lagi dengan Felda. Memang peneroka dapat RM1,200 sebulan tapi itu hutang? Apa ni? Dah ada hakmilik sendiri ke atas ladang pun kena hutang lagi? Felda melantik kontraktor untuk mengusahakan ladang sawit itu. Kontraktor pula tak buat kerja dengan betul. Pokok kelapa sawit tidak dijaga dengan betul. Maka hasil sawit kureng. Sudahlah harga tan sawit tidak menentu. Kalau harga pasaran sawit naik itu okay lah. Tapi bila naik hingga RM700 1 tan kerajaan kenakan cukai untung lebih? Apa kejadahnya? Kalau harga sawit RM 100 tan? Ada Felda nak bantu?

Kebajikan masyarakat Felda tidak dijaga, hinggakan ada anak-anak peneroka terabai jadi penagih dadah. Apa tindakan Felda bagi menbendung masalah dadah di kalangan peneroka dan anak peneroka? Felda fikirkan hanya keuntungan yang boleh diperolehi hasil titik peluh dan penat lelah Peneroka.

Betul lah orang Felda kampung aku kata LKTP itu stands for Langkah Kerajaan Tipu Peneroka.

11 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

no comment sebab aku bukan anak felda

Zaidi Al-Kashafi said...

Kalau engkau seorang anak felda tentu engkau tahu penyelewengan, penipuan, penindasan, rasuah dan segala macam penyakit & serangan saraf telah berlaku sepanjang kami tinggal di Felda.

Semasa harga kelapa sawit mentah RN700 1 tan tahun lepas, kenapa peneroka-peneroka yang menyerahkan tanah mereka kepada Felda untuk tanaman semula hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan, manakala peneroka-peneroka yang membuat tanaman sendiri memperolehi antara RM5,000.00 hingga RM7,000.00 sebulan?

Kesian kat bapak aku.

shariza said...

Kashaf:

Laa. Banyak tu je ke dapat? Tak adil le gitu. My Hubby pun buat tanaman kelapa sawit tapi sendiri punya le. Memang untung berganda-ganda sebab buat kerja sendiri, baja sendiri, semua tanggung sendiri.

Kenapa FELDA buat camtu kat orang Melayu? Matlamat kan nak tolong orang Melayu. Kesian. kan.

Dulu2 tak tahu langsung masalah sosial kat FELDA tp lps my uncle jadi Ketua Polis Kota Tinggi baru le tahu macam2 masalah kat sana ye.

Zaidi Al-Kashafi said...

Eija,

Inilah keluhan anak FELDA. Memang banyak tu saja yang peneroka dapat semasa dalam tempoh proses tanam semula sementara nak tunggu serah semula kepada Peneroka usahakan sendiri. Memang tidak adil. Hutang tak habis-habis. My uncle di Sedeli Kota Tinggi pun ada mengusahakan ladang kelapa sawit sendiri seluas 20 ekar, ada pekerja 4 orang warga indonesia. Memang untung berganda-ganda bila harga sawit mahal. Bila harga sawit jatuh pun masih boleh survive.

Bukan FELDA yang buat macam gitu kat orang Melayu, tapi pihak yang di atas pentadbiran FELDA itu sendiri yang tak control, check and balance. Dulu, masa mula-mula nak masuk FELDA seseorang itu dikenakan syarat kena mendaftar jadi ahli parti UMNO. Kalau tak daftar, tak boleh masuk FELDA. Itu Bapak saya dan pakcik-pakcik peneroka FELDA kampung saya yang bercerita kat saya.

Memang pada asalnya matlamat penuubuhan FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) kan nak tolong orang Melayu. Tapi diorang nampak boleh “makan” peneroka2 ni semua, al-maklumlah kan kebanyakan Peneroka tidak sekolah tinggi mana pun. Pendapatan peneroka FELDA tidak menentu, bergantung kepada harga pasaran komoditi antarabangsa. Pegawai FELDA sudah ada gaji tetap bulanan tapi nak lebih. It is human nature to always want more.

Masalah sosial kat FELDA memang sudah ada sejak dulu lagi. Cuma tidak berapa didedahkan kat media massa.

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Kasap, aku cadangkan korang ikut langkah peneroka felda kemahang 3 kat tanah merah kelantan tu yang failkan saman against felda and they won on technical issue...now felda is appealing and the case is still pending at the court of appeal

Rozaimi Bin Mohd Said said...

bila pak mertua aku meninggal, adik2 ipar aku semuanya masih kecik lagi, so felda bagi 2 pilihan, samada nak usahakan sendiri dan boleh dapat keuntungan berlipat kali ganda atau serahkan pada felda (macam pajaklah) untuk uruskan tanaman dan felda akan bayar amaun tertentu setiap bulan. Maknanya, mengikut pemahaman aku, it is quite a fair arrangement sebab kalau kita nak lebih, kita usahakan sendiri tapi kalau nak kerja mudah (maknanya tak payah pening kepala nak fikirkan pasal pekerja, baja dll) kita serahkan aje pada felda...ke guaner?

Zaidi Al-Kashafi said...

Kepet,

Pada pendapat aku, kalau nak senang serahkan atau pajakkan ladang sawit/getah yang 10 ekar itu kepada Felda, biar Felda yang usahakan. Sebab kita dah sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Kalau nak usahakan sendiri ladang tu lebih baik berhenti kerja dan usahakan dengan sepenuh masa, baja, racun rumpai, menuai hasil, semuanya sendiri.

Dalam ladang tu juga boleh bela lembu secara komersil. Daun pelepah sawit boleh dijadikan makanan lembu itu. kalau diusahakan betul-betul memang income boleh kalahkan kerja makan gaji.

ustazshafiee said...

erm, patutla naik jerawat batu.. kes FELDA rupanya.. gi check tekanan darah cepat-cepat.

shariza said...

Kashaf:

Betul tu. Kalau tengok my Hubby la, income 2 kali sebulan drpd kelapa sawit ni. Bila harga kurang baik ni. masih lepas nak bayar pekerja2 dia. Baja pulak sendiri sebab ada baja taik ayam & baja silicon sendiri. Cubalah suggest kat your father guna baja silicon, memang elok. Kalau nak, boleh contact Eija. Pelepah2 pulak pas kat bapak mertua untuk makanan kambing, lembu & kerbau kat ladang dia. Tak membazir.

Tapi tulah kalau nak untung memang perah keringat sendiri. Respek kat my Hubby yang 100% city boy boleh usahakan ladang kelapa sawit tu coz mula2 untuk pulihkan dia sendiri yang buat bersama seorang pekerja je masa tu.

Murni Alfathunnisa said...

kashaf..baru sy tau rupa2nya hidup di tanah FELDA pun susah jugak. Biasa dengar orang FELDA semuanya senang2 belaka.

ajako said...

bukan ke owang kuat felda tu en usop nor, bekas owang kuat kusza? kalo ko mention ko x-student kusza maybe dia leh consider kot...anyway, yg slalu terpapar tu hanya sekelumit kebenaran sedangkan yg sebenarnya masih byk tersembunyi...