Monday, November 24, 2008

Kenangan mendaki Gunung Tebu






Aku masih ingat lagi pertama kali aku melibatkan diri dalam aktiviti lasak mendaki gunung ialah pada bulan Mei 1998. Gunung Tebu di Besut Terengganu. Masa tu aku dan kawan-kawan aku yang belajar di UIAM Terengganu di KUSZA termasuklah dekan/dean Associate Proffesor Dr Torla pun turut sama mendaki.

kami seramai lebih kurang 65 orang mendaki gunung Tebu di Besut Terengganu. Masa tu aku belum beli beg rucksack/haversack karrimor lagi. Kami guna beg askar PSTD KUSZA punya. Okaylah jugak beg tu. Masa tu dah rasa best lah pakai beg askar.

Aku masih ingat lagi, kami pergi dengan menaiki 2 buah bas KUSZA menuju ke Hutan Lipur Rekreasi Lata Belatan. Kami bertolak jam 2.00 pm. Sampai di Lata Belatan tu pada jam 5.00 pm.

Sesampainya kami di Lata Belatan itu, kami clearkan barang dalam bas. Setelah itu kami menuju ke campsite.





Tiba sahaja di campsite, kami ramai-ramai memasang khemah dome milik unit sukan dan rekreasi IIUM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). masa tu kami tak guna flying sheet macam hari ini. Selepas pasang khemah, kami pun memasak. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan ada seramai lebih kurang 7 orang (4 sisters, 3 brothers).

Kami masak dengan mestin, dan guna solid fuel atau lilin askar. Trekker /guide memasak dengan menggunakan stove dan gas. Alhamdulillah, masakan kami berjaya dimasak dan sedap dimakan.

Malamnya pulak diisi dengan acara/program ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr Zaid Mohamad, pensyarah kami. banyak juga ilmu bermanfaat yang kami dapat. Lepas habis tu semuanya masuk tidur




hari kedua


kami bangun pagi-pagi masak sarapan. lepas itu kami bersiap-siap kemas campsite clearkan. kami buat streching regangan otot mengikut arahan bro Rudiyanto, nanti taklah krem kaki tu.

9.00 am- kami semua dah kena start trekking. Aduh punyalah penatnya trekking… tapi tak tinggi mencanaklah bukit tu. Tiba di satu tempat nama Simpang Batu Tok Hasan kami berhenti rehat setelah beberapa jam berjalan. Tengok di depan ada bukit mencanak tak hingat punya.

Setelah sejam berehat, kami pun jalan lah lagi mendaki. perhhh pancit sey… hmm nasib baik sebelum ekspedisi ini kami buat latihan beramai- ramai setiap petang.

4.30 am - group runner sampailah di puncak Gunung Tebu. Di sini dah terasa sejuknya. kabus pun mula menebal. di atas ni banyak pokok ala- ala bonsai. kata trekker di sini banyak pokok jenis "cinnamaki". Setelah semuanya sampai di puncak, kami semua pun terus menuju ke campsite yang luas sungguh macam 2 kali size court volleyball.

Di puncak ini nak cari air kena turun sebelah lembah ada sikit air. Tapi air tu dalamnya ada berudu. ah ambil jerlah buat masak. Hari makin gelap. Sampai atas jer aku dan kawan aku memasak untuk dinner. masak ikut group lah beb. kat sinilah aku bertayammum untuk solat kerana tak cukup air.

Malam tu pun ada pengisian program. ada jer aktiviti yang okay jugaklah. Kami setiap group bergilir-gilir senteri berjaga malam ke pagi. Group aku jaga pukul 3.00 pagi. perhh sejuk sey.. rasa macam kat dalam iceberg atau pun ice box… heheheh.





hari ke-3


kami bangun pukul 6.30 pagi. terus solat subuh, then. Kami pergi ke atas batu flat yg muat untuk 40 org solat berjamaah. kami nak tengok sunrise. tapi malangnya kabus terlalu tebal, maka tak dapatlah kami lihat sunrise.

Pagi tu puas kami dibawa berjalan-jalan oleh trekker/guide ke Taman Bonsai di puncak Gunung Tebu. bersih jer macam ada orang jaga. atas tu ada macam-macam bentuk batu, ada bentuk pelana kuda, kepala gajah, dan macam-macam lagi lah. Puas dah kami bergambar.

10.30 am- kami pun turun dari puncak menuju ke campsite dekat Lata Belatan.

4.30 pm - kami pun sampailah di campsite itu dan bermalam di situ.




hari ke-4


Balik semula ke kampus lah….

4 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Kasap, seingat aku beg askar yang kita guna tu bukan pstd kusza punya tapi kita pinjam dri PGA (depan kusza)

Zaidi Al-Kashafi said...

Oh, iye ke? Barulah aku tahu. Masa kat KUSZA dulu aku pun pernah pinjam kompang dari PGA Kubang Badak tu. depan KUSZA.

ajako said...

ye ye betul. kat kusza sape tak ikut pi panjat gunung kire di luar lingkungan budak uia. huhu

Zaidi Al-Kashafi said...

Ada beberapa benda mistik terjadi semasa expedition tu...misteri..