Aku bersyukur kepada Allah kerana masih mengizinkan aku untuk terus merasai nikmatNya. Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah. Berkatilah hidupku. Janganlah engkau biarkan aku sesat di dunia ini ya Allah. Jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari semalam.
Di hari jadiku yang ke 35 ini, aku merasa sedih dan juga bahagia. Aku sedih kerana dengan bertambahnya usiaku berkurang juga umurku dan contract untuk tinggal di Bumi Allah tidak akan lama lagi. Semoga dipanjangkan umurku dalam kebaikan. Semoga murah rezekiku lagi diberkati. Semoga detik-detik waktu yang mendatang adalah kebahagiaan yang tak hilang. Semoga dengan bertambah usiaku akan bertambah imanku. Aku sedih kerana dengan usiaku yang sekarang ini aku belum dapat meraih apa yang aku cita-citakan dan memenuhi harapan kedua orang tua.
Aku juga merasa bahagia, aku hanya mampu berharap dengan bertambahnya usiaku bertambah juga kedewasaanku, aku juga merasa bahagia kerana selama ini masih ada yang memperhatikan aku, memberi dorongan dan sokongan untukku agar selangkah lebih maju. Dan yang tak akan dilupakan ialah doa dan ucapan selamat ulang tahun dari kawan-kawan terutama sekali dia, terima kasih sahabat atas semuanya, semoga kita dapat menjadi seperti apa yang kita cita-citakan. Insha Allah, ameen.
Tuesday, February 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)