Tuesday, February 1, 2011

Harapan di hari jadiku

Aku bersyukur kepada Allah kerana masih mengizinkan aku untuk terus merasai nikmatNya. Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah. Berkatilah hidupku. Janganlah engkau biarkan aku sesat di dunia ini ya Allah. Jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari semalam.

Di hari jadiku yang ke 35 ini, aku merasa sedih dan juga bahagia. Aku sedih kerana dengan bertambahnya usiaku berkurang juga umurku dan contract untuk tinggal di Bumi Allah tidak akan lama lagi. Semoga dipanjangkan umurku dalam kebaikan. Semoga murah rezekiku lagi diberkati. Semoga detik-detik waktu yang mendatang adalah kebahagiaan yang tak hilang. Semoga dengan bertambah usiaku akan bertambah imanku. Aku sedih kerana dengan usiaku yang sekarang ini aku belum dapat meraih apa yang aku cita-citakan dan memenuhi harapan kedua orang tua.

Aku juga merasa bahagia, aku hanya mampu berharap dengan bertambahnya usiaku bertambah juga kedewasaanku, aku juga merasa bahagia kerana selama ini masih ada yang memperhatikan aku, memberi dorongan dan sokongan untukku agar selangkah lebih maju. Dan yang tak akan dilupakan ialah doa dan ucapan selamat ulang tahun dari kawan-kawan terutama sekali dia, terima kasih sahabat atas semuanya, semoga kita dapat menjadi seperti apa yang kita cita-citakan. Insha Allah, ameen.

Thursday, January 13, 2011

Permata yang dicari -dehearty- (with lyrics)




~Permata Yang Dicari~ De Hearty

Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untuk ku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tuesday, January 4, 2011

Brothers - Harapanku Padamu Subur Kembali (Live)





~Harapan PadaMU Subur Kembali ~

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Monday, November 15, 2010

KOSONG TAPI BERISI

KOSONG TAPI BERISI
Image

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas pembalut hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan sangat manja, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ye.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti la sayang.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa kacau ayah…awal lagi ni ayah nak bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.! “Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sangat ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu simpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, Puteri isi lagi ye!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri. Sebagaimana kita memandang hidup demikianlah kehidupan kita Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”
(Al-Ankabut : 6)

Friday, November 5, 2010

Menjaga Hati...

Menjaga Hati...

Apabila kita sering menjaga hati orang lain.. kita terlupa yang hati kita sendiri kian terabai. Pada mulanya akan terasa biasa, lama kelamaan akan terasa sakit lalu terluka lantas berdarah... Tapi tidak mengapa.. selagi kita mampu untuk buatkan hati orang lain bahagia dengan penderitaan hati kita.. teruskanlah...

Kekadang kita mencuba untuk buat yang terbaik hanya untuk bahagiakan pemilik hati orang yang kita sayang... Namun terkadang kita menjadi terlupa.. adakah pemilik hati itu perlukan pengorbanan kita? tapi tidak mengapa.. sekurang-kurangnya kita telah pun mencuba..

akan tetapi hati kita akan menjadi semakin sayu bila tidak dihargai.. Hati kita pula akan kian sakit dan terluka.. haruskah kita teruskan untuk menjaga hati insan itu? sukar untuk kita memilih.. samada hati kita atau hati si dia..

Tapi itulah akan terjadi sebagai insan biasa.. insan kerdil yang hanya menurut fitrah kejadian manusia.. ingin menyayangi hati insan lain dan ingin insan lain menyayangi hati kita.. Jika kehidupan ini hanya satu perjalanan yang kosong..
mengapa Allah kurniakan kita hati.. dan hati itulah yang akan dinilai di sana nanti.. bersyukurlah jika hati kita telah menyayangi insan lain..

dengan menjaga hatinya... biarpun dia tidak pernah membalas..
namun cukuplah kita menyayanginya seikhlas hati...

Thursday, October 21, 2010

Tujuh Asas Disiplin Diri

Tujuh Asas Disiplin Diri

Tujuh perkara yang perlu dibahagikan sama rata apabila anda menguruskan masa seharian, bulanan dan tahunan adalah kerohanian, kekeluargaan, kesihatan, kewangan, kerjaya, perkhidmatan dan pendidikan.

Apabila melakukan konsep ini dengan sama rata, anda berpeluang membina kehidupan yang lebih seimbang. Sama anda seorang ibu atau ayah, pendidik, doktor, peniaga ataupun pelajar, konsep ini boleh digunakan oleh sesiapa saja yang ingin melaksanakan matlamat hidup mereka.

Apabila anda dapat mengimbangi ketujuh-tujuh perkara di atas, anda akan dapat merasakan kenikmatan yang berpanjangan menerusi konsep ini.

Kerohanian

Mereka yang mengamalkan konsep keseluruhan insan ini berpeluang beribadah. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai masa menghadiri ke kelas-kelas agama, mengaji al-Quran dan menentukan anak-anak dan ahli keluarga turut sama menyertainya. Malah, mereka mempunyai aspirasi dan moral yang tinggi iaitu suka menghulurkan bantuan dan sentiasa melakukan kerja-kerja amal. Mempunyai kadar toleransi yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah serta mempunyai pendirian yang teguh, antara perkara yang dapat dilalukan.

Kekeluargaan

Masa yang berkualiti adalah masa yang dihabiskan bersama suami atau isteri, anak-anak, ibu dan ayah serta adik-beradik. Mereka yang mengamalkan konsep ini mempunyai matlamat lebih mengutamakan kasih sayang, hormat-menghormati, ikhlas dan sentiasa membantu dalam apa jua masalah yang dihadapi. Apa yang penting, kejayaan yang dikongsi bersama kerana mereka tidak pernah tamak dengan segala kurniaan Allah.

Kesihatan

Kesihatan penting dalam kehidupan seseorang. Sekiranya kita bertenaga, banyak perkara dan matlamat yang boleh dilaksanakan. Paling penting ialah masa untuk bersenam. Selain menyihatkan badan, kita dapat meningkatkan minda yang cergas. Bagi yang mengamalkan konsep keseluruhan insan ini, dia seorang yang pandai membahagikan masa dan tahu tentang pemakanan yang sihat, diet dan gaya hidup yang positif.

Kewangan

Dari aspek kewangan, mereka yang mengamalkan konsep ini merupakan manusia yang pandai menghargai nikmat hidup, tidak kira besar atau kecil pendapatan mereka. Memandangkan mereka pandai menguruskan wang yang dimiliki, mereka juga sentiasa berkongsi semua keuntungan dengan ahli keluarga yang lain. Mereka juga bijak merancang dan melaksanakan rancangan-rancangan baru untuk proses penimbunan sambil mengekalkan modal untuk menjana pendapatan melalui perubahan kehidupan mereka.

Kerjaya

Dengan mengamalkan kod tata susila yang positif dan bekerja menuju ke arah produktiviti, konsep keseluruhan insan dapat mengajar seseorang mencari pengetahuan dan kemahiran melalui kerjaya mereka. Golongan ini gemar mengambil bahagian dan menyumbang kepada industri dan profesion masing-masing. Mereka juga mempunyai kelakuan yang profesional dalam menjalankan tugas harian.

Perkhidmatan

Pengamal konsep keseluruhan insan ini sentiasa menyumbang masa, tenaga dan kepimpinan serta kewangan kepada masyarakat, persatuan-persatuan bukan kerajaan, badan-badan amal dan institusi-institusi pendidikan secara sukarela tanpa mengharapkan keuntungan.

Pendidikan

Gemar hal melibatkan pemikiran dan kemahiran baru merupakan tabiat yang diamalkan golongan ini. Mereka juga suka mendapatkan idea-idea baru yang dapat membantu mereka dan keluarga memperbaiki taraf kehidupan yang diidam-idamkan.

Dengan mengamalkan konsep ini, kita akan mencapai kehidupan yang seimbang. Apabila semuanya dapat dilakukan dengan seimbang, ia bermakna kita juga akan mengecapi kebahagiaan menerusi kewangan, jasmani dan rohani. Apa saja dugaan yang dilalui, kita akan menempuhinya dengan tenang.

Sunday, June 27, 2010

borak petang...

borak petang...

Suatu hari di akhir tahun 80an, dua sahabat.. Seorang lelaki China (muallaf) dan seorang lelaki Melayu sedang berbual-bual...

Apek: Lu potong zaka ada bagut ka?

Ali: Manyak bagut. Kalu potong haa lu punya barang manyak bersih tau...

Apek: err ... wua kawan ada cakap, potong zaka aaahh.... manyak ploblem...

Ali: Apa ploblem ?

Apek: Manyak buang lui, lagi aahh ... dia punya performance tatak bagut, manyak cinang semput loh..

Ali: Cehh... apek, lu apa celita... wa suda lama potong. tada apa ploblem... bini wa manyak puas woo...

Apek: Lu potong zaka, lu mini puas ka?

Ali: Ya loo. Kalu sudah potong aahh... lagi sedap maen woo..

Apek: err... lu punya 1.3 atau 1.5??

Ali: woi apek cakap baik2 sikit ha .. wa punya 6 inci tau...

Apek: Ka nin naa... lu jgn maen-maen Laa... mana ada potong zaka 6 inci..

Ali: Cilaka apek ni... nah tengok (membuka zip seluar)

Apek: Chee sin punya olang...... gua tanya baik-baik ... lu tunjuk lu punya lanchiau..

Ali: Abis... lu tarak percaya.. wa tunjuk la..

Apek: Gua tatak tanya sama lu punya lanchiau... Gua tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. molo punya olang..

Ali: Aiya apek nie, lain kali sebut betul-betul la, kasi wua susah saja. Bukan potong zaka la..... Proton Saga



Wednesday, April 7, 2010

By the time ....

By the time:
Take time to think, it is a source of strength.
Take time to play, that is the secret of eternal youth,
Take time to pray, it is a source of comfort,
Take time to learn, that is the source of wisdom,
Take time to love and be loved, it is a privilege conferred upon by Allah,
Take time for friends, that is the way to happiness,
Take time to laugh, it is the heart throb of music,
Take the time to give, it is meant to feel alive,
Take time to work, it is the value of success,
Take time to worship, it is the key to heaven.

Monday, August 17, 2009

Gunung Bunga Buah 1-2 Ogos 2009

Gunung Bunga Buah 1-2 Ogos 2009

For the second time I join an expedition together with Latepackers on 1-2 August 2009 yang lepas. Kali ini Gunung Bunga Buah yang terletak di Genting Highland menjadi sasaran. Seramai 15 orang peserta menyertai ekspedisi kali ini. 12 lelaki dan 3 perempuan. 8 orang dari ARC UIA Kuantan, seorang dari ARC UIA Gombak, 4 orang dari Latepackers dan 2 orang dari Filipina. Actually I never really jogging as training for stamina to climb mount Bunga Buah. Nevertheless I still have the spirit of climbing.

1 Ogos 2009
Aku sampai di IIUM Gombak campus pada jam 12.15 tengahari. Kena menunggu kawan-kawan dari UIAM Kuantan sampai. Jam 12.45 mereka pun sampai.

At IIUM Gombak, waiting for members from IIUM Kuantan.


12.50: Kami terus menuju ke Hentian R&R Genting Sempah untuk makan tengahari. Jepah, Asker, Tokya dan Usop naik keretaku.

R&R Genting Sempah.


1.30 pm: Kami sampai di Hentian R&R Genting Sempah. Lakukan apa yang perlu.
2.15 pm: kami mulakan perjalanan ke Gohtong Jaya, Genting Highland. Jalan raya berliku-liku. Ini pertama kali aku memandu di jalan ini. Aku pandu keretaku dengan penuh berhati-hati.

Jam 3.00 petang kami sampai di Gohtong Jaya. Tokya bahagikan ration dan air mentah untuk dibawa ke puncak.

Gohtong Jaya.


4.00 pm: Kami mula mendaki dari kebun sayur. Tinggi mencanak juga trail itu. Nasib baik kali ini aku tidak muntah seperti trip tahun 2007 dulu.

4.30 petang kami sampai di jalan berturap tar. Jalan agak selesa kerana banyak mendatar. Naik pun cuma sikit-sikit saja. Aku ikut belakang trekker sehinggalah aku tertinggal ke belakang. Aku nampak pelbagai jenis bunga yang cantik di sepanjang perjalanan.

5.30 petang aku sampai di pintu rimba. Trekker dan group runner juga ada. Aku berehat di sini sebentar, sempat bergambar. Kawan-kawan ada yang kena bite by pacat. Tapi aku tidak kena pacat pun walaupun seekor.

5.45 pm: kami teruskan pendakian sehingga aku ditinggalkan berjalan sendirian di dalam hutan. Hari semakin lama semakin gelap. Nasib baik aku bawa lampu headlight. Aku layan trail itu ikut following my own pace aku sendiri. Perasaan cuak itu memang ada dalam diri. Namun aku cekalkan hati dan mindaku untuk teruskan langkah demi langkah menuju ke puncak.

Jam 7.40 malam Jay dan Usop sampai di belakangku. Usop tidak bawa lampu. Lantas aku berikan lampu headlight aku yang satu lagi kepada dia.

Jam 8.30 malam kami tiba di Gohtong view puncak batu. Jay jalan dulu, tinggalkan aku dan Usop. Aku sudah letih sangat. Nasib baik aku bawa side ration iaitu chocolate. Makan boleh meningkatkan suhu badan kita tau. Lepas makan dapatlah kami recharge tenaga untuk terus mendaki. Kedinginan waktu malam di hutan gunung membuatkan kami tidak betah berhenti rehat lama-lama.

10.00 malam: Aku dan Yusoff sampai di tapak perkhemahan puncak Gunung Bunga Buah. Kami merupakan kumpulan ketiga yang tiba di puncak. Sampai saja di campsite puncak aku terus cari tempat tidur. Suhu sunggguh sejuk hingga aku menggigil. Nasib baik aku tak mengalami hypothermia. Jadikan habit sampai saja di campsite, terus tukar baju yang bersih dan kering, pakai sweater yang bersesuaian (pakai bubble bundle lah kalau nak best), snow cap is very important untuk tutup telinga (kalau engkorang perasan tak telinga kita lebih sejuk dari badan), stokin, glove jangan lupa pakai, dan invest lah sikit untuk sleeping bag yang bagus dan bukan sleeping bag cap ayam. Lepas tu terus aku tidur lena. Ada juga 2 orang itu yang tidur di luar.

2 Ogos 2009
2.00 a.m: aku tersedar dari tidur. Tak dapat makan nasi kerana nasinya tidak masak dengan sempurna. Jadi nasi crunchy. Cuma makan daging masak kari saja. Cukuplah tu. Kumpulan terakhir iaitu Victor, John dan sweeper TokYa tiba pada pukul 3 pagi. They modified the rice become porridge. How creative they are!

3.30 a.m: pagi aku tertidur lagi. Namun demikian tidur yang agak terganggu apabila terdengar dengkuran diri sendiri dan rakan-rakan seketiduran. Snoring loudly like music on the mountain's peak.

6.30 a.m: Aku bangun tidur. woke up. Kabus sungguh tebal di puncak. Ada juga kawan-kawan yang sibuk nak tengok sunrise, but failed.

Seperti ekspedisi sebelum ini aku tak jadi tukang masak kerana sudah ada tukang yang masak yang lebih berkelayakan. Walaupun orang itu masak cincai-cincai saja, sedap jugak kerana kelaparan. Asal boleh saja. hahaha...

It's makan time!


Aku kelaparan. I was starving that time. Geledah di dapur jumpa pasta. Makan pasta alla carbonara bersama daging masak kari. Pergghh layan. Lepas tu Jay goreng cucur ikan bilis. Jepah pula masak beehoon goreng. Kenyang juga. Burrrppp.

Setelah semuanya selesai… barang dah kemas, fly dan kemah sudah diturunkan, baju sudah tukar dan bag sudah packed, kami semua sekali lagi menuju ke puncak untuk bergambar kenangan. Yelah mana lah tahu entah bila lagi nak datang ke sini. Kalau datang pun mungkin dengan teman yang lain pula.

Ada banyak juga kumpulan pendaki lain yang buat day trip to the top of mount Bunga Buah including a group of local chinese uncle and tourists from Japan. Power betul diorang tu.



12.00 pm: Kami mula turun dari puncak gunung. Aku lebih banyak berhenti berehat, sembang-sembang dan tidur. Jepah, Lutfi dan Usop sudah berjalan dahulu. Langkah kakiku aku agak terbatas kerana lutut dan betis mengalami sedikit kesakitan menyebabkan perjalanan turun menjadi agak lama. Jari kaki pula melecet. Sedang aku syok layan trail tu aku terdengar bunyi di dalam semak. Lalu aku berhenti. Rupa-rupanya Usop sedang buang air, dia suruh aku jalan dulu. Aku berjalan seorang diri lagi di dalam hutan.

Di Gohtong View. Stop and rest here for a while before continue climbing down.


3.30 pm: Aku sampai di pintu rimba. Lega rasanya apabila cuaca agak baik. Langkah demi langkah aku teruskan jua, jatuh tersungkur bangun semula.

4.00 pm: Aku berhenti lagi di jalan berturap tar itu. Makan snack power bar perisa pisang pemberian Ammar. Air minum semakin berkurang. Aku teruskan lagi perjalanan sambil menahan keperitan jari kaki yang melecet.

5.00 pm: Aku tiba di tempat permulaan iaitu di jalan berturap lama, jumpa Jepah dan Lutfi sedang lepak di situ. Sempat tidur lagi sementara menunggu orang di belakang.

5.30 pm: Kami terus turun menuju ke starting point kami di kebun sayur itu.
5.45 pm: kami sampai di bawah, nampak group yang pertama tadi sudah siap untuk bergerak pulang.
6.30 pm: Kami bergerak pulang ke UIAM Gombak.
7.30 pm: kami sampai di UIAM Gombak. Hantar Yusoff untuk ambil kereta di kampus UIA, dan turun kan Jepah di sini untuk balik bersama kawan-kawan yang lain pulang ke IIUM Kuantan. Aku tolong hantar Asker ke Mahallat Uthman.
7.30 pm: Aku sampai di rumah.

Terima kasih kepada Asker yang menjadi trekker pada ekspedisi kali ini.

Putting these hiking experience into real life perspective,
· the tracks (uphill, downhill, sometimes flat mendatar) are representing the challenges in life. You will sometimes feel happy, sometimes sad or disappointed or frustrated but you keep on moving.
· The peak is your objective that you want to achieve. Once you arrived at the peak, your hardwork are paid off & you know it worth all the effort.
· In achieving your objectives, you need your family & friends to motivate & support you. Without them, life are meaningless and dull!

p/s: What’s next? ... climbers never rest.