Monday, September 3, 2012

 
JIBRIL MENERANGKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI KEPADA RASULULLAH SAW..
Malaikat Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW....Malaikat Jibril; "Ya Muhammad, Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah diberikan-Nya kepada siapa pun sebelum mu ."

Rasulullah SAW ; "Hadiah apa itu wahai Jibril? Malaikat Jibril    ;  "Sifat sabar.Dan ada yang lebih baik dari itu."Rasulullah SAW ;   "Apa itu hai Jibrail?" 
Malaikat Jibril     ;  "Sifat Redha.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ;   "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril     ;   "Sifat Zuhud.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ;  "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril     ; "Sifat ikhlas.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW  ; "Apa itu hai Jibrail?" 
Malaikat Jibril     ; "Sifat yakin.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" tanya Baginda lagi.
Malaikat Jibril     ; "Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal,berserah diri sepenuhnya pada Allah Azza Wa Jalla."
Rasulullah SAW  ; "Apa itu tawakal kepada Allah hai Jibril?"
Malaikat Jibril     ; "Tawakal bererti engkau mengetahui bahawa selain Allah SWT ,tidak ada yang boleh mendatangkan sebarang kerugian atau manfaat,memberi atau melarang;dan engkau bersikap tidak menaruh harap pada selainNya. Apabila seorang hamba bersikap dan mempunyai sifat seperti ini maka dia tidak akan mengerjakan sesuatu melainkan kerana Allah SWT semata-mata. Dia tidak tamak memohon kecuali kepada Allah.Inilah yang dikatakan dengan TAWAKAL."
Rasulullah SAW ;  "Wahai Jibril,apa erti sifat sabar?."
Malaikat Jibril  ;  "Iaitu engkau bersabar di saat duka sebagaimana engkau sabar di saat bahagia;di saat miskin;di saat kaya;di saat menerima bencana, dan di saat sejahtera engkau tidak mengeluhkan keadaanmu kepada makhluk lain atas apa yang engkau terima dari ujian dan derita."


Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti sifat qana'ab berkecukupan?."
Malaikat Jibril  ; "Qana'ah ,bererti engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari duniamu;engkau merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur atas apa yang ala kadarnya."

Rasulullah SAW  ; "Wahai Jibril,apa erti redha ?."
Malaikat Jibril   ; "Orang yang redha adalah orang yang tidak murka pada tuannya,apakah dia memperolehi dunianya atau tidak;dan dia tidak rela dirinya menjalankan suatu tanggungjawab sekadarnya."
Rasulullah SAW   ; "Wahai Jibril,apa erti Zuhud ?."Malaikat Jibril     ; "Orang yang zuhud adalah dia yang mencintai orang yang cinta pada Khaliknya (Penciptanya), benci pada orang yang membenci Khaliknya, bersikap berhati-hati dari bahagian dunia yang halal,dan tidak menoleh pada bahagian yang haram. Kerana, yang halalnya pasti akan dihisab dan yang haramnya akan dihukum. Dia kasih kepada seluruh kaum Muslimin seperti halnya dia kasih pada dirinya. Dia bersikap waspada ketika berbicara sebagaimana dia menghindar dari bangkai yang sangat busuk baunya. Dia berhati-hati dari tipu daya dunia dan keindahannya sebagaimana dia menghindari api dari melahapnya.Dia tidak berangan-angan panjang dan menganggap seakan ajalnya sudah berada di hadapan matanya."
Rasulullah SAW  ; "Wahai Jibril , apa erti ikhlas?."
Malaikat Jibril   ; "Orang ikhlas adalah dia yang tidak memohon dari manusia lain, tapi berusaha keras sampai dia memperolehi cita-citanya;apabila dia telah memperolehinya,dia akan rela.Jika masih ada sesuatu yang tersisa di tangannya,dia akan memberinya kerana Allah SWT semata-mata.Orang yang tidak memohon dari makhluk,bererti dia telah menyatakan sikap ubudiyyab (kehambaan) kepada Allah Azza Wajalla.Jika dia memperolehinya lalu dia rela,bererti dia telah rela pada Allah SWT dan Allah AWT juga rela padanya.Apabila dia memberi semata-mata kerana ALLAH Azza Wajalla,maka dia memberinya dengan penuh keyakinan akan janji-Nya."
Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti yakin ?."
Malaikat Jibril    ;   "Orang yakin adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan dia melihat-Nya.Sekalipun dia tidak melihat Allah,namun Allah SWT melihatnya.Dia yakin bahawa apa yang terjadi padanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadi pada dirinya adalah bukan bahagiannya.SEMUA ITU ADALAH RANTING-RANTINGNYA TAWAKAL DAN TANGGA MENUJU SIFAT ZUHUD.. "

Sunday, February 26, 2012

Kepelbagaian Dalam Persahabatan

Kepelbagaian Dalam Persahabatan

Assalamualaikum....

Tahu tak apa yang di maksudkan dengan
1) Sahabat....???
&
2) Kawan..... ???

Asalnya Sahabat adalah dari Berkawan... kemudian, untuk menjadi Sahabat... kenalah berkawan dulu... berkawan tuh... bukannya sehari dua, sebulan dua........ tapi makan hari... makan bulan... dan ada juga yang makan tahun........... dan bukannya setakat soreh-soreh, gelak tawa,
menangis, susah senang dan berdebat berdegar-degar... tapi mau kenal hati budi dan kalau mampu sampai ke salasilah dia........ itulah baru dikata Sahabat.... dan tak semestinya Sahabat tuh mengikut aja apa kata kita....... ... Kalau betul-betul Sahabat... dia akan menegur apa
yang baik dan apa yang buruk... demi Sahabat..... dan tidak akan berasa malu untuk meminta maaf andainya... ada membuat kesalahan... dan bersedia menerima teguran andainya ditegur.....


Susah sebenarnya untuk mencari Sahabat ni... tapi TAK SUSAH untuk menjadikan KAWAN sebagai SAHABAT.... sekirannya kita pandai menyesuaikan diri dan cuba memahami konsep berkawan... dan pandai menjaga batas - batas kita sebagai orang tua / orang muda... jangan
ikut sedap mulut....

Bak kata pepatah.. Ikut Rasa.... BINASA, Ikut Hati... MATI....

Oleh itu janganlah .... begitu mudah membuat "judgement" terhadap orang lain.... selagi tidak mengenal erti SAHABAT......

So sampai sini aja... pandai-pandailah membawa diri...kalau hendak berkawan dan seterusnya menjadi SAHABAT.

So apasalahnya kalau kita baca lagi.... Untuk menambahkan lagi kefahaman mengenai Sahabat yang baik....

Orang Islam itu saudara bagi orang yang lain. Oleh itu, setiap orang Islam tidak boleh menganiaya, menghina dan membiarkan saudanya terjerumus dalam kehinaan. Barangsiapa berusaha untuk memenuhi hajat keperluan saudaranya maka Allah pun akan menunaikan hajatnya. Dan barangsiapa menyediakan kelapangan bagi kesusahan seseorang muslim, nescaya Allah akan melapangkan kesusahannya di Hari Akhirat kelak. Dan barangsiapa menutup keaiban seseorang muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di Hari Akhirat dan barangsiapa melenyapkan seseorang muslim dari kesusahan dunia, maka Allah akan melenyapkan daripadanya sesuatu kesukaran dari kesusahan Akhirat.

Sahabat yang baik adalah apabila kamu melihat tingkah lakunya, terasa ketenangan dalam hatimu. Apabila kamu mendengar percakapnnya, dia mendorong kamu kepada kebaikan. Dan yang penting sekali, apabila kamu melihat kepada kehidupannya, kamu akan ingat kepada kekuasaan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.

Oleh itu, dalam pergaulan kita sehari-hari dengan sahabat kita, yang penting sekali niatkan bersahabat ikhlas kerana Allah. Kita hendaklah sentiasa bersangka baik kepada sahabat kita, sentiasa memberikan senyuman (bermanis muka) dan sentiasa bertolak-ansur dalam perkara
yang kita suka dan sebaliknya.

Wasalam...

:) Ikhlas & masih bertanya layakkah aku menjadi seorang yang di gelar Sahabat?

Sunday, June 12, 2011

Rahsia Cemerlang Dalam Pergaulan

Rahsia Cemerlang Dalam Pergaulan


Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan.Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.
11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

Tuesday, February 1, 2011

Harapan di hari jadiku

Aku bersyukur kepada Allah kerana masih mengizinkan aku untuk terus merasai nikmatNya. Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah. Berkatilah hidupku. Janganlah engkau biarkan aku sesat di dunia ini ya Allah. Jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari semalam.

Di hari jadiku yang ke 35 ini, aku merasa sedih dan juga bahagia. Aku sedih kerana dengan bertambahnya usiaku berkurang juga umurku dan contract untuk tinggal di Bumi Allah tidak akan lama lagi. Semoga dipanjangkan umurku dalam kebaikan. Semoga murah rezekiku lagi diberkati. Semoga detik-detik waktu yang mendatang adalah kebahagiaan yang tak hilang. Semoga dengan bertambah usiaku akan bertambah imanku. Aku sedih kerana dengan usiaku yang sekarang ini aku belum dapat meraih apa yang aku cita-citakan dan memenuhi harapan kedua orang tua.

Aku juga merasa bahagia, aku hanya mampu berharap dengan bertambahnya usiaku bertambah juga kedewasaanku, aku juga merasa bahagia kerana selama ini masih ada yang memperhatikan aku, memberi dorongan dan sokongan untukku agar selangkah lebih maju. Dan yang tak akan dilupakan ialah doa dan ucapan selamat ulang tahun dari kawan-kawan terutama sekali dia, terima kasih sahabat atas semuanya, semoga kita dapat menjadi seperti apa yang kita cita-citakan. Insha Allah, ameen.

Thursday, January 13, 2011

Permata yang dicari -dehearty- (with lyrics)




~Permata Yang Dicari~ De Hearty

Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untuk ku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tuesday, January 4, 2011

Brothers - Harapanku Padamu Subur Kembali (Live)





~Harapan PadaMU Subur Kembali ~

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Monday, November 15, 2010

KOSONG TAPI BERISI

KOSONG TAPI BERISI
Image

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas pembalut hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan sangat manja, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ye.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti la sayang.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa kacau ayah…awal lagi ni ayah nak bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.! “Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sangat ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu simpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, Puteri isi lagi ye!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri. Sebagaimana kita memandang hidup demikianlah kehidupan kita Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”
(Al-Ankabut : 6)

Friday, November 5, 2010

Menjaga Hati...

Menjaga Hati...

Apabila kita sering menjaga hati orang lain.. kita terlupa yang hati kita sendiri kian terabai. Pada mulanya akan terasa biasa, lama kelamaan akan terasa sakit lalu terluka lantas berdarah... Tapi tidak mengapa.. selagi kita mampu untuk buatkan hati orang lain bahagia dengan penderitaan hati kita.. teruskanlah...

Kekadang kita mencuba untuk buat yang terbaik hanya untuk bahagiakan pemilik hati orang yang kita sayang... Namun terkadang kita menjadi terlupa.. adakah pemilik hati itu perlukan pengorbanan kita? tapi tidak mengapa.. sekurang-kurangnya kita telah pun mencuba..

akan tetapi hati kita akan menjadi semakin sayu bila tidak dihargai.. Hati kita pula akan kian sakit dan terluka.. haruskah kita teruskan untuk menjaga hati insan itu? sukar untuk kita memilih.. samada hati kita atau hati si dia..

Tapi itulah akan terjadi sebagai insan biasa.. insan kerdil yang hanya menurut fitrah kejadian manusia.. ingin menyayangi hati insan lain dan ingin insan lain menyayangi hati kita.. Jika kehidupan ini hanya satu perjalanan yang kosong..
mengapa Allah kurniakan kita hati.. dan hati itulah yang akan dinilai di sana nanti.. bersyukurlah jika hati kita telah menyayangi insan lain..

dengan menjaga hatinya... biarpun dia tidak pernah membalas..
namun cukuplah kita menyayanginya seikhlas hati...

Thursday, October 21, 2010

Tujuh Asas Disiplin Diri

Tujuh Asas Disiplin Diri

Tujuh perkara yang perlu dibahagikan sama rata apabila anda menguruskan masa seharian, bulanan dan tahunan adalah kerohanian, kekeluargaan, kesihatan, kewangan, kerjaya, perkhidmatan dan pendidikan.

Apabila melakukan konsep ini dengan sama rata, anda berpeluang membina kehidupan yang lebih seimbang. Sama anda seorang ibu atau ayah, pendidik, doktor, peniaga ataupun pelajar, konsep ini boleh digunakan oleh sesiapa saja yang ingin melaksanakan matlamat hidup mereka.

Apabila anda dapat mengimbangi ketujuh-tujuh perkara di atas, anda akan dapat merasakan kenikmatan yang berpanjangan menerusi konsep ini.

Kerohanian

Mereka yang mengamalkan konsep keseluruhan insan ini berpeluang beribadah. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai masa menghadiri ke kelas-kelas agama, mengaji al-Quran dan menentukan anak-anak dan ahli keluarga turut sama menyertainya. Malah, mereka mempunyai aspirasi dan moral yang tinggi iaitu suka menghulurkan bantuan dan sentiasa melakukan kerja-kerja amal. Mempunyai kadar toleransi yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah serta mempunyai pendirian yang teguh, antara perkara yang dapat dilalukan.

Kekeluargaan

Masa yang berkualiti adalah masa yang dihabiskan bersama suami atau isteri, anak-anak, ibu dan ayah serta adik-beradik. Mereka yang mengamalkan konsep ini mempunyai matlamat lebih mengutamakan kasih sayang, hormat-menghormati, ikhlas dan sentiasa membantu dalam apa jua masalah yang dihadapi. Apa yang penting, kejayaan yang dikongsi bersama kerana mereka tidak pernah tamak dengan segala kurniaan Allah.

Kesihatan

Kesihatan penting dalam kehidupan seseorang. Sekiranya kita bertenaga, banyak perkara dan matlamat yang boleh dilaksanakan. Paling penting ialah masa untuk bersenam. Selain menyihatkan badan, kita dapat meningkatkan minda yang cergas. Bagi yang mengamalkan konsep keseluruhan insan ini, dia seorang yang pandai membahagikan masa dan tahu tentang pemakanan yang sihat, diet dan gaya hidup yang positif.

Kewangan

Dari aspek kewangan, mereka yang mengamalkan konsep ini merupakan manusia yang pandai menghargai nikmat hidup, tidak kira besar atau kecil pendapatan mereka. Memandangkan mereka pandai menguruskan wang yang dimiliki, mereka juga sentiasa berkongsi semua keuntungan dengan ahli keluarga yang lain. Mereka juga bijak merancang dan melaksanakan rancangan-rancangan baru untuk proses penimbunan sambil mengekalkan modal untuk menjana pendapatan melalui perubahan kehidupan mereka.

Kerjaya

Dengan mengamalkan kod tata susila yang positif dan bekerja menuju ke arah produktiviti, konsep keseluruhan insan dapat mengajar seseorang mencari pengetahuan dan kemahiran melalui kerjaya mereka. Golongan ini gemar mengambil bahagian dan menyumbang kepada industri dan profesion masing-masing. Mereka juga mempunyai kelakuan yang profesional dalam menjalankan tugas harian.

Perkhidmatan

Pengamal konsep keseluruhan insan ini sentiasa menyumbang masa, tenaga dan kepimpinan serta kewangan kepada masyarakat, persatuan-persatuan bukan kerajaan, badan-badan amal dan institusi-institusi pendidikan secara sukarela tanpa mengharapkan keuntungan.

Pendidikan

Gemar hal melibatkan pemikiran dan kemahiran baru merupakan tabiat yang diamalkan golongan ini. Mereka juga suka mendapatkan idea-idea baru yang dapat membantu mereka dan keluarga memperbaiki taraf kehidupan yang diidam-idamkan.

Dengan mengamalkan konsep ini, kita akan mencapai kehidupan yang seimbang. Apabila semuanya dapat dilakukan dengan seimbang, ia bermakna kita juga akan mengecapi kebahagiaan menerusi kewangan, jasmani dan rohani. Apa saja dugaan yang dilalui, kita akan menempuhinya dengan tenang.