Tuesday, March 31, 2009

40 nasihat Saidina Ali

40 nasihat Saidina Ali Bin Abi Talib Karamallahu Wajhah.

Berikut adalah 40 nasihat Saidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya (hatinya) yang mana adalah sekeping daging

4. Mereka yang bersifat pertengahan (sederhana) dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :
- mereka yang mengenal Allah SWT
- mereka yang mencari kebenaran
- mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah SWT

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.

21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya

23. Seorang yang membantu adalah sayap bagi seorang yang meminta

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada nafsu syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang berhasad dengki marah kepada orang tidak berdosa

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu perhambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah SWT dengan bersedekah

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah SWT akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."

(Sahih Muslim)

Friday, March 27, 2009

Full & Empty

"In a full heart there is room for everything, and in an empty heart there is room for nothing."

Thursday, March 26, 2009

Kisah Pengantin dan Pegawai TNB

Kisah Pengantin dan Pegawai TNB

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.



Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad ker?" "Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab: "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"



Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Releks puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.



Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang.

"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa 'potong' encik punya...."

Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"



Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."



Nokia 6610i.


Nokia 6610i.

Sudah 5 tahun aku guna handphone ini. Tak pernah rosak pun. Guna dengan cermat. Niat di hati nak beli handphone baru yang lebih canggih, tapi aku masih sayangkan handphone ini yang banyak berjasa. Ada sentimental value.

Friday, March 20, 2009

Aku Anak FELDA.

Aku Anak FELDA.

Sebenarnya aku ni bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Semenjak keluarga kami berpindah ke tanah rancangan Felda pada tahun 1979 barulah berubah sikit hidup. Mula-mula memang susah, rumah kecil cuma 1 bilik saja. Tak ada air paip terus ke rumah. Paip di tepi jalan kena kongsi dengan 3 ke 4 keluarga lain. Tak ada bekalan elektrik. Bila malam pakai lampu lantern pam yang guna minyak tanah. Jalan pun tidak berturap. Berhutang lagi dengan Felda. Hutangnya memakan masa 25 tahun baru dapat hakmilik ladang 10 ekar dan tapak rumah seluar ¼ ekar.

Bila sawit dah tua ditebang dan ditanam semula, kena berhutang lagi dengan Felda. Memang peneroka dapat RM1,200 sebulan tapi itu hutang? Apa ni? Dah ada hakmilik sendiri ke atas ladang pun kena hutang lagi? Felda melantik kontraktor untuk mengusahakan ladang sawit itu. Kontraktor pula tak buat kerja dengan betul. Pokok kelapa sawit tidak dijaga dengan betul. Maka hasil sawit kureng. Sudahlah harga tan sawit tidak menentu. Kalau harga pasaran sawit naik itu okay lah. Tapi bila naik hingga RM700 1 tan kerajaan kenakan cukai untung lebih? Apa kejadahnya? Kalau harga sawit RM 100 tan? Ada Felda nak bantu?

Kebajikan masyarakat Felda tidak dijaga, hinggakan ada anak-anak peneroka terabai jadi penagih dadah. Apa tindakan Felda bagi menbendung masalah dadah di kalangan peneroka dan anak peneroka? Felda fikirkan hanya keuntungan yang boleh diperolehi hasil titik peluh dan penat lelah Peneroka.

Betul lah orang Felda kampung aku kata LKTP itu stands for Langkah Kerajaan Tipu Peneroka.

Thursday, March 19, 2009

Jerawat Batu

Aduh, jerawat tumbuh di dahi aku pula. Patutlah, suhu badan aku panas melampau sejak minggu lepas, mungkin peredaran darah di tubuh badanku tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Mungkin juga aku stress dan kurang tidur.

Macamana cara nak cepat hilangkan jerawat?

Monday, March 16, 2009

راس ماچم نق دمم

ده سميڠڬو اكو راس تق سداڤ بادن راس ماچم نق دمم تاڤي ماسيه بلوم سمبوه. اكو مالس نق امبيل چوتي ساكيت كران كرجا د ڤجابت اد باڽق يڠ ڤرلو دسلسايكن. د هوجوڠ ميڠڬو ڤون اكو كنا كرجا جومڤا ڤمبلي رومه اونتوق تنداتانڬن ڤرجنجين جوال بلي رومه درڤد ڤماجو ڤرومهن د بندر كينرارا. سجق اخير-اخير اين ستياڤ ڤتڠ مستي هوجن. ڤتڠ ني لڤس وقتو ڤجابت ڤون اد اورڠ نق تنداتاڠن دوكومن سكوريتي.

Sunday, February 22, 2009

to love

“..to love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, but to be loved by Allah is everything…”

Thursday, February 19, 2009

Arus Dunia

ARUS DUNIA


Ke mana arah tuju

Muslimin dan Muslimat

Di era dunia masa kini

Yang terus dilandai

Arus kejahilan

Yang kian hampir

Menghanyut manusia

Yang kian lemah iman di dada


Kita tercari-cari

Di mana harga diri

Umat Islam di hari ini

Rela menjual

Aqidah sejati

Tergadai iman

Inginkan sanjungan

Yang bersifat keduniaan


Oh mengapa manusia

Terus memburu dunia

Sedangkan ia hanya sementara

Di dunia yang fana

Ingin mengecap bahgia

Yang tidakkan kekal lama

Sedangkan ia hanyalah

Cobaan dari Yang Kuasa


Tanamkanlah di dalam diri

Semangat dan iltizam hakiki

Agar Islam akan terus gemilang

Marilah kita sama membuktikan

kita adalah umat pilihan

Panji Islam akan tinggi menjulang

Kita adalah umat yang cemerlang.


Lagu : Zaidi Bin Mohamed

Lirik: Mohd Shafie Hamzah

اروس دنيا


ك مان اره توجو
مسلمين دان مسلمات
د ايرا دنيا ماس كيني
يڠ تروس دلنداي
اروس كجاهيلن
يڠ كين همڤير
مڠهاڽوت مأنسي
يڠ كين لمه ايمان د دادا


كيت ترچاري-چاري
د مان هرڬ ديري
اومت اسلام د هاري اين
ريلا منجوال
عقيدة سجاتي
ترڬاداي ايمان
ايڠينكن سانجوڠن
يڠ برصفة كدونياان


اوه مڠاڤ مأنسي
تروس ممبورو دنيا
سداڠكن اي هاڽ سمنتارا
د دنيا يڠ فانا
ايڠين مڠچڤ بهڬيا
يڠ تيدقكن ككال لاما
سداڠكن اي هاڽله
چوبأن دري يڠ كواس


تانمكنله د دالم ديري
سماڠت دان التيزم هاكيكي
اڬر اسلام اكن تروس ڬيميلڠ
ماريله كيت سام ممبوقتيكن
كيت اداله اومت ڤيليهن
ڤنجي اسلام اكن تيڠڬي منجولڠ
كيت اداله اومت يڠ چمرلڠ.


لاڬو : زيدي بن محمد
ليريق: محمد شافعي حمزه

Tuesday, February 17, 2009

CETUSAN KEYAKINAN

CETUSAN KEYAKINAN

Walaupun jauh perjalanan ini,
Tabahkanlah diri di atas segalanya,
walau cabaran membawa dugaannya,
Berusahalah capai segala citamu,

Teruskan perjalanan dengan keyakinan,
tanpa kekalahan menempuh ujian,
satu pengorbanan ke arah impian,
impian yang membawa satu pengertian,

Ingatkan Allah, pohon keyakinan,
bertawakallah dalam segala urusan,
teguhkan dirimu dalam mengharunginya,
semoga segalanya diberkati Allah,

Biar apapun yang datang menghalangi
iringkan bersama kesabaran di jiwa
semoga impian menjadi kenyataan
akhirnya berputik kebahgiaan

Ya Allah.... Ya Allah.. Ya Allah.....

Lagu : Zaidi Bin Mohamed
Lirik : Zaidi Bin Mohamed

چتوسن كيقينن

والاوڤون جاوه ڤرجالنن اين،
تابهكنله ديري د اتس سڬالاڽ،
والاو چابرن ممباوا دوڬانڽ،
بروسهاله چاڤاي سڬالا چيتامو،

تروسكن ڤرجالنن دڠن كيقينن،
تنڤا ككالاهن منمڤوه اوجين،
ساتو ڤڠوربانن ك اره ايمڤين،
ايمڤين يڠ ممباوا ساتو ڤڠرتين،

ايڠتكن الله، ڤوهون كيقينن،
برتوك الله دالم سڬالا اوروسن،
تڬوهكن ديريمو دالم مڠهاروڠينيا،
سموڬ سڬالاڽ دبركتي الله،

بيار اڤڤون يڠ داتڠ مڠهالڠي
ايريڠكن برسام كصبرن د جيوا
سموڬ ايمڤين منجادي كڽاتأن
اخيرڽ برڤوتيق كبهڬيءن

يا الله.... يا الله.. يا الله.....