Sunday, February 22, 2009

to love

“..to love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, but to be loved by Allah is everything…”

Thursday, February 19, 2009

Arus Dunia

ARUS DUNIA


Ke mana arah tuju

Muslimin dan Muslimat

Di era dunia masa kini

Yang terus dilandai

Arus kejahilan

Yang kian hampir

Menghanyut manusia

Yang kian lemah iman di dada


Kita tercari-cari

Di mana harga diri

Umat Islam di hari ini

Rela menjual

Aqidah sejati

Tergadai iman

Inginkan sanjungan

Yang bersifat keduniaan


Oh mengapa manusia

Terus memburu dunia

Sedangkan ia hanya sementara

Di dunia yang fana

Ingin mengecap bahgia

Yang tidakkan kekal lama

Sedangkan ia hanyalah

Cobaan dari Yang Kuasa


Tanamkanlah di dalam diri

Semangat dan iltizam hakiki

Agar Islam akan terus gemilang

Marilah kita sama membuktikan

kita adalah umat pilihan

Panji Islam akan tinggi menjulang

Kita adalah umat yang cemerlang.


Lagu : Zaidi Bin Mohamed

Lirik: Mohd Shafie Hamzah

اروس دنيا


ك مان اره توجو
مسلمين دان مسلمات
د ايرا دنيا ماس كيني
يڠ تروس دلنداي
اروس كجاهيلن
يڠ كين همڤير
مڠهاڽوت مأنسي
يڠ كين لمه ايمان د دادا


كيت ترچاري-چاري
د مان هرڬ ديري
اومت اسلام د هاري اين
ريلا منجوال
عقيدة سجاتي
ترڬاداي ايمان
ايڠينكن سانجوڠن
يڠ برصفة كدونياان


اوه مڠاڤ مأنسي
تروس ممبورو دنيا
سداڠكن اي هاڽ سمنتارا
د دنيا يڠ فانا
ايڠين مڠچڤ بهڬيا
يڠ تيدقكن ككال لاما
سداڠكن اي هاڽله
چوبأن دري يڠ كواس


تانمكنله د دالم ديري
سماڠت دان التيزم هاكيكي
اڬر اسلام اكن تروس ڬيميلڠ
ماريله كيت سام ممبوقتيكن
كيت اداله اومت ڤيليهن
ڤنجي اسلام اكن تيڠڬي منجولڠ
كيت اداله اومت يڠ چمرلڠ.


لاڬو : زيدي بن محمد
ليريق: محمد شافعي حمزه

Tuesday, February 17, 2009

CETUSAN KEYAKINAN

CETUSAN KEYAKINAN

Walaupun jauh perjalanan ini,
Tabahkanlah diri di atas segalanya,
walau cabaran membawa dugaannya,
Berusahalah capai segala citamu,

Teruskan perjalanan dengan keyakinan,
tanpa kekalahan menempuh ujian,
satu pengorbanan ke arah impian,
impian yang membawa satu pengertian,

Ingatkan Allah, pohon keyakinan,
bertawakallah dalam segala urusan,
teguhkan dirimu dalam mengharunginya,
semoga segalanya diberkati Allah,

Biar apapun yang datang menghalangi
iringkan bersama kesabaran di jiwa
semoga impian menjadi kenyataan
akhirnya berputik kebahgiaan

Ya Allah.... Ya Allah.. Ya Allah.....

Lagu : Zaidi Bin Mohamed
Lirik : Zaidi Bin Mohamed

چتوسن كيقينن

والاوڤون جاوه ڤرجالنن اين،
تابهكنله ديري د اتس سڬالاڽ،
والاو چابرن ممباوا دوڬانڽ،
بروسهاله چاڤاي سڬالا چيتامو،

تروسكن ڤرجالنن دڠن كيقينن،
تنڤا ككالاهن منمڤوه اوجين،
ساتو ڤڠوربانن ك اره ايمڤين،
ايمڤين يڠ ممباوا ساتو ڤڠرتين،

ايڠتكن الله، ڤوهون كيقينن،
برتوك الله دالم سڬالا اوروسن،
تڬوهكن ديريمو دالم مڠهاروڠينيا،
سموڬ سڬالاڽ دبركتي الله،

بيار اڤڤون يڠ داتڠ مڠهالڠي
ايريڠكن برسام كصبرن د جيوا
سموڬ ايمڤين منجادي كڽاتأن
اخيرڽ برڤوتيق كبهڬيءن

يا الله.... يا الله.. يا الله.....

Saturday, February 14, 2009

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"


Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini - ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Friday, February 6, 2009

Jangan menderhaka kepada Raja segala Raja

Orang Islam (Melayu) yang tak tutup aurat dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang tak sembahyang dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang berjudi, minum arak dan berzina derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang rasuah, salah guna kuasa dikira derhaka kepada Raja segala Raja

Raja kepada segala Raja, segala Sultan adalah ALLAH yang MAHA AGUNG

Derhaka kepada ALLAH , hukumnya kufur kepada perintah ALLAH. Tetapi Raja kepada segala Raja adalah Maha Adil , Maha Pengasih, Maha Penyayang, orang yang derhaka kepada ALLAH masih dibenarkan hidup mencari rezeki di muka bumi kepunyaan Raja segala Raja.

Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah, itu sahajalah satu-satunya jalan penyelesaian untuk umat Islam atas segala kemelut di muka bumi ini.


اورڠ اسلام ﴿ملايو﴾ يڠ تق توتوڤ عورة دكيرا درهاك كڤد راج سڬالا راج
اورڠ اسلام ﴿ملايو﴾ يڠ تق سمبهيڠ دكيرا درهاك كڤد راج سڬالا راج
اورڠ اسلام ﴿ملايو﴾ يڠ برجودي، مينوم ارق دان برزنا درهاك كڤد راج سڬالا راج
اورڠ اسلام ﴿ملايو﴾ يڠ رسواه، ساله ڬونا كواس دكيرا درهاك كڤد راج سڬالا راج

راج كڤد سڬالا راج، سڬالا سلطان اداله الله يڠ مها اڬوڠ

درهاك كڤد الله ، حكومڽ كوفور كڤد ڤرينته الله. تتاڤي راج كڤد سڬالا راج اداله مها عاديل ، مها ڤڠاسيه، مها ڤڽايڠ، اورڠ يڠ درهاك كڤد الله ماسيه دبنركن هيدوڤ منچاري رزقي د موك بومي كڤوڽان راج سڬالا راج.

كمباليله كڤدالقرءان دان اس سنه، ايت سهاجله ساتو-ساتوڽ جالن ڤڽلساين اونتوق اومت اسلام اتس سڬالا كملوت د موك بومي اين.

Thursday, February 5, 2009

٠ سيتواسي للاكي يڠ هاروس وانيتا فهمي

١٠ سيتواسي للاكي يڠ هاروس وانيتا فهمي


١. بيلا سي دي سيبوق. جاڠن ڤولا كامو ترهيڬيه-هيڬيه ممينتا سي دي منجمڤوت كامو د تمڤت كرجا اتاوڤون منماني كامو ڤرڬي ممبلي-بله.

٢. بيلا سي دي ايڬو. جاڠن سسكالي كامو ممڤرسوالكن تنتڠ كايڬوان بيلا سيكڤ سبڬيني سداڠ مڠواساءي ديريڽ. للاكي امت ڤايه اونتوق مڠاكوي ديريڽ ايڬو سباليقڽ برڤنداڤت اياڽ كتڬسن.

٣. بيلا سي دي رومنتيق. اجكله سي دي برسيار-سيار د تڤي ڤنتاي اتاوڤون ماكن مالم د باوه چهاي ليلين سمبيل مڠنڠي ساعت-ساعت مانيس ڤرتموان ڤرتام دان جاڠن لوڤا سليت سكالي ڤرانچڠن اونتوق ماس دڤن برسام.

٤. بيلا سي دي ڤانس بارن.. جاڠن ممبوات سسواتو يڠ بوليه مڽمارقكن لاڬي ڤراسان مارهڽ. چوبا كامو برديام ديري دولو سمڤأي كمارهن ردا.

٥. بيلا سي دي ڤنت. جاڠن مڠادو ڤركارا اتاوڤون برچريتا تنتڠ حال يڠ ريميه. دالم ساعت سبڬيني سي دي هاڽ ڤرلو ريحت يڠ سچوكوڤڽ دان جاڠن ممقسا دي ممبوات سسواتو يڠ بوليه منمبه كڤناتن.

٦. بيلا سي دي ڤنتيڠكن ديري سنديري. چوبا برتروس-ترڠ دان ملوهكن راس تيدق ڤواس هاتي كامو تنتڠ سيكڤڽ ايت. كامو ڤاتوت برسيكڤ تربوك دان ممينتاڽ سوڤاي مڠيمباڠي ڤنداڤت كامو جوڬ. جاڠن لوڤا اونتوق برتوليرنسي انتارا ساتو سام لاين.

٧. بيلا سي دي مڠوڠكوڠ. كالاو كامو ممبرونتق، ڤستي اكن دمارهيڽ. تاڤي كالاو منوروت ساج كاتڽ تاكوت منجيجسكن ديري سنديري. اونتوق ايت، كامو ڤرلو بركات ڤدڽ اونتوق ممبياركن كامو ممبوات كڤوتوسن سنديري اصلكن تيدق منجيجس هوبوڠن كامو بردوا.

٨. بيلا سي دي سلمبا. چوبا تاريق ڤرهاتين سي دي. چونتوهڽ ممبوات سسواتو يڠ بوليه مناريق مينتڽ. اورڠ يڠ سلمبا اين سلالوڽ ايڠين كامو يڠ ممولاكن دهولو. اوليه سبب ايت، كامو ڤاتوت مرنچڠ سسواتو باڬايمانا اونتوق مناريق ڤرهاتينڽ.

٩. بيلا سي دي چورڠ.. جاڠن تودوه تنڤا اصول ڤريك سا. جك بنر سي دي چورڠ، برسموك دان تاڽ دڠن سي دي مڠاڤ برسيكڤ بڬيتو. تاڤي كالاو سي دي تتڤ دڠن كڤوتوسنڽ، ايلوكله كامو سنديري يڬ بروندور دولو سبلوم ماكين ڤاره كلوقءن هاتي.

١٠. بيلا سي دي لوروس بندول. ميمڠ كامو بوليه مڠمبيل كسمڤتن ك اتس ديريڽ تتاڤي جاڠن سمڤأي ممڤرليكيهكن ستياڤ تيندق تندوقڽ. كامو ڤاتوت منجادي ڤراڠسڠ ڤدڽ دان مڠاتكن يڠ سي دي ممڤو ممبوات كڤوتوسن سنديري تنڤا مڠهارڤكن اورڠ لاين ساڠت.

Wednesday, February 4, 2009

ڤرجالنن دڠن موتورسيكل.

ڤرجالنن دڠن موتورسيكل.

تق تاهو نق توليس اڤ د بلوڬ اين. هوجوڠ ميڠڬو لڤس كامي باليق ك كامڤوڠ د قلواڠ جوهر سكالي لاڬي سلڤس باليق چوتي تاهون بارو چينا. باليق كالي ني ڤون سبب نق امبيل موتورسيكل. كامي باليق ڤد هاري اثنين جم ١٠.١٥ ڤاڬي. سوده لاما تيدق منوڠڬڠ موتورسيكل اونتوق ڤرجالنن يڠ جاوه. سلاما اين چوما ممندو كريتا ساج. كامي لالو ليبوهراي اوتارا سلتن. بيلا اد هنتين سبله اكو برهنتي ريحت ٥ مينيت. بيلا جومڤا هنتين ريحت دان راوت د ڤاڬوه، كامي ايسي ميڽق موتور ڤنوه-ڤنوه دان ايسي ڤروتكو دڠن ماكنن. كامي تيدق برهنتي د هنتين ايير كروه ملاك. چوما برهنتي د ڤدس اونتوق صلاة دان كامي تروسكن لاڬي. بيلا ده سمڤأي د هنتين سرمبن تيبا-تيبا ميڽق موتور هابيس. موجور له سمڤت سمڤأي د ستيسين ڤيترول. بيلا ده سمڤأي ڤندان ڤردان چراس كوالا لومڤور سوده جم ٤ ڤتڠ هوجن ڤولا. ترڤقسا توڠڬو سمڤأي هوجن برهنتي. جم ٦ ڤتڠ باروله سمڤأي د رومه. الحمدلله شكور كڤد الله، كامي سلامت سمڤأي. بوليهله كامي مرمڤيت د كوالا لومڤور. هي هي هي هي .


Perjalanan dengan motorsikal.

Tak tahu nak tulis apa di blog ini. Hujung minggu lepas kami balik ke kampung di Kluang Johor sekali lagi selepas balik cuti tahun baru cina. Balik kali ni pun sebab nak ambil motorsikal. Kami balik pada hari isnin jam 10.15 pagi. Sudah lama tidak menunggang motorsikal untuk perjalanan yang jauh. Selama ini Cuma memandu kereta saja. Kami lalu lebuhraya utara selatan. Bila ada hentian sebelah aku berhenti rehat 5 minit. Bila jumpa hentian rehat dan rawat di Pagoh, kami isi minyak motor penuh-penuh dan isi perutku dengan makanan. Kami tidak berhenti di hentian Ayer keroh melaka. Cuma berhenti di Pedas untuk solat dan kami teruskan lagi. Bila dah sampai di hentian Seremban tiba-tiba minyak motor habis. Mujur lah sempat sampai di stesen petrol. Bila dah sampai pandan perdana cheras kuala Lumpur sudah jam 4 petang hujan pula. Terpaksa tunggu sampai hujan berhenti. Jam 6 petang barulah sampai di rumah. Alhamdulillah syukur kepada allah, kami selamat sampai. Bolehlah kami merempit di kuala Lumpur. He he he he .